Utama Blog Halaman 158

Pos Malaysia Menyambut Hari Pos Sedunia 2024

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, hari ini menyertai perkhidmatan pos di seluruh dunia untuk memperingati Hari Pos Sedunia.

Disambut setiap tahun pada 9 Oktober, hari penting ini meraikan ulang tahun Kesatuan Pos Sedunia (UPU) sambil meningkatkan kesedaran tentang peranan sektor pos dalam kehidupan seharian masyarakat dan perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi dunia.

Tema Hari Pos Sedunia tahun ini, “150 tahun memudahkan komunikasi dan memperkasakan rakyat merentas sempadan”, menjadi tumpuan utama pada sambutan tempatan yang diadakan di ibu pejabat Pos Malaysia di Kompleks Dayabumi hari ini.

Dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching acara tersebut mengetengahkan filem pendek baharu Pos Malaysia yang memaparkan kisah transformasi luar biasa Syarikat sepanjang dua abad yang lalu untuk menjadi lebih daripada sekadar pejabat pos untuk rakyat hari ini, dan komitmen teguh untuk menyampaikan hubungan dan meningkatkan kehidupan.

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar berkata, filem pendek ini bukan sahaja
menghormati warisan Pos Malaysia yang kaya dan berpanjangan di negara ini, tetapi yang lebih penting ia menandakan komitmen kami untuk terus memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah dalam era digital ini.

Kini, Pos Malaysia bukan lagi sekadar menghantar surat dan bungkusan; kami kini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif, termasuk logistik hujung ke hujung, pengendalian penerbangan (‘ground handling’), hingga ke penyelesaian runcit dan digital. Kami telah menempuh perjalanan yang jauh dalam tujuan kami untuk menghubungkan orang ramai dan perniagaan untuk masa depan yang lebih baik.

Fahmi berkata, Pos Malaysia terus menjadi tulang belakang pembangunan perdagangan dan ekonomi negara kita.

“Semasa kita berkumpul untuk meraikan Hari Pos Sedunia, marilah kita mengingati bahawa perkhidmatan pos adalah lebih daripada sekadar sistem untuk menghantar surat dan bungkusan. Ia mewakili infrastruktur kritikal yang menyokong pertumbuhan ekonomi, memudahkan perdagangan, dan menghubungkan komuniti.

“Nilai sentuhan peribadi dan perkhidmatan pos kekal tidak terganti dalam era komunikasi digital pantas hari ini,” katanya.

Exciting Deals Await on realme Devices for the 10.10 Super Sale

Get Ready for the 10.10 Super Sale! realme Malaysia is excited to announce a limited-time sales campaign on Shopee, TikTok Shop, and Lazada, where shoppers can enjoy amazing discounts, offers, and vouchers on the realme GT 6T, realme 12 Pro+ 5G, and more.

From 6 October to 10 October, TikTok Shop will feature exciting discounts of up to RM250, plus vouchers of up to RM300 off on realme devices. On 10 October, Shopee will offer amazing deals with savings of up to RM500, along with an extra 10% cashback on selected realme products.

For Lazada, customers can enjoy discounts of up to RM360 off, with Lazada platform vouchers of up to RM600 off, available exclusively on 10 October.

Product RRP Promo Price

*After vouchers

TikTok Shop | 6 October – 10 October
realme 12+ 5G RM1,499 RM1,199
realme 12x (8GB + 256GB) RM1,099 RM799
realme Buds T110 RM139 RM89
Shopee | 10 October
realme GT 6T (12GB+256GB)

*1 Year Warranty for Damage Screen, 30 days Exchange worth RM398

RM2,399 RM1,899
realme 11 5G (8GB+256GB)  RM1,199 RM699
realme C67 (8GB+256GB) RM899 RM591
Lazada | 10 October
realme 12 Pro+ (12GB+512GB) RM2,099 RM1899
realme GT 6 (16GB+512GB)

*A1 Watch, 1 Year Warranty for Damage Screen, 30 days Exchange worth RM797

RM2,899 RM2,799
realme Pad 2 (6GB+128GB), (8GB+256GB)

*Free Casing + Keyboard + Pen + Stand total worth RM 516

RM1,299 RM1,199

 

Don’t miss out on these exciting deals and make the most of this shopping on realme’s official Shopee, Lazada and TikTok Shop now.

Penyatuan Negara-Negara Islam Perlu Untuk Redakan Konflik Di Asia Barat

Sikap Israel yang bongkak dan nekad melancarkan lancar serangan di Asia Barat mencetuskan ketegangan di antara negara yang berkonflik dan mengancam ketenteraman negara serantau.

Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, tindakan Amerika Syarikat yang suka campur tangan untuk membuat serangan balas memburukkan lagi keadaan.

Beliau berkata, ketegangan yang berlaku di rantau Asia Barat seolah-olah menuju ke arah perang dunia ketiga kerana perang Israel dan genosid ke atas Gaza telah merebak ke negara lain sekali gus menjadikan konflik itu semakin meluas hingga ke Lubnan serta Iran.

“Di Selatan Lubnan, beberapa pemimpin penting telah dibunuh. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti mengambil pendirian dan dunia perlu menentang serta mengecam pencerobohan dan serangan yang berterusan dilakukan oleh Israel yang bersikap kebinatangan dan tidak berperikemanusiaan.

“Ketegangan dan keganasan itu sengaja dilakukan oleh Israel untuk mengalih pandangan dunia terhadap kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin. Usaha damai masih belum menemui titik nokhtah apatah lagi gencatan senjata yang belum ada kata muktamad,” katanya.

Dr Mustapha berkata, perang Israel-Gaza telah merebak ke konflik Asia Barat semuanya atas alasan ingin mengekang keganasan malah tindakan Iran merupakan reaksi tindak balas kepada provokasi Israel yang membunuh pemimpin Hizbullah iaitu Hassan Nasrallah, membunuh pemimpin politik Hamas Ismail Haniyeh dan keganasan Israel ke atas Palestin yang tiada kesudahan.

Katanya, Iran juga tidak akan berdiam diri dan akan melakukan serangan yang lebih dashyat sekiranya Israel masih dengan sikap provokasi dan memandang rendah terhadap kekuatan yang dimiliki oleh Iran.

Menurutnya, bagi meredakan ketegangan di Asia Barat, negara-negara Arab harus bersatu dan bekerjasama menghalang Israel serta sekutunya dari berbuat sesuka hati. Ini adalah masanya untuk negara-negara Islam bangkit dan bersatu untuk buktikan bahawa kita tidak lemah dan senang ditindas.

“Sebenarnya Negara negara Arab mempunyai senjata yang dikira lagi berkuasa tetapi mereka masih lagi tidak menggunakannya. Sebagai pengeluar minyak terbesar dunia kita boleh sekat kebergantungan Israel dan sekutunya. Dengan cara ini kita dapat menundukkan kesombongan Israel. Kita percaya bangsa Arab mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi sesama mereka dan tidak mudah menyerah kalah.

“Konflik ini sekiranya berlarutan akan memberikan kesan kepada tindakan pelabur, pasaran global, harga minyak dunia meningkat. Ianya turut menjejaskan ekonomi dunia dan hubungan sosial. Semua pihak termasuk kerjasama semua negara-negara Islam mesti mengadakan perbincangan bagi mencari jalan terhadap konflik yang berlaku di Asia Barat,” katanya.

Kesimpulannya, negara-negara OIC perlu tegas mengambil keputusan kerana sikap Amerika yang sentiasa menyokong Israel walaupun Amerika tahu sikap dan tindakan Israel adalah salah mengikut peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi kerana politik, ekonomi dan kuasa disebalik itu Israel terus berani serta melanggar peraturan PBB penyelesaian menjadi sukar kerana kedegilan Israel di sokong Amerika.

OIC perlu tegas, berani untuk membuat keputusan dengan menggunakan kuasa sebagai negara pengeluar minyak untuk menghentikan perang yang boleh merebak ke Asia barat dan perang ini tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya memberi kesan Ekonomi Dunia serta keselamatan serantau serta Antarabangsa.

Jualan HONOR Magic V3 Meningkat Dua Kali Ganda, Catat Rekod Baharu

HONOR Malaysia teruja untuk mengumumkan jualan telefon boleh lipat flagship AI terbaharu HONOR Magic V3 telah meningkat dua kali ganda, mencatat rekod sekali lagi dengan peningkatan luar biasa sebanyak 137% dalam jualan minggu pertama peranti ini dilancarkan di Malaysia, sekaligus mengatasi jualan HONOR Magic V2 bagi tempoh sama.

Sejak pelancarannya, HONOR Magic V3 telah menarik perhatian penggemar teknologi
dan golongan elit perniagaan bukan sahaja disebabkan badan yang sangat ringan tetapi ketahanan yang dipertingkatkan, paparan, pengalaman AI, penambahan jangka hayat bateri serta prestasi lain yang berkuasa. Semua ini menjadikan HONOR Magic V3 menerima permintaan luar biasa.

Berharga RM6,999, HONOR Magic V3 tersedia dalam storan 12GB RAM dan memori 512GB. Ia didatangkan dalam tiga warna premium iaitu Mossy Green, Silk Brown, dan
Classic Black.

HONOR Magic V3: Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis dan Ringan

Lebih kukuh, lebih tahan lasak, produktiviti dikuasakan AI dan ciri-ciri berkuasa HONOR Magic V3 merupakan telefon boleh lipat yang tahan lasak dan direka bagi menahan kegunaan setiap hari.

Paparan peranti ini diperkuatkan dengan HONOR Super Armored Inner Screen dan HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield bagi memberi perlindungan luar biasa daripada calar atau jatuhan pada kedua-dua paparan luar dan dalam. Tambahan pula, HONOR Magic V3 menggabungkan Gentian Khas pada bahan untuk badannya, menjadikan penutup belakang 40% lebih nipis.

Rekaan engsel HONOR Super Steel yang inovatif pada telefon ini pula menjanjikan ketahanan sehingga 500,000 kali lipatan, selain mendapat penarafan kalis air IPX8.

Peranti boleh lipat ini berukuran hanya setebal 9.2mm dan seberat 226g, seakan telefon flagship bar yang tidak tampak tebal. Skrin besar telefon ini bagaikan tablet atau komputer riba mini, menjadikan multitugas bertambah mudah.

Gunakan mod multijendela untuk membuka sehingga ke empat skrin, termasuk dua skrin terapung, bagi membolehkan pengguna membaca atau menaip sambil menonton video secara serentak.

Selain daripada itu, HONOR Magic V3 juga dilengkapi dengan ciri-ciri AI yang dikuasakan oleh Google Cloud seperti Face to Face Translation (menyokong sehingga ke 10 bahasa termasuk Bahasa Malaysia), AI Eraser, HONOR Notes dan fungsi Circle to Do More pada Magic Portal.

Peranti HONOR Magic V3 dilengkapi bateri karbon silikon generasi ketiga 5,150mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan tanpa wayar 50W HONOR SuperCharge.

Bagi kamera, peranti ini menampilkan kamera telefoto periskop termaju yang boleh mencapai zum sehingga ke 100X bagi merakam objek jauh dengan lebih terperinci. HONOR Magic V3 dikuasakan oleh prosesor Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform yang beroperasi pada MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, kunjungi laman sesawang rasmi
HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

LG Teams Up With Razer And MediaTek To Present First-Ever Bluetooth Ultra-Low Latency Technology

LG Electronics (LG) has collaborated with Razer and MediaTek to introduce the world’s first Bluetooth Ultra-Low Latency (BT ULL) Controller at LG webOS Summit 2024 on September 27.

This groundbreaking technology was showcased through an LG webOS smart TV and Razer’s Bluetooth gaming controller, demonstrating the game-changing 1ms input lag.

The webOS summit, which welcomed 300 representatives from 140 partner companies
– including content developers, producers, and providers – from 24 countries, shared
LG’s strategic vision and future initiatives for expanding its AI webOS ecosystem and
platform business.

Razer, a leading global lifestyle brand for gamers, has developed the first game controller featuring BT ULL technology. To showcase its upgraded performance, LG and Razer compared a BT ULL-enabled Bluetooth game controller to a standard controller during the event.

The demonstration highlighted the superior responsiveness, reduced input lag and control precision of the BT ULL technology across various cloud-based games, including FPS, fighting and racing titles.

The latest BT ULL technology offers the perfect cloud gaming performance, catering to
competitive players who require lightning-fast response times to excel in their games.

In an industry first, LG plans to introduce a certification program for third-party game
controllers in the near future to ensure BT ULL-supported controllers work seamlessly with LG webOS smart TVs. Razer will be the first company to obtain LG’s certification.

Meanwhile, LG and MediaTek, a global fabless semiconductor company, are jointly developing the BT ULL technology to be integrated into MediaTek’s Wi-Fi “MT7921” chipset. This chipset will also feature the efficient and reliable Wi-Fi 6 technology from
MediaTek’s Filogic series.

These collaborative efforts aim to enable LG webOS smart TVs owners to immediately
dive into online multiplayer cloud games with the enhanced response times, delivering
unprecedented levels of realism during gameplay.

The latest premium LG OLED TVs and LG QNED TVs, supporting refresh rates of 120Hz or higher, are scheduled to launch in 2025 with BT ULL technology.

“LG is committed to consistently introducing more advanced features designed to immerse gamers in their favorite titles and to differentiate its gaming experiences,” said
Baik Seon-pill, head of the LG Home Entertainment Company’s Product Planning Division.

“As the LG webOS platform evolves, so will the features that make it the ultimate gaming platform for every type of gamer.”

Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet Kini Kembali  

Insurans kereta anda hampir tamat tempoh tetapi gaji belum masuk? Jangan risau! Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet kembali untuk kali ketiga pada 10-11 Oktober ini, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Bersempena dengan 10 Oktober (10.10), iterasi ketiga kempen ini menawarkan sepuluh kali ganda manfaat berbanding yang pertama, daripada 500 kepada 5,000 rakyat Malaysia, memberikan lebih ramai orang peluang untuk mendapat manfaat daripada promosi ini.

Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan PERCUMA. Sementara itu, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas akan menikmati diskaun, memastikan mereka mendapat cukai jalan termurah ataupun ‘Cheapest Road Tax in Town’ .

PolicyStreet juga menawarkan Easy Payment Plan Tanpa Faedah. Ia membolehkan rakyat Malaysia membayar insurans kereta mereka secara ansuran tanpa faedah.

Pelanggan boleh memilih pelan pembayaran selama 3, 6, atau 12 bulan dengan menggunakan kad kredit yang sah dari sembilan bank terkemuka, iaitu Maybank, Public Bank, UOB Bank, OCBC Bank, RHB Bank, CIMB Bank, Affin Bank, Hong Leong Bank, dan AmBank.

Selaras dengan komitmennya untuk memperkukuh daya tahan kewangan rakyat Malaysia, Easy Payment Plan Tanpa Faedah PolicyStreet berfungsi sebagai pilihan pembayaran tambahan yang tidak mengenakan faedah tambahan, memastikan insurans kereta kekal mampu milik oleh semua lapisan masyarakat.

“Di PolicyStreet, matlamat kami sentiasa berakar pada memberikan perkhidmatan untuk komuniti yang kurang mendapat layanan melalui penyelesaian insurans yang inovatif. Kami teruja untuk menegaskan semula komitmen kami kepada pengguna dengan bukan sahaja menawarkan ‘the Cheapest Road Tax in Town, tetapi juga memastikan insurans kereta adalah Bermakna dan Mudah untuk setiap rakyat Malaysia.

Perjalanan ini bukanlah baru bagi kami; ia kembali kepada misi teras kami, dan kami berharap dapat memperkasakan individu dengan perlindungan yang mereka layak,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Insurans kereta boleh diperbaharui sehingga dua bulan sebelum tamat tempoh, jadi cepat ambil kesempatan daripada promosi Betul-Betul FREE Road Tax ini sekarang!

vivo Partners with Sunway Lagoon Nights of Frights 10 for a Spooktacular Celebration

vivo Malaysia is thrilled to announce its partnership with Sunway Lagoon Nights of Frights 10, one of Malaysia’s most anticipated Halloween events. Sunway Lagoon Nights of Frights, a beloved annual event, has been thrilling visitors with its haunted attractions, spooky shows, and spine-chilling experiences for a decade.

This year’s edition promises to be even more terrifying, and vivo is excited to be a part of it. As a decade-old brand dedicated to innovation, vivo is excited to be part of this years spooktacular event, offering a unique blend of technology and fun.

In conjunction with the launch of the vivo V40 series smartphones, this partnership aims to provide an unforgettable experience for visitors andshowcase the brands commitment to delivering cutting-edge technology.

Capture Every Fright with the vivo V40

The vivo V40 and V40 Pro are equipped with advanced night photography features that will helpcapture the spooktacular moments of the event. Featuring a 50 MP ZEISS OIS Main Camera that provides 2.8x light intake, ensuring stunning photos even in low-light conditions.

With AI 3D Studio Lighting and Aura Light, users can capture portraits with professional-level illumination, both indoors and outdoors.

Join the Fright Night Fun and Win Exciting Prizes

vivo has also prepared exciting contests for fans to participate in:
Guess and Win:
● Period: 30 September to 6 October
● Details:
○ Screenshot and comment on why you’re excited to go to NOF10, and make sure to
include vivo in your response
○ Include the hashtags #vivoV40xNOF10 #vivoV40Series #ZEISSPortraitSoPro
#5ProLensesinYourPocket
○ Don’t forget to tag 2 friends!
● 3 winners will be selected.

V40 Pro-trait of Fright:
● Period: 7 October to 21 October
● Details:
○ Capture Halloween-themed photos during the contest period
○ Share them on social media with the hashtags #vivoV40xNOF10 #vivoV40Series
#ZEISSPortraitSoPro #5ProLensesinYourPocket.
○ Make sure your caption includes “vivo”
○ Tag @vivo_Malaysia and 2 friends in your post!
● Stand a chance to win prizes worth up to RM2500, including a vivo V40 5G and a vivo Watch 3

Visit Sunway Lagoon Nights of Frights 10 from now to 31 October 2024 to experience the thrills and chills. Don’t forget to capture your unforgettable moments with the vivo V40 or V40 Pro.

vivo Watch 3 Dengan BlueOS, Jam Tangan Serba Pintar – Pandang Pertama

Trend pemakaian jam pintar kini semakin meningkat bukan sahaja disebabkan pelbagai ciri yang ditawarkan tetapi gaya hidup aktif masa kini yang bergantung penuh kepada gajet pintar yang boleh merekod aktiviti seharian daripada mula bangun pagi hingga tidur pada malamnya.

Justeru, tidak hairan kita dapat melihat lambakan jam pintar di pasaran yang ditawarkan pada harga mampu milik sama ada dijual di laman media sosial mahupun oleh pengeluar jenama terkenal khususnya dikaitkan dengan telefon pintar memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Terbaharu, vivo yang juga pengeluar telefon pintar terkemuka tidak mahu ketinggalan dalam memperkenalkan jam pintar vivo Watch 3 yang diperkenalkan satu saiz iaitu 46mm dengan dua pilihan rekaan bersama tali jenis silikon lembut atau kulit.

Rekaan luaran

vivo Watch 3 dilengkapi skrin 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466 dan ciri Always-On-Display. Paparan skrin besar ini memberikan satu kelebihan kepada pemakai yang mahu kelihatan menonjol dan sentiasa bergaya tidak kira untuk kegunaan harian atau bersantai pada hujung minggu.

Paparan AMOLED pada peranti ini sangat cantik, mampu memberikan semua maklumat yang diperlukan tanpa piksel yang terkeluar malah imej dipaparkan amat jelas ketika navigasi antaramuka digunakan.

Pada sisi kanan atas, peranti ini dipadankan dengan tombol berputar bagi tujuan melakukan navigasi aplikasi dan satu butang kecil kedua dibawahnya.

Peranti yang diuji Prebiu.com dilengkapi tali silikon hitam dengan badannya juga berwarna sama nampak awesome apabila memakainya malah tidak terasa beban disebabkan beratnya hanya 36 gram.

Rekaan badan peranti ini juga kukuh dengan kerangka utama diperbuat daripada aloi aluminium sementara paparan skrin dilindungi dengan bahan dari jenis Schott Up.

Malah skrin bulatnya cukup menarik dan jika jam ini terjatuh ke dalam air atau dipakai ketika hujan lebat, anda tidak perlu risau kerana ia boleh bertahan hingga 50 meter (5 ATM) kedalaman air.

Pelbagai Ciri Sensor

Jam ini dilengkapi sensor terbina Star Ring Health Monitoring Sensor dengan gabungan teknologi analisis kadar jantung berasaskan AI untuk kemampuan menjejak dan merekodkan data dengan lebih baik. Peranti ini dipadankan dengan sistem operasi BlueOS yang merupakan sistem operasi tersendiri vivo.

Apa yang menarik ialah ciri sensor ini dipadankan dengan 8 saluran untuk pemantauan denyutan jantung dan 16 saluran untuk oksigen darah, susun atur multi-saluran ini memberikan pemantauan kesihatan yang tepat dan menyeluruh. Ia juga mampu memantau tekanan, tahap ketepuan, pernafasan, tidur, dan banyak lagi.

Isyarat PPG diproses oleh Algoritma Pemantauan Denyut Jantung yang Inovatif, yang mempunyai kebolehan pemantauan yang cemerlang. Peranti ini secara tepat menjejaki data anda, sama ada dalam penggunaan harian atau semasa senaman.

Selain itu, jam ini mempunyai pilihan lebih 100 mod sukan yang berbeza dan tidak terhad kepada aktiviti berjalan, berlari, berbasikal, berenang, badminton dan banyak lagi.

Malah ia juga mampu memaparkan pola tidur lengkap dengan pengesanan dengkur bagi menyukat kualiti tidur anda sama ada tidur yang berkualiti atau tidak.

Bateri

Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 505 mAh dengan cas penuh hanya kurang dari dua jam dan cukup menarik mampu bertahan sehingga 16 hari untuk kegunaan biasa dan bergantung kepada tahap penggunaan.

Sekiranya peranti ini disambungkan dengan telefon pintar dan digunakan secara aktif menjawab panggilan telefon atau membaca whatsApp mungkin jangka hayat bateri ini akan menurun. Ini adalah situasi biasa bagi mana-mana jam pintar di pasaran mengikut jenis penggunaan pemakainya.

Harga

vivo Watch 3 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White Leather dan Black Sport dengan harga RM899 (Sport) dan RM999 (Leather).

Apa Ada Dalam Kotak

  • vivo Watch 3
  • Wayar pengecas
  • Buku manual

*Nantikan ulasan penuh vivo Watch 3

Galaxy S24 FE Now Available to Purchase in Malaysia

Samsung Electronics Co., Ltd. proudly introduces the Galaxy S24 FE, enhancing the Galaxy AI ecosystem and making flagship innovations accessible to a broader audience.

The Galaxy S24 FE boasts a vibrant 6.7-inch 1 Dynamic AMOLED 2X display, a robust 4,700mAh battery, and the powerful Exynos 2400e chipset, making it ideal for gaming and multimedia.

Enhanced by the ProVisual Engine and Galaxy AI’s Photo Assist features, the camera setup includes a 50MP wide lens, an 8MP telephoto lens with 3x optical zoom, a 12MP ultra-wide lens, and a 10MP selfie camera.

Unleashing Creativity with AI

The S24 FE’s camera capabilities are powered by Samsung’s innovative ProVisual Engine, which leverages advanced AI algorithms for stunning visual quality. Key features include Nightography, enhancing low-light performance for beautiful night portraits, and AI Zoom, which provides high-quality performance at various zoom levels.

The Object-Aware Engine optimises colours and scenes in Super HDR, ensuring vibrant photos that truly stand out. Editing is effortless with Galaxy AI’s Photo Assist tools. Generative Edit allows users to rearrange objects for greater creative freedom, while Portrait Studio transforms selfies into various artistic styles.

Edit Suggestions instantly recommends changes, making it easy to enhance images. Instant Slow-mo captures precious moment, ensuring that important experiences are not missed.

Unmatched Gaming Performance

Equipped with the Exynos 2400e chipset, the S24 FE delivers an unparalleled gaming experience featuring Ray Tracing technology. One of its standout features is improved cooling, thanks to a 1.1x larger vapour chamber 6 that maintains performance during intense gaming sessions.

The long-lasting 4,700mAh battery 7 ensures that users can enjoy extended gaming without interruption. Additionally, the S24 FE boasts the largest 6.7-inch display in the FE series, with an impressive refresh rate of up to 120Hz, providing a smooth and immersive viewing experience.

The Vision Booster feature further enhances visuals for clarity, even in bright sunlight, making gaming enjoyable in various environments.

Seamless AI Integration

The Galaxy S24 FE incorporates Galaxy AI to enhance both productivity and communication. The Circle to Search with Google 8 feature provides instant search results with ease, allowing users to satisfy their curiosity quickly. The Interpreter 9 function translates conversations in real-time, even offline, breaking down language barriers seamlessly.

Live Translate 10 enhances communication further by enabling translations during phone calls and within select apps. The Composer feature suggests text for emails and social media, streamlining the writing process. Lastly, Note Assist simplifies note-taking by providing transcription and translation capabilities, making it easier to capture and organise thoughts efficiently.

A Connected and Secure Ecosystem

Connecting the S24 FE to the Samsung Galaxy ecosystem enhances functionality, allowing for seamless file transfers and intuitive collaboration. This interconnected experience boosts productivity and creativity while ensuring security through Samsung Knox, which offers multi-layer protection and real-time threat detection.

In line with its sustainable vision, the S24 FE is crafted using recycled materials, such as plastics and aluminum, while providing seven generations of OS upgrades and security updates.

vivo Offers Up to RM 200 Off on the V40 and V40 Pro with Deepavali So Pro Deals

In conjunction with one of the most colourful festivals of the year, vivo Malaysia is thrilled to celebrate the upcoming Deepavali with Malaysians by offering alluring promotions on the latest V40 and V40 Pro smartphones.

This special Deepavali So Pro promotion allows everyone to enjoy exclusive discounts, making it the perfect time to upgrade to the V40 or V40 Pro, and experience its cutting-edge features during the festive season.

From 4 October to 3 November 2024, everyone can enjoy the Deepavali So Pro deals just by claiming vouchers here. Then, take a screenshot of your voucher code and head on to the nearest vivo Concept Store or authorised partner store, and show them your code! Below are the discounts:

vivo V40 12+256GB: RM50 off from RM1,999
vivo V40 12+512GB: RM100 off from RM2,399
vivo V40 Pro 12+512GB: RM200 off from RM3,299

Launched last month, the vivo V40 and V40 Pro lets you capture the magical moments of Deepavali with its advanced night photography features. Their 50 MP ZEISS OIS Main Camera boasts 2.8x light intake for stunning photos in low-light conditions.

Plus, AI 3D Studio Lighting and Aura Light create professional-level illumination for portraits, indoors or out. As vivo’s latest smartphones designed to elevate the mobile portrait photography experience, the vivo V40 and V40 Pro features professional-
grade portrait system co-engineered with ZEISS, including multifocal lens capabilities, both models empower users to capture portraits that tell their story in stunning quality. V40 and V40 Pro also boast a powerful battery, encased in a sleek, lightweight design – making them vivo’s slimmest devices with a 5500 mAh battery, to date

The Deepavali So Pro promotion is available both online and at vivo retail stores nationwide. However, please note that the offer is not applicable at telecommunications outlets. vivo Malaysia invites everyone to take advantage of this limited-time offer and experience the exceptional performance and features of the V40 line of smartphones. Shop now on vivo Malaysia’s official Shopee and Lazada stores or visit vivo Malaysia’s official website and social media for more information.

Post Menarik