Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato Dr Mustapha Ahmad Marican telah di anugerahkan Pingat Tertinggi Pengakap Bintang Seri Setia Pengakap Darul Iman oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu pada Ahad lalu.
Mustapha merupakan anak jati negeri mempunyai pengalaman luas dalam Kerajaan Persekutuan selama 33 tahun yang aktif dalam Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam dan luar negara banyak menyumbang kepada negeri dan negara antaranya pernah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi serta Ketua Eksekutif GLC utama Negeri Terengganu dari tahun 2009 hingga 2013.
Beliau juga pernah menyumbang untuk kepentingan NGO Negeri Terengganu seperti Komander Pasukan Sukarelawan Tentera Laut di Cendering Terengganu seterusnya Ahli Majlis Tertinggi Pengakap (laut) Negeri Terengganu seterusnya Kepten Kehormat Tentera Laut (2014 hingga 2017), diikuti Rela Kehormat pada 2018 hingga 2023 serta baharu dilantik sebagai Kolonel (PA) Angkatan Pertahanan Awam 2024.
Mustapha merupakan Tokoh NGO yang aktif dan atas sumbangan besar beliau itu, UMT telah mengiktiraf beliau dengan memberi gelaran Profesor Adjung pada tahun 2021 dan turut mendapat penghargaan dan pengiktirafan Antarabangsa selain telah menerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada 2020.
Mengulas mengenai anugerah ini, Dr Mustapha berkata, Anugerah Tokoh Pengakap Di Raja Bintang Seri Setia Pengakap Darul Iman adalah suatu penghormatan tertinggi untuk beliau sebagai anak Negeri yang banyak menyumbang tenaga demi kepentingan masyarakat serta ummah sehingga peringkat antarabangsa.
Pada majlis itu, seramai 180 penerima bintang, medal dan sijil pengakap Raja. Anugerah ini bukan dari Terengganu tetapi melibatkan seluruh negara termasuk dari luar negara iaitu dari Thailand dan Brunei.
Mustapha dikenali ramai kerana pernah menyumbang bakti kepada negara apabila berjaya menyelamat sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akibat scammer pekerjaan di luar negara.
Mustapha juga menyumbang kepada Negara Asean khususnya membantu umat Islam di Kemboja, Thailand, Vietnam, Laos dan Indonesia.
Setakat ini, NGO Antarabangsa telah membina 6 buah masjid, hampir 10 surau, 3 sekolah Tahfiz dan sekolah anak-anak yatim serta sekolah agama, tanah perkuburan Islam selain membina 4,100 buah perigi dengan kebanyakan program dijalankan adalah di Kemboja diikuti Vietnam, Thailand dan Indonesia.