Utama Blog Halaman 144

Cradle, KLDX Jalin Kerjasama, Perkenal Platform Pembiayaan Alternatif Untuk Startup Malaysia

(dari kiri) Tan Sri Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi KLDX, Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Boniface Anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian MOSTI, Selvarany Rasiah, Ketua Pegawai Eksekutif KLDX, dan Datin Norazah Razali, Pengarah Lembaga Cradle

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), sebagai  agensi fokal untuk ekosistem startup Malaysia, telah menandatangani Memorandum  Persefahaman (MoU) dengan Kapital DX Sdn Bhd (KLDX), bursa sekuriti digital  Malaysia bagi menyediakan saluran pembiayaan alternatif untuk startup Malaysia.

Kerjasama ini menawarkan fleksibiliti yang lebih besar kepada startup dalam memilih  pembiayaan yang sesuai dengan keperluan unik mereka, membolehkan syarikat yang  mungkin tidak menarik perhatian firma modal teroka (VC) tempatan untuk  mendapatkan pembiayaan melalui platform KLDX.

Kerjasama strategik ini merupakan inisiatif utama di bawah Program Fund Funnel oleh  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Program ini bertujuan untuk  menangani salah satu cabaran utama dalam ekosistem startup Malaysia, iaitu  kekurangan kesinambungan kewangan dari peringkat awal hingga peringkat  pertumbuhan seterusnya.

Jurang ini dikenal pasti sebagai penghalang utama kepada  pertumbuhan seperti yang dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup  Malaysia (SUPER) 2021-2030.

Tan Sri Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengerusi KLDX.

Mengulas mengenai MoU ini, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan berkata, kerjasama antara Cradle dan KLDX membuktikan komitmen untuk membangunkan ekosistem startup yang mampan di Malaysia.

Program Fund Funnel  diwujudkan untuk menangani jurang pembiayaan yang kritikal dalam ekosistem ini,  memastikan startup mempunyai akses berterusan kepada modal dari peringkat awal  sehingga fasa pertumbuhan mereka.

“Dengan menyediakan pilihan pembiyaan  alternatif, kita memberi peluang kepada startup untuk berkembang sekaligus  merealsisasikan hasrat Malaysia untuk berada dalam 20 ekosistem startup terbaik dunia menjelang tahun 2030. MOSTI komited untuk menyokong kerjasama yang  memacu aspirasi nasional ini.”

Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke menekankan, “Kerjasama kami dengan KLDX mencerminkan komitmen Cradle dalam memupuk dan membangunkan ekosistem startup Malaysia. Dengan pengalaman luas  dalam membiayai startup peringkat awal, Cradle memahami keperluan kritikal untuk  akses modal yang berterusan apabila syarikat berkembang.

Melalui KLDX, kami  memperkenalkan pilihan pembiayaan inovatif yang memberikan fleksibiliti yang  diperlukan untuk pertumbuhan dan inovasi. Kami berbesar hati menawarkan kepada  alumni kami dan startup di seluruh Malaysia sebagai alternatif kukuh kepada  pembiayaan VC tradisional.”

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Cradle dalam mencipta laluan transformasi  untuk startup dan PKS Malaysia dalam mengakses pembiayaan alternatif melalui  platform KLDX,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KLDX, Selvarany Rasiah.

Kerjasama ini adalah langkah signifikan bagi menutup jurang pembiayaan yang telah dikenal pasti dalam ekosistem startup dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia. Platform kami membolehkan syarikat mendapatkan modal yang mereka  perlukan untuk berinovasi, berkembang, dan bersiap sedia untuk kejayaan jangka  panjang, termasuk potensi untuk IPO.

Dengan menawarkan pilihan pembiayaan yang  fleksibel, KLDX dan Cradle memperkasakan startup Malaysia untuk berkembang  secara mampan dan menyumbang kepada visi negara menjadi peneraju global dalam  landskap startup.”

Di bawah intervensi kedua SUPER, terdapat keperluan mendesak untuk merombak rangka kerja tarikan pelaburan bagi meningkatkan keberkesanannya dan menarik  pelaburan berkualiti tinggi.

Kerjasama antara Cradle dan KLDX secara langsung  menangani isu ini dengan mewujudkan laluan pembiayaan yang lebih tersusun dan  bersepadu untuk startup, memastikan peralihan yang lebih lancar dari pelaburan  peringkat awal ke peringkat pertumbuhan seterusnya.

MoU ini menumpukan pada menangani jurang pembiayaan di peringat Siri A dan  seterusnya, yang sering menjadi cabaran untuk diperoleh dalam ekosistem tempatan  Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk merapatkan jurang tersebut, menyokong  startup dalam peralihan dari pembiayaan awal kepada pertumbuhan berterusan, dan  akhirnya ke tahap bersedia untuk tawaran awam permulaan (IPO).

Cradle akan secara aktif mempromosikan platform KLDX kepada rangkaian  alumninya, menawarkan laluan alternatif untuk mendapatkan pembiayaan dan  merapatkan jurang kewangan pada peringkat pertumbuhan kritikal. Selain itu, platform  KLDX akan dapat diakses melalui platform Tetingkap Tunggal MYStartup,  menyediakan akses mudah kepada penyelesaian pembiayaan untuk startup  Malaysia.

Sebanyak RM45,000 Berjaya Dikumpul Untuk Yayasan CVSKL Melalui Larian Amal

Teamwork makes the dream work. The organizing crew, doctors, and participants from CVSKL showing full support for the hospital’s first run

Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dengan bangganya mengumumkan kejayaan Larian Amalnya yang julung kali dianjurkan pada 17 November dan disertai oleh 1,700 peserta.

Dirasmikan oleh tetamu kehormat, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin, Ahli Parlimen Putrajaya, acara ini menandakan ulang tahun CVSKL yang ke-7 dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit kardiovaskular serta menyokong Yayasan CVSKL.

Larian ini bermula pada jam 7.20 pagi dan memperlihatkan peserta daripada pelbagai peringkat umur termasuk keluarga yang membawa anak-anak kecil dan beberapa individu kurang upaya.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, acara ini menampilkan struktur gerbang gergasi berbentuk jantung, reruai pendidikan interaktif dan ruang saringan kesihatan yang menggalakkan gaya hidup jantung sihat.

Participants proudly showing off their medals after completing the 5km run

Larian diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian cek sumbangan oleh Datuk Dr. Rosli, Pakar Perunding Kardiologi dan Orang Bertanggungjawab CVSKL, kepada Dato’ Azzat Kamaluddin, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan CVSKL, di hadapan tetamu kehormat, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.

“Larian ini bukannya diadakan semata-mata untuk mengumpul dana, tetapi ia juga bertujuan untuk memupuk penglibatan masyarakat dan menyatukan semua untuk menyokong tujuan yang berimpak besar ini. Kemurahan hati yang ditunjukkan hari ini haruslah dicontohi oleh kita semua,” kata Datuk Dr. Radzi, Ahli Parlimen Putrajaya.

Datuk Dr. Rosli berkata, salah satu daripada empat tunggak yang menjadikan kami sebuah Pusat Kecemerlangan ialah komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial korporat dan usaha kami menyumbang semula kepada masyarakat.

“Acara ini sangat istimewa kerana bulan November ini menandakan ulang tahun kami yang ke-7, dan ia merupakan cara yang terbaik untuk meraikan kesihatan dan menyokong tujuan yang mulia.”

CVSKL’s Person-in-Charge, Datuk Dr. Rosli Mohd Ali (second from left) and Medical Director, Dato’ Dr. Sharifah Suraya Mohd Tahir (fourth from left) handing over a cheque of RM45,000 to CVSKL Foundation’s Board of Trustees, Dato’ Dr. Khodijah binti Abdullah (left) and Dato’ Azzat Kamaluddin (second from right), witnessed by guest of honour Datuk Dr. Radzi Jidin (third from left)

Yayasan CVSKL ialah pertubuhan amal bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 2022 untuk menyokong pendidikan dan program kesedaran mengenai kesihatan kardiovaskular, menjalankan penyelidikan dan memanjangkan sokongan kewangan kepada individu yang kurang bernasib baik yang mengalami masalah kardiovaskular.

Para doktor dari CVSKL menyumbang RM1 juta yang pertama kepada yayasan untuk memulakan usaha pengumpulan dana. Sejak penubuhannya, yayasan ini telah membantu lebih 27 individu.

“Kami amat berterima kasih atas sumbangan yang murah hati daripada CVSKL. Setiap ringgit yang disumbangkan akan digunakan untuk membantu pesakit yang memerlukan. Kami berharap acara ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai misi kami dalam pengumpulan dana ini demi menyokong usaha kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CVSKL, Raymond Wong.

CVSKL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta, penganjur, dan penaja termasuk Kinohimitsu, MBT, TAGS Chiropractic & Rehabilitation, dan Viatris atas sokongan meraka dalam menjayakan acara ini.

Yayasan CVSKL menghargai sokongan padu para penderma. Jika anda ingin membuat sumbangan, sila hantar e-mel kepada [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai CVSKL, sila layari www.cvskl.com.

The Highly Awaited Comeback of OPPO’s Flagship Find X series

Despite the successes of affordable Android smartphones in emerging markets across the globe, a noticeable gap persists in the premium flagship segment which has yet to be filled.

Current offerings in this segment have often fallen short of consumers’ evolving expectations and needs, particularly as new developments into AI and 5G continue to drive innovation, interest and pricing.

Today’s consumers aren’t just seeking premium flagship devices with top-tierspecifications; they also demand seamless, durable, and intelligent experiences that cater to both their professional and personal lives.

Furthermore, according to IDC’s worldwide tracker team, consumers are now willing to spend more on devices that can potentially last longer, leading to significant growth potential for the premium segment of smartphones priced over USD600.

Nabila Popal, research director with IDC’s worldwide tracker team, emphasizes this shift: “We continue to see growth in value and average selling prices (ASPs) as consumers opt for more expensive devices knowing they will hold onto their devices longer.”

These demands highlight the luxury and premium segment’s increasingly intense competition as more smartphone vendors seek to revitalise and boost growth through innovative AI features.

Canalys analyst Le Xuan Chiew explains, “Vendors are seizing new opportunities by promoting premium offerings that set them apart, such as cutting-edge AI features and services on flagship products, and using ecosystem-based product strategies.”

The wait is almost over. The global launch of the OPPO Find X8 Series is set to take place on 21 November 2024, with the return of this latest flagship being timed perfectly as users’ demand for premium smartphones continue to grow. OPPO fans and tech enthusiasts can expect a flagship device that delivers superior performance, exceptional design, and next-level AI capabilities.

Stay tuned and be the first to experience the future of premium smartphones.

Pre-orders for the OPPO Find X8 Series will be available from 11th – 29th November at all OPPO Brand Stores, My OPPO Space, OPPO Authorised Dealers, OPPO Official Estore at Lazada, Shopee, TikTok Shop and OPPO Estore with total free gifts worth up to RM3,214.

DPDDM Komited Perluas Jaringan Perniagaan Usahawan Malaysia

DEWAN Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) telah menjadi pemangkin penting dalam memperluas jaringan perniagaan di kalangan usahawan sejak dilancarkan pada tahun 2018.

Dengan visi untuk meningkatkan pencapaian ahli, DPDDM berusaha menyediakan peluang eksklusif bagi membina rangkaian dan menjalin kerjasama yang lebih luas.

Pengarah Pembangunan Perniagaan DPDDM, Datuk Seri Sharizal Sarip berkata,  organisasi ini berkomitmen untuk terus berinovasi dalam menyokong ahli melalui pelbagai program pembangunan dan inisiatif kerjasama. Dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin kompleks, pendekatan kolaboratif dianggap sebagai kunci kepada pertumbuhan mampan bagi para anggotanya.

DPDDM tidak hanya berfungsi sebagai platform pembangunan perniagaan tetapi juga sebagai komuniti eksklusif yang bersedia untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. Usahawan yang menjadi ahli DPDDM dapat memanfaatkan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

Selain itu, DPDDM juga mendorong penglibatan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui Yayasan Datuk-Datuk Malaysia. Kegiatan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada perniagaan tetapi juga memperkukuh hubungan antara ahli dan masyarakat.

Dalam majlis hi-tea yang diadakan baru-baru ini, Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi, menekankan usaha dewan untuk membantu ahli berkembang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau menegaskan bahawa acara-acara seperti ini adalah bukti komitmen DPDDM dalam menyediakan peluang eksklusif bagi ahli untuk membina hubungan strategik.

Majlis tersebut juga menyaksikan penghormatan kepada dua tokoh penting, Tan Sri Jojo dan YM Tengku Hishamudin, yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan DPDDM. Penganugerahan trofi kepada mereka bertujuan sebagai simbol penghargaan dan inspirasi kepada ahli lain untuk terus menyumbang kepada kemajuan organisasi.

Pertunjukan fesyen oleh Yani Bakhtiar melalui jenama Yans Creation turut memeriahkan majlis dengan koleksi reka bentuk yang elegan. Ini membuka peluang baru untuk kerjasama antara ahli DPDDM dan industri fesyen, menunjukkan potensi sinergi antara sektor-sektor yang berbeza.

Sesi penyampaian watikah kepada penaja dan ahli kehormat juga diadakan, menonjolkan elemen solidariti dalam DPDDM. Penyerahan watikah ini bukan sekadar formaliti tetapi sebagai pengiktirafan terhadap mereka yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap misi dewan.

Dengan pelbagai inisiatif dan program yang dirancang, DPDDM terus berusaha untuk menjadi platform utama bagi usahawan Malaysia dalam mencapai kejayaan di arena perniagaan global. Melalui jaringan yang kukuh dan kerjasama strategik, DPDDM bertekad untuk memajukan komuniti perniagaan secara keseluruhan.

PUNB Lakar Kejayaan Gemilang di MIHAS@Dubai 2024, Tonjol Kehebatan Usahawan Bumiputera di Persada Global

PUNB team, led by Razlan Bachik, General Manager Business Division and Rakan Usahawan PUNB at MIHAS@Dubai 2024.

Misi perdagangan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @ Dubai 2024 melakar kejayaan cemerlang, menjana potensi eksport dan jualan yang memberangsangkan untuk enam Rakan Usahawan PUNB yang menyertai misi tersebut.

Enam ‘Rakan Usahawan PUNB’ yang menyertai MIHAS@Dubai 2024 ialah Syarikat Jutaan Purnama, Eagle Cliffe (M) Sdn Bhd, BS Fitness Nutrition (M) Sdn Bhd, The Raw International Sdn Bhd, SPL Food Industries Sdn Bhd, dan Callabio Manufacturing Sdn Bhd, mewakili pelbagai sektor — makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan diri, serta kesihatan dan kesejahteraan.

Sepanjang acara tersebut, Rakan Usahawan PUNB berpeluang berinteraksi dengan bakal
pelabur, pengedar, dan rakan kongsi dari seluruh Timur Tengah dan negara-negara lain.
Sorotan Misi
• Lebih 349 potensi eksport dan jualan dijana
• Sebanyak RM22,147,000 nilai jualan dan projek berpotensi berjaya diperoleh.
• 14 negara, termasuk UAE, Arab Saudi, Australia, dan Kanada menunjukkan minat untuk bekerjasama.
• Syarikat Callabio Manufacturing Sdn Bhd, menandatangani lapan Memorandum
Persefahaman (MOU) dengan pelbagai syarikat bernilai RM17.7 juta.
• PUNB berjaya mengenal pasti lebih 10 syarikat berpotensi untuk memohon pembiayaan perniagaan PUNB.

MIHAS@Dubai 2024 menjadi platform yang amat berharga untuk Rakan Usahawan PUNB mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada audiens global. Acara ini membukapeluang meluaskan rangkaian, meneroka potensi kerjasama dan menjana nilai eksport serta jualan.

“MIHAS@Dubai telah membuka peluang pasaran baharu yang luas untuk usahawan kami,” kata Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB, Razlan Bachik.

“Kejayaan ini membuktikan keberkesanan program sokongan PUNB dalam menyediakan
mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Petunjuk positif ini bukan sahaja akan memacu perkembangan perniagaan tetapi juga menjadi inspirasi kepada usahawan Bumiputera lain untuk meneroka pasaran global,” katanya.

Beliau berkata, PUNB telah mengenal pasti lebih daripada 10 syarikat berpotensi untuk permohonan pembiayaan baharu, yang seterusnya memperluaskan jangkauan dan kesan positif PUNB dalam komuniti perniagaan Bumiputera.

Beliau turut menegaskan komitmen PUNB untuk terus menyokong usahawan Bumiputera dalam memperkukuh dan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat domestik dan antarabangsa.

“PUNB akan terus menyediakan bimbingan dan sumber, termasuk bengkel dan latihan, program mentor, dan sokongan akses pasaran, bagi membantu usahawan ini mencapai
potensi sepenuhnya dan menembusi pasaran baharu.

“Tambahan pula, PUNB giat meneroka potensi kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, termasuk organisasi perdagangan dan agensi kerajaan, untuk mempertingkatkan pembangunan syarikat penerima manfaat PUNB di luar rantau Timur Tengah, justeru membuka laluan ke arah pencapaian global yang lebih hebat,” katanya.

ZTE Malaysia Celebrates Graduation of Government Officers from ACE Programme

Fifteen government officers from various departments and Ministries graduated recently from the inaugural ‘ACE: Navigating the Digital Frontier for Smart Government’ programme, co-organised by Multimedia University (MMU) and ZTE Malaysia.

The graduation ceremony, held in Beijing, underscored ZTE’s commitment to supporting
Malaysia’s digital transformation and 5G goals, which align with Malaysia’s ambition to
accelerate its adoption of advanced technologies.

Kicking off in May this year, the six-month programme aimed to bridge academic expertise with industry insights, equipping participants with essential skills in artificial intelligence (AI), digital transformation, and cybersecurity – crucial areas supporting Malaysia’s future-ready, connected society.

The programme also supports the visionary goal championed by the Malaysia government to make Malaysia a leader in AI and digital innovation in Southeast Asia and supporting the
government’s commitment to utilise AI for the people to create opportunities of a digital future.

Yusri Razalli, Senior Deputy Director of Malaysia’s Public Service Department, expressed his
appreciation to MMU and ZTE for their commitment and cooperation in supporting this
programme, emphasising its significant role in enabling government officers to deliver the best for the people through digital innovation and AI.

“The main objective of this programme is to equip government officers with the skills to embrace the latest digital initiatives, which in turn improves the efficiency of government service delivery,” he said during his speech at the graduation ceremony.

Steven Ge, Managing Director of ZTE Malaysia, said that the programme was significant to
continue Malaysia’s digital trajectory as the programme participants will play a vital role in
advancing digital governance and AI adoption within the public sector.

KONSERT ‘TRIBUTE TO P.RAMLEE’

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak akan menganjurkan Konsert ‘Tribute To P.Ramlee’ pada 22 – 23 November 2024 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching Sarawak.

Program yang dilaksanakan selama 2 hari ini akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi sebagai tetamu kehormat bagi konsert tersebut.

Program ini merupakan program penyemarakkan karya seni, sastera, teater warisan dan karya agung yang dianjurkan dengan beberapa objektif utama untuk menghargai warisan seni seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, yang telah memberi sumbangan besar kepada industri seni negara.

Ia juga bertujuan mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee dalam bidang muzik, filem, dan seni persembahan, serta memastikan legasi beliau terus hidup dalam hati rakyat Malaysia.

Antara artis-artis yang membuat persembahan pada Malam Konsert ‘Tribute to P.Ramlee; ialah penyanyi tempatan popular Sarawak seperti Chien Ng, Nurhijrah Yahya, Hairee Francis, Azie Mustapha, Nurhamimah Borhan, Firdaus Abu Bakar dan Juara Bintang P.Ramlee 2024 Zon Sarawak,  Ahmady Sapuan turut menyerikan malam konsert tersebut.

Antara tujuan utama konsert ini dilaksanakan ialah untuk memastikan karya-karya P. Ramlee terus dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.

Melalui penganjuran acara sebegini, peminat seni tempatan dapat memperkukuh rasa bangga terhadap warisan seni budaya negara dan terus menyokong industri kreatif tempatan selain memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh seni negara. Ini akan menggalakkan perkembangan budaya apresiasi seni tempatan dalam kalangan masyarakat dan mengekalkan warisan seni Malaysia agar terus hidup dalam arus perkembangan zaman.

Perodua Sales Jalin Kerjasama Dengan PETRONAS Dagangan dan Gentari Demi Tingkatkan Pengalaman Pelanggan

Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales) baru-baru ini telah menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PETRONAS Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan) dan anak syarikat Gentari Sdn Bhd (Gentari) bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui integrasi pelbagai perkhidmatan.

MoU pertama yang ditandatangani adalah antara Perodua Sales dan PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB), Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd (MESRA), dan Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), yang mana Perodua akan menyediakan akses perkhidmatan baharu di pusat servis buat para pelanggannya.

Ini termasuk integrasi ciri pembayaran digital Setel ke dalam aplikasi UFirst Perodua, penubuhan MESRA untuk kemudahan tambahan, serta pembukaan pusat servis Perodua di stesen-stesen PETRONAS terpilih.

“Perodua Sales dan PLMMSB telah bekerjasama lebih 20 tahun, dan kerjasama ini terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kami akan terus mengembangkan kerjasama ini untuk memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan setia kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

PLMMSB merupakan pembekal eksklusif minyak pelincir kenderaan kepada Perodua Sales sejak tahun 2004. Selari dengan peralihan negara ke arah mobiliti hijau, Perodua Sales dan PLMMSB akan bekerjasama untuk mengukuhkan komitmen terhadap amalan kelestarian.

Beliau menambah kerjasama dengan Gentari pula akan membolehkan syarikat itu menyediakan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua sebagai persediaan
kepada pengenalan kenderaan elektrik (EV) Perodua akan datang dan menyokong
pelanggannya dalam peralihan kepada EV.

“Secara keseluruhan, MoU ini akan melancarkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat nasional untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami,” kata Dato’ Sri Zainal Abidin.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan, Azrul Osman Rani
berkata, “Selama lebih dua dekad, PETRONAS dan Perodua telah menjalinkan kerjasama
erat yang membawa kualiti dan kebolehpercayaan kepada jutaan pemandu di seluruh
negara.

“Kerjasama yang diperluaskan ini akan memperkukuhkan lagi komitmen bersama kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di setiap peringkat, daripada pelincir berkualiti tinggi kepada kemudahan digital dan keperluan harian.”

Sementara itu, MoU kedua yang ditandatangani antara Perodua Sales dan Gentari melalui Gentari Green Mobility Sdn Bhd akan menyaksikan pemasangan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua sebagai persediaan kepada pengenalan kenderaan elektriknya (EV) seterusnya memudahkan para pelanggan mereka di dalam proses peralihan kepada EV.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, “Kami menyambut baik visi Perodua untuk memperkenalkan EV mampu milik menjelang 2025.

“Gentari begitu teruja untuk bekerjasama dengan Perodua dalam usaha kami untuk memacu penggunaan mobiliti hijau di Malaysia. Dengan meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan pengecasan, Gentari mensasarkan untuk meningkatkan pengalaman pemandu EV Perodua masa hadapan, seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan mereka.

“Inisiatif utama dalam kerjasama ini termasuklah pemasangan kemudahan pengecasan EV di pusat servis Perodua, terutamanya di stesen-stesen PETRONAS, menawarkan langganan
pengecasan EV, penyelesaian pengecasan di rumah serta integrasi lancar dengan
platform Gentari Go,” katanya.

PETRONAS mempunyai lebih daripada 1,000 stesen di seluruh negara, manakala Perodua mempunyai 194 pusat jualan dan 209 pusat servis di seluruh Malaysia. Dengan lebih daripada 175 titik pengecasan DC, Gentari kini mengendalikan rangkaian pengecasan arus terus (DC) berlesen terbesar di Malaysia.

Perodua Sales Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Perodua yang mana berperanan di dalam menawarkan perkhidmatan yang merangkumi jualan, selepas jualan (servis, alat ganti, aksesori, Badan dan Cat), serta aktiviti pemasaran produk.

realme Announces Year-end New Price for realme GT 6, 13 Series and More

In conjunction with the year-end celebration vibes, realme Malaysia announces exciting promotional prices for selected smartphones from realme GT series, Number series and Note series. 

On a first-come-first-serve basis, the following models will be offered in new price tags, and are available across all platforms including realme Brand Stores, authorised dealers, official Shopee, Lazada and TikTok Shop.

Model RRP Promo Price
realme GT 6 (12+512GB) RM2,899  RM2,699 
realme GT 6 (12+256GB) RM2,599  RM2,499 
realme 13 Pro+ 5G (12+512GB) RM2,299  RM2,099 
realme 13 Pro 5G (12+512GB) RM1,999  RM1,899 
realme 12 Pro+ 5G (12+512GB) RM2,099  RM1,799 
realme 12+ 5G (12+256GB) RM1,499  RM1,199 
realme 12 5G (8+512GB) RM1,299  RM1,099 
realme 12 5G (8+256GB) RM1,099  RM999 
realme Note 50 (4+128GB) RM399  RM369 
realme Note 50 (4+64GB) RM349  RM329 

 

Boasting a powerful Snapdragon 8s Gen 3, the Flagship Killer realme GT 6 offers exceptional performance and practical AI features, perfect for elite users looking for a companion that can multitask and handle heavy-loaded tasks. 

On the other hand, the realme 13 Pro+ 5G impresses photography enthusiasts with its outstanding imaging capabilities. Tapping on the power of 50MP Sony LYT-701 OIS main camera and 50MP Sony LYT-600 periscope telephoto lens, the Monet-designed smartphone offers 3x optical zoom, 6x lossless zoom and up to 120x ultra-clear zoom, this means that users can effortlessly capture stunning images comparable to DSLR as they wish. 

Dapatkan HONOR X9c 5G PERCUMA Dengan Maxis, U Mobile dan Yes, Jimat RM1,699!

HONOR X9c 5G menerima sambutan biasa pada hari pertama jualannya di seluruh negara, Jumaat lalu dan kini peranti ini menjadi lebih mudah untuk dimiliki. Telefon pintar dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh ini juga tersedia melalui penyedia telekomunikasi Maxis, U Mobile dan YES.

Lebih menarik, pelanggan boleh memiliki HONOR X9c 5G dalam varian storan 12GB+512GB secara PERCUMA dengan pakej pascabayar eksklusif yang ditawarkan oleh telco berkenaan. Berikut tawaran pakej pascabayar:

Bawa Pulang HONOR X9c 5G Secara PERCUMA Dengan Maxis!

HONOR X9c 5G menjadi milik anda secara PERCUMA dengan Maxis Postpaid 139 dengan kontrak 24 bulan, jimat RM1,699! Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, kunjungi laman sesawang Maxis.

PERCUMA HONOR X9c 5G Dengan U Mobile

Selain itu, U Mobile juga menawarkan HONOR X9c 5G untuk PERCUMA apabila pelanggan
mengambil pelan U Postpaid 128 dengan kontrak selama 24 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, kunjungi laman sesawang U Mobile.

Dapatkan HONOR X9c 5G Secara PERCUMA dengan Yes Infinite+ Standard

Langgani Infinite+ Standard dengan kontrak 36 bulan dan dapatkan HONOR X9c 5G secara
PERCUMA pada hanya RM88 sebulan! Pakej ini juga meliputi perayauan 5G percuma tanpa had di Singapura.

Kunjungi laman sesawang YES untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini. Polisi Jaminan Tiga Tahap Tambahan lagi, demi kesejahteraan pengguna, HONOR X9c 5G didatangkan dengan Pelan Jaminan Tiga Tahap yang pertama dalam industri, sekaligus mencapai satu standard baharu untuk penjagaan pelanggan.

Pelan ini meliputi Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Penggantian Satu
Sama Satu 180 Hari untuk masalah perkakasan, serta Jaminan Bateri 36 Bulan, semuanya bernilai RM897.

HONOR X9c 5G juga tersedia melalui CelcomDigi dan RedOne mulai bulan depan. Dengan pelan-pelan pascabayar yang menarik ini, tiada sebab mengapa anda tidak memiliki HONOR X9c 5G.

Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh – Mampu tahan penggunaan lasak setiap hari HONOR X9c 5G dibina untuk menahan cabaran kehidupan harian dengan sistem Perlindungan Tiga
Tahap Ultra Kukuh.

Paparan Anti-Jatuhan, Perlindungan Kalis Air 360°, dan Perlindungan Kalis Calar yang dipertingkatkan ini memastikan ketahanan dan kekukuhan, yang telah menerima pengiktirafan Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif SGS yang pertama dalam industri.

Sama ada anda ibu bapa yang mengendalikan pelbagai tugasan rumahtangga mahu pun golongan profesional yang sentiasa sibuk dan kerap bekerja di luar pejabat, peranti ini dicipta untuk tujuan kehidupan harian seperti ini.

Jangka hayat bateri lama dan pengecasan pantas

Bateri Karbon Silikon 6,600 mAh HONOR X9c 5G yang lasak ini memastikan prestasi peranti bergerak sepanjang hari. Sama ada anda keluar atau ingin menghadiri mesyuarat, sentiasa berhubung tanpa perlu risau tentang kehabisan tenaga. Apabila tiba masa untuk mengecas, HONOR SuperCharge 66W dengan pantas memberikan kuasa penuh kepada peranti supaya anda sedia untuk menghadapi hari yang akan datang.

Ciri-ciri keselesaan mata yang lebih baik – tiada lagi keletihan mata
HONOR X9c 5G memiliki paparan Keselesaan Mata OLED 6.78 inci, memberikan visual yang lebih berwarna dengan 1.07 bilion warna dan resolusi 1.5K. Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz dan Paparan Malam Sirkadia membantu mengurangkan keletihan mata, menjadikannya lebih selesa untuk tontonan pada skrin untuk masa yang lebih lama.

Sama ada anda berada di dalam atau di luar bangunan, kecerahan HDR puncak 4,000 nits yang menerajui industri ini memastikan visual yang lebih jelas dalam apa saja keadaan cahaya.

Kamera dipertingkatkan untuk gambar mengagumkan
Untuk fotografi, Kamera Pengesan Ultra 108MP HONOR X9c 5G yang dilengkapi dengan OIS dan pengesan yang besar, membolehkan anda menangkap gambar beresolusi tinggi yang lebih mengagumkan, walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Ciri-ciri AI dipertingkatkan seperti AI Motion Sensing dan AI Eraser memudahkan suntingan gambar, membolehkan anda mencipta gambar berkualiti profesional secara lancar.

300% lebih kuat dengan dwi pembesar suara

Di samping itu, sistem dwi pembesar suara peranti ini membolehkan bunyi dikuatkan sehingga 300% untuk pengalaman audio yang lebih imersif. Sama ada anda menonton video, atau bermain permainan mudah alih, bunyian lebih jelas dan nyata memastikan hiburan anda didengari lebih kuat dan hebat.

Ciri-ciri AI baharu untuk pengalaman pengguna yang lebih baik
HONOR X9c 5G juga didatangkan dengan ciri-ciri Magic AI bagi menyelaras tugasan harian anda. Magic Portal menyelaras tugasan kepada proses satu langkah, manakala AI Eraser memadamkan objek yang tidak dikehendaki dari gambar dan AI Blur Privacy melindungi maklumat sensitive semasa menyimpan atau berkongsi tangkap layar.

Magic Capsule melanjutkan notifikasi dengan satu tekanan dan Parallel Space membolehkan anda menguruskan profil kerja dan peribadi secara berasingan,
menjadikan HONOR X9c 5G sebuah peranti yang versatile dan cekap.

HONOR X9c 5G didatangkan dalam dua konfigurasi iaitu varian 12GB+256GB dijual pada harga RM1,499 dan varian 12GB+512GB berharga RM1,699. Peranti ini tersedia dalam warna Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.

Untuk maklumat terkini, sentiasa bersama HONOR dengan mengikuti laman Facebook rasmi atau laman sesawang HONOR Malaysia di www.honor.com/my.

Post Menarik