Utama Blog Halaman 145

Yayasan Forest Interactive dan Yayasan Axiata Umum Pemenang Cabaran Inovasi Green Sprout: Merintis Penyelesaian Pertanian Bandar 

Tiga pasukan terbaik mempamerkan projek mereka di Pesta #mydigitalmaker, yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Yayasan Forest Interactive dengan kerjasama Yayasan Axiata mengumumkan barisan pemenang Cabaran Inovasi Green Sprout, satu inisiatif utama di bawah Program Pendidikan Alam Sekitar 3hb September 2024.

Pemenang pertandingan ini yang terdiri daripada murid sekolah rendah berusia 10 hingga 12 tahun, menampilkan penyelesaian inovatif dan praktikal dalam bidang pertanian bandar yang bermatlamat untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menggalakkan amalan lestari.

Mengenai Program Pendidikan Alam Sekitar

Dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk kesedaran dan penjagaan alam sekitar, Program Pendidikan Alam Sekitar ini, iaitu perluasan daripda perkongsian tahun lalu, merangkumi dua inisiatif utama: Kelompok kedua Green Bean dan kelompok sulung Green Sprout.

Program Pendidikan Alam Sekitar untuk setiap lapan sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia disusun selama tiga hari untuk Green Bean dan dipadatkan kepada dua hari untuk Green Sprout setiap minggu di sekolah masing-masing yang menjangkau sehingga bulan Julai untuk pengalaman praktikal bagi mengukuhkan tanggungjawab alam sekitar.

Inisiatif pendidikan ini bermatlamat untuk memperkasakan generasi muda Malaysia dengan pengetahuan mengenai kelestarian dan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), serta pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan alat digital moden. Menggabungkan platform inovatif seperti pengekodan, teknologi Microbit dan banyak lagi, program berkenaan memupuk kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam konteks alam sekitar.

Gambaran Keseluruhan Cabaran Inovasi Green Sprout 

Cabaran Inovasi Green Sprout menangani keperluan mendesak terhadap penyelesaian kemampanan makanan dalam persekitaran bandar. Peserta ditugaskan untuk menghasilkan reka bentuk sistem pertanian inovatif khusus untuk ruang kecil di bandar seperti kondominium dan pangsapuri. Objektif utama adalah untuk mewujudkan sistem bagi membantu keluarga melakukan penanaman bagi menghasilkan makanan mereka sendiri, justeru meningkatkan keterjaminan makanan dan mengurangkan perbelanjaan runcit.

Seiringan dengan tumpuan cabaran terhadap kemampanan, semua cadangan penyelesaian adalah mesra bajet, mesra pengguna dan diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula. Penekanan ini memastikan bahawa penyelesaian adalah praktikal dan  bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sekali gus membolehkannya mudah diakses oleh khalayak ramai.

Format pertandingan tersebut meliputi elemen teori dan praktikal. Setiap pasukan membentangkan projek mereka dalam format 15 minit yang dibahagikan kepada dua segmen.

Segmen pertama ialah pembentangan selama 5 minit, diikuti dengan demonstrasi prototaip mereka selama 5 minit yang mana peserta menunjukkan fungsi dan keberkesanannya. Segmen terakhir merupakan sesi soal jawab selama 5 minit dengan panel hakim yang membolehkan pasukan menjawab soalan dan memberikan pandangan lebih mandalam mengenai projek mereka.

Format ini bukan hanya mengetengahkan kreativiti dan kemahiran teknikal peserta malah ia juga menguji kebolehan mereka untuk menyampaikan idea mereka dengan berkesan.

Johary Mustapha, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Forest Interactive, berkata,, “Program Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi kemuncak dalam Cabaran Inovasi Green Sprout ini mewakili komitmen kami untuk memupuk bakat muda dan mempromosikan kelestarian alam sekitar. Penyelesaian inovatif yang diketengahkan oleh pelajar ini menekankan dedikasi mereka untuk mencipta penyelesaian alam sekitar yang berkesan dan praktikal.”

Panel hakim termasuk Mohd Farid Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Elvira Systems, Prof. Madya Dr. Zaleha Kassim, Profesor Madya di PIanetary Sustainability Institute for Sustainable Well-being, Universiti Islam Antarabangsa dan Faizul Anuar, Pengurus K-12, Pembangunan Bakat Digital MDEC, menilai projek berkenaan berdasarkan kreativiti, penggunaan secara praktikal dan kemampanan.

Pemenang Cabaran Inovasi Green Sprout 

  • SK Bukit Piatu
  • Nama Projek: My Home Farmer
  • Ringkasan: Sistem akuaponik yang menggabungkan akuakultur (pembiakan ikan) dan hidoponik.
  • Hadiah Wang Tunai: RM3,000
  • SK Desa Cempaka
    • Nama Projek: Akuaponik Mesra Alam 
    • Ringkasan: Sistem akuaponik yang menyepadukan akuakultur dan hidroponik. Sisa ikan dan air digunakan sebagai nutrien untuk tumbuhan.
    • Hadiah Wang Tunai: RM2,000
  • SK Cheras Jaya
  • Nama Projek: Mobifarm
  • Ringkasan: Sistem mudah alih yang menggabungkan hidroponik dan akuakultur dengan pemantauan secara automotik menggunakan teknologi Microbit.
  • Hadiah Wang Tunai: RM1,000

Mohamad Kamal Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata, berkata, “Kami berbangga dapat memberi sokongan kepada Cabaran Inovasi Green Sprout ini dan menyaksikan kreativiti dan semangat anak muda Malaysia. Inisiatif ini seiring dengan misi kami untuk memupuk penjagaan alam sekitar dan memperkasakan golongan pencipta muda dalam usaha menyumbang kepada masa hadapan yang mampan.”

Tiga pasukan utama mempamerkan projek mereka di #mydigitalmaker Fair yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia  (MDEC), mulai 13-15 September 2024, di Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur (KLCC).

“Cabaran Inovasi Green Sprout bukan sahaja menyerlahkan kebijaksanaan luar biasa golongan muda Malaysia tetapi juga mencerminkan komitmen yang kian berkembang terhadap kehidupan mampan dalam komuniti,” menurut Nisa Saharuddin, Pengurus Program dan JangkaMasyarakat Yayasan Forest Interactive, “Menangani isu dunia sebenar dengan penyelesaian yang praktikal, cabaran ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan pertanian bandar dan tanggungjawab alam sekitar.

Yayasan Forest Interactive dan Yayasan Axiata berharap untuk meneruskan kerjasama mereka dan menyokong inisiatif yang memacu perubahan positif dan memupuk masa hadapan yang lebih hijau dan lebih mampan untuk semua.

Telefon Pintar Lensa Telefoto ZEISS APO 200MP, vivo X200 Pro dan X200 Kini di Malaysia

vivo Malaysia hari ini melancarkan siri mercu X terbaharu mereka, vivo X200 Pro dan X200, di Malaysia.

Siri vivo X200 ini membawakan lonjakan besar dalam teknologi telefon pintar, dengan keupayaan telefoto yang canggih hasil kerjasama dengan ZEISS, prestasi luar biasa dari segi hayat bateri hingga ketahanan, serta reka bentuk yang anggun dan sofistikated, menjadikannya telefon pintar terbaik untuk pengalaman konsert.

Era Baharu Fotografi Konsert

Siri vivo X200 menampilkan lensa Telefoto ZEISS APO 200MP yang inovatif. Sistem kamera canggih ini, hasil kejuruteraan bersama ZEISS, mengangkat pengalaman fotografi mudah alih ke tahap baharu.

Sistem kamera ini direka untuk berprestasi tinggi dalam situasi pencahayaan rendah dan zoom jarak jauh, menjadikannya pilihan ideal untuk peminat fotografi. Sama ada anda merakam landskap yang memukau atau konsert secara langsung, siri vivo X200 memberikan hasil berkualiti profesional terus dari poket anda.

vivo X200 Pro, khususnya, dilengkapi dengan Kamera Utama ZEISS True Color 50MP, Kamera Ultra-Lebar 50MP, dan Kamera Telefoto ZEISS APO 200MP. Gabungan ini membolehkan pengguna menangkap subjek jarak jauh dengan perincian yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Dengan enam mod telefoto termaju – HyperZoom Telefoto, Makro Telefoto, Potret Telefoto,
Pemandangan Malam Telefoto, dan Senja Telefoto – vivo X200 Pro ialah peranti fotografi serba boleh.

Siri vivo X200 juga menawarkan pelbagai ciri inovatif seperti Mod Super Landscape, yang
memudahkan tangkapan panorama dengan penambahbaikan automatik untuk gaya tona
profesional. Ciri video potret sinematik 4K HDR pula memberikan kualiti video yang menakjubkan walaupun dalam pencahayaan mencabar, manakala Super Night Mode memastikan foto tetap terang dan jelas di tempat gelap.

Prestasi Tanpa Tandingan
Dikuasakan oleh cip berkembar Dual Flagship Chip, siri vivo X200 menggabungkan Cip Pengimejan V3+ yang dioptimumkan dengan MediaTek Dimensity 9400. Cip Dimensity 9400, dengan CPU generasi kedua all-big-core dan GPU 12-teras, memastikan pengalaman penugasan berbilang yang lancar, pengalaman gaming yang mendalam, dan kecekapan tenaga.

Cip V3+, yang dibangunkan menggunakan proses 6nm, meningkatkan lagi prestasi pengimejan, khususnya untuk video potret sinematik dan menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 30%.

Teknologi bateri yang dipertingkatkan turut menjadi fokus utama. Siri vivo X200 dilengkapi Teknologi Bateri Anod Silikon Generasi ke-3 dan Bateri Semi-Pepejal, yang memberikan ketahanan dan kapasiti lebih tinggi walaupun dalam keadaan ekstrem.

Dengan bateri sehingga 6000mAh dan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge, pengguna boleh menjalani hari mereka tanpa risau kehabisan tenaga. Model vivo X200 Pro turut menyokong pengecasan nirwayar 30W Wireless FlashCharge untuk kemudahan tambahan.

Paparan siri ini hadir dengan teknologi 2160Hz High-frequency PWM Dimming yang mengurangkan ketegangan mata, memastikan pengalaman visual yang selesa dan lancar. Funtouch OS 15 pula menyediakan antara muka pengguna yang lancar dan responsif, dilengkapi dengan reka bentuk yang diperbaharui, latar belakang terkini, serta animasi yang interaktif.

Sistem operasi ini turut mengintegrasikan pelbagai ciri berkuasa AI, seperti AI Note Assist dan AI Transcript Assist, untuk membantu produktiviti harian anda. Selain itu, siri X200 mengintegrasikan ciri Circle to Search daripada Google, membolehkan anda mencari maklumat dengan mudah dalam imej, video, atau teks tanpa perlu menukar aplikasi.

Anda hanya perlu membulatkan, menandakan, mencoret, atau mengetik kandungan yang diingini untuk mendapatkan hasil carian yang relevan secara serta-merta.

Rekaan yang Memikat
Siri vivo X200 menampilkan rekaan anggun dengan skrin Equal-Depth Quad Curved Eye Protection Display untuk keselesaan penggunaan dan visual yang menawan. Ia hadir dalam warna-warna memikat: X200 Pro dalam Titanium dan Hitam, dan X200 dalam Hitam dan Hijau.

Memecah Rekod dan Menguasai Pentas
vivo Malaysia bertekad mencipta impak besar dengan pelancaran siri X200. Acara ini bertujuan mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records bagi Jumlah Penyertaan Terbanyak dalam Acara Pelancaran Peranti Mudah Alih. Dengan jumlah kehadiran 1,380 peserta, vivo telah melepasi pencapaian ini.

Untuk menambahkan lagi keterujaan, vivo Malaysia adalah penaja utama untuk Eric Chou
[Odyssey~Journey RETURNS] World Tour – Malaysia*. Kerjasama ini menekankan komitmen vivo untuk memberikan pengalaman konsert terbaik, sejajar dengan kedudukan siri X200 sebagai telefon pintar konsert yang terunggul.

vivo X200 akan ditawarkan dalam 16GB+512GB pada RM 3,599, manakala vivo X200 Pro boleh didapati juga dalam 16GB+512GB, pada RM 4,699. Pra-tempahan untuk kedua-dua model sudah kini bermula sehingga 22 November 2024, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,787 di laman rasmi vivo dah kedai konsep vivo. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi vivo Malaysia hari ini!

Kumpulan Pos Malaysia Mencatatkan Pertumbuhan Hasil Positif Pada Suku Ketiga 2024

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, hari ini mengumumkan keputusan kewangan bagi suku ketiga tahun fiskal 2024, melaporkan hasil sebanyak RM459 juta, menandakan peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding suku kedua pada tahun yang sama.

Walaupun telah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM40.4 juta, Kumpulan telah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 21.1 peratus berbanding suku kedua 2024, yang didorong oleh prestasi kukuh dalam kedua-dua segmen pos dan penerbangan.

Momentum positif dalam segmen pos telah didorong oleh peningkatan volum bungkusan, yang diperkukuh oleh peningkatan bahagian pasaran dan fokus khususnya terhadap pengurusan kos dan pengoptimuman rangkaian.

Segmen ini kekal komited dengan agenda transformasi dan kepelbagaian hasil, termasuk pembangunan penawaran produk antarabangsa berasaskan model perniagaan ‘asset-lite’.

Pos Aviation menjangkakan pertumbuhan berterusan tahun ke tahun, didorong oleh peningkatan operasi penerbangan, lonjakan permintaan untuk perkhidmatan katering dalam penerbangan, dan pertumbuhan dalam perkhidmatan pengendalian kargo dan kejuruteraan penerbangan.

Segmen ini berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan permintaan perjalanan dan logistik yang semakin meningkat. Walaupun Pos Logistics menghadapi cabaran pada suku ketiga disebabkan kerugian pertukaran mata wang asing yang belum direalisasikan, segmen ini sedang giat mencari peluang perniagaan baharu dan mengembangkan bahagian pasarannya dalam sektor automotif, selain meningkatkan perkhidmatan penghantaran kargo.

Kumpulan Pos Malaysia kekal komited dengan transformasi strategiknya dengan usaha berterusan untuk memacu pertumbuhan, inovasi, dan kepelbagaian merentasi segmen perniagaannya.

“Walaupun masih berada dalam persekitaran yang sangat mencabar, kami gembira melihat
peningkatan dalam segmen-segmen utama kami, terutamanya dalam segmen pos dan
penerbangan, seiring dengan pelaksanaan strategi transformasi kami,” kata Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia.

“Dedikasi pasukan kami terhadap inovasi dan kecemerlangan operasi akan menyediakan kami untuk masa hadapan yang lebih kukuh. Walaupun dalam persekitaran yang mencabar, kami tetap fokus untuk menyampaikan ‘hari esok yang lebih baik’.”

Elevating Everyday Experiences with the New Samsung Galaxy A16 5G

Samsung Electronics announced in Malaysia the launch of our latest Galaxy A smartphone — the new Galaxy A16 5G. These new, affordable smartphones bring stunning improvements to the A series lineup, combining immersive visuals, sleek designs, and secure, reliable experiences, elevating everyday experiences for its users.

Galaxy A16 5G adopt Samsung’s signature Galaxy design language, featuring refined, rounded corners and a linear camera lens layout. Available in a range of premium colours – Gold, Light Green, and Blue Black, giving users plenty of stylish options.

Immersive experience with FHD+ Super AMOLED display

Galaxy A16 5G features a 6.7″ FHD+ Super AMOLED display, a notable upgrade from last year’s 6.5-inch screen on the Galaxy A15 series. The Super AMOLED display provides scenes with true-to-life colours and sharp clarity, making the display ideal for watching videos, gaming, or browsing content.

The Galaxy A16 5G also introduces an improved, sleeker design, with a thinner body measuring just 7.9mm—down from 8.4mm in last year’s Galaxy A15 series. The streamlined bezels further emphasise the 6.7-inch FHD+ Super AMOLED display, helping users better immerse in content and gameplay while enhancing the overall screen size and visual experience.

In addition, the key island design provides a sleek look and feel, which contributes to an easy and intuitive grip on the Galaxy A16 5G, making the device more comfortable to hold for daily use.

Reliability and enhanced security

Samsung’s commitment to reliability and security is at the core of the Galaxy A16 5G. It’s IP54-rated 1 for dust and water resistance. The Galaxy A16 5G will also receive 6 generations of One UI and Android OS updates, as well as 6 years of Samsung Security Maintenance Releases (SMR), keeping the device secure and up to date.

Samsung Knox Vault is also integrated into the Galaxy A16 5G, providing high-level security to protect private, personal data such as user passwords and secrets from hardware-based attacks including voltage glitches, temperature tampering, and laser interference.

High-resolution triple camera

For photography lovers, the Galaxy A16 5G comes equipped with a versatile triple lens, headlined by a 50MP main sensor that captures stunning photos in any conditions. Accompanied by a 5MP ultra-wide and 2MP macro lens, the Galaxy A16 5G ensures every shot is detailed and vibrant. Selfie enthusiasts can enjoy sharper, more joyful selfies with the 13MP front camera, which can focus on details, sharpness, and colour rendition if any.

Enhanced performance and long-lasting battery life
Under the hood, the Galaxy A16 5G boasts a performance boost thanks to its advanced octa-core processor, ensuring smooth and flawless performance for high-quality videos, games, and multitasking.

The Galaxy A16 5G’s robust 5000mAh battery with 25W Super-Fast Charging capability enables users to stay connected throughout the day.

Exclusive Promotion Specially in Malaysia
The new Galaxy A16 5G will be available at RM899 starting from 15 November 2024 until 31 December 2024 at selected stores. For a limited time, enjoy exclusive free gifts including a free 25W Travel Adapter (with no cable worth RM89), and a 128GB SD card (worth RM79), when you purchase before 31 December 2024.

Over 10,000 Runners Light Up The Night At Puma’s Nitro Night Run 2024!

PUMA’s Nitro Night Run 2024 was a resounding success as over 10,000 passionate runners gathered under the night sky at Dataran Putrajaya for an unforgettable experience.

Celebrating the theme of “ELEVATE” participants pushed their limits across three race categories: 5KM, 10KM, and the challenging 21KM half-marathon, which was introduced for the first time this year.

The 21KM attracted the most entries, highlighting its strong appeal among those seeking a greater challenge. From exhilarating runs to electrifying post-race entertainment, the event was more than just a race – it was a celebration of fitness, unity, and the spirit of pushing oneself beyond limits.

Over 10,000 runners set off to conquer the night at the PUMA Nitro Night Run 2024 in Dataran Putrajaya An Elevated Night of Unity and Celebration
The Nitro Night Run wasn’t just about completing distances, it was an event designed to unite people from all walks of life through the power of sports.

PUMA brought its mission to empower people to be #ForeverFaster, creating a space where elite athletes, casual runners, and fitness enthusiasts could come together and challenge themselves in a
festive, community-focused environment.

From start to finish, the Nitro Night Run was filled with energy, music, and camaraderie.

“This year’s PUMA Nitro Night Run demonstrated the incredible spirit of the Malaysian running community. We saw people of all ages and backgrounds come together to embrace the challenge and enjoy the vibrant atmosphere.

“At PUMA, we believe in the unifying power of sports, and this event was a testament to how running can bring people together. We’re thrilled with the success we saw, from the total turnout to the sheer joy and excitement experienced by all runners.

“The 21KM category, in particular, saw an overwhelming response, showcasing its popularity among those seeking a true endurance challenge. We look forward to hosting even more exhilarating experiences like this in the future,” said Steven Tan, Country Manager of PUMA Malaysia.

Participants celebrate their achievements after completing their respective races, embodying PUMA’s #ForeverFaster spirit Post-Run Entertainment to End the Night on a High.

The excitement didn’t end with the race! Following the run, participants were treated to special post-race performances that kept the energy levels high and gave runners a chance to unwind and celebrate.

The event featured live music, dance performances including K-pop acts, and other entertainment segments that transformed Dataran Putrajaya into a celebration zone, making it an unforgettable night for everyone involved.

Runners enjoy an electrifying post-race celebration with live performances, keeping the spirit of the night alive Supporting the Journey with PUMA Nitro Technology The PUMA Nitro Night Run drew inspiration from PUMA’s Nitro running shoe line, known for its advanced cushioning and responsive technology.

Many runners sported their PUMA Nitro shoes, designed to elevate the running experience with unmatched comfort and performance. PUMA’s dedication to innovation and performance shone through in every step taken by participants.

The PUMA Nitro Night Run 2024 left a lasting impact, not just for the memories made but for the incredible community of runners it brought together. With plans for more events and activations, PUMA remains committed to creating platforms where Malaysians can come together to celebrate the joy of sports.

OPPO and Maison Kitsuné Collaborate to Bring Limited-Edition Phone Cases to the Latest OPPO Find X8 Series

OPPO is thrilled to announce an exciting collaboration with French lifestyle brand Maison Kitsuné. Under the “Find Your Fox” theme, this exclusive collaboration debuts limited-edition phone cases and live wallpaper for the upcoming OPPO Find X8 Series.

The Find X8 case features a playful collage of fox logos, while the Find X8 Pro case includes sleek vertical bars and doubles as a phone holder with a key ring.

Both cases support wireless charging with magnetic rings and come in custom gift boxes. Available from 30 November 2024 in Malaysia, they’re free with the purchase of an OPPO Find X8 or X8 Pro at selected stores and the OPPO TikTok Shop.

Additionally, Maison Kitsuné also created an exclusive live wallpaper for the OPPO Find X8 Series, limited to 2,000 downloads from 25 November to 5 December 2024 via the OPPO Theme Store.

The OPPO Find X8 Series is now available for pre-order with free gifts valued up to RM3,214, from 11 to 29 November 2024 at OPPO stores and online platforms.

Lebih Bersih Dan Mesra Alam: Pos Malaysia Guna 1,092 Motosikal Elektrik

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional mengumumkan inisiatif kelestarian terbaharu dengan penambahan 1,092 unit motosikal elektrik ke dalam armadanya.

Langkah ini merupakan hasil kerjasama dengan Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), pemasang MEV-1 PRO, dan penyedia program pajakan DRB-HICOM EZ-Drive Sdn Bhd (“AVIS”) yang menunjukkan komitmen seluruh kumpulan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih bersih dan hijau.

Pengembangan armada ini menyokong komitmen Pos Malaysia untuk mencapai elektrifikasi
sepenuhnya bagi armada penghantaran jarak pertama dan terakhirnya menjelang 2030, selaras dengan sasaran Sifar Bersih menjelang 2050.

Motosikal-motosikal ini akan dihantar secara berperingkat dan akan menyertai armada kenderaan elektrik sedia ada milik syarikat, termasuk 220 motosikal elektrik dan 143 van elektrik.

Selain 1,092 motosikal elektrik MODENAS yang terkini, Pos Malaysia juga dijangka menambah van elektrik baharu ke dalam armadanya yang semakin berkembang pada tahun depan, mengukuhkan fokus berterusan syarikat dalam mengurangkan emisi kenderaan dan mencapai penghantaran hijau 100% untuk jarak pertama dan terakhir menjelang 2030.

Armada baharu motosikal elektrik yang dijadualkan dihantar kepada Pos Malaysia secara
berperingkat akan melengkapkan 220 buah motosikal elektrik serta 143 buah van elektrik yang sudah beroperasi dalam rangkaian penghantaran syarikat.

Selain itu, MODENAS akan memperluas ketersediaan motosikal EV untuk pasaran
B2C, dengan model yang lebih mampu milik akan dilancarkan pada Suku Pertama 2025 dan akses B2C yang lebih luas dirancang untuk Suku Kedua 2025.

Teroka dan Menang! Jadilah yang Pertama di Malaysia Untuk Cuba HONOR Magic7 Pro yang Belum Dilancarkan

HONOR Malaysia hari ini memulakan Program Beta Experiencer untuk HONOR Magic7 Pro yang belum dilancarkan, beberapa minggu selepas telefon pintar dikuasakan AI ini diperkenalkan di China.

Program ini mempelawa orang ramai berkelayakan untuk menjadi antara yang pertama dalam negara untuk alami dan membuat ulasan tentang HONOR Magic7 Pro. Mereka juga berpeluang menilai proses pembangunan peranti serta menerokai kecanggihan MagicOS 9.0 baharu yang merupakan sistem pengoperasian AI diperibadikan untuk semua keadaan yang pertama dalam industri.

Ia menawarkan rangkaian ciri-ciri AI yang menarik dari segi perisian dan perkakasan.
Daftar untuk menjadi Beta Experiencer HONOR Magic7 Pro sekarang!

Pendaftaran untuk Program Beta Experiencer HONOR Magic7 Pro bermula hari ini sehingga 27 November 2024. Peserta boleh membuat pendaftaran di https://www.honor.com/my/shop/new-product-beta/

Peserta akan menilai kamera, paparan, bateri, sistem pengoperasian dan prestasi peranti ini. HONOR Experiencers terpilih akan dikehendaki untuk melengkapkan tugasan mingguan mengikut tema sepanjang tempoh ujian, termasuk berkongsi pengalaman menarik mereka di platform media sosial. Lebih menarik, 50% peserta yang mencatat markah tertinggi pada penghujung program akan menerima satu HONOR Magic7 Pro secara percuma!

Manakala 50% peserta selebihnya setiap seorang akan menerima e-baucar bernilai RM500. (Hadiah diberikan tidak boleh dikembalikan dan tidak dilindungi di bawah mana-mana waranti)

Jangan tunggu dan lepaskan peluang ini dengan menyertai Program Beta Experiencer HONOR Magic7 Pro sekarang! Program eksklusif ini pasti mengujakan orang ramai
yang menanti-nantikan HONOR Magic7 Pro.

Membentuk HONOR Magic7 Pro melalui maklum balas sebenar

Pengambilan peserta Beta Experiencers untuk HONOR Magic7 Pro mengetengahkan kekukuhan komitmen HONOR terhadap nilai-nilai yang mementingkan pengguna.

Langkah tegas dan strategik ini yang dimulakan sebelum pelancaran rasmi menunjukkan keyakinan HONOR dalam peranti flagship tersebut. Dengan mengumpulkan maklum balas sebenar daripada Beta Experiencers, HONOR memperolehi pandangan berguna terhadap keutamaan dan tabiat penggunaan oleh pengguna tempatan.

Selain itu, maklum balas ini juga membolehkan syarikat untuk memperuntukkan sumber secara cekap bagi menambah baik dan memperkayakan produk. Usaha-usaha ini menggariskan dedikasi HONOR dalam menyampaikan teknologi flagship yang benar-benar memberi kepuasan kepada pengguna.

Siri Magic membawakan usaha berterusan HONOR dalam inovasi teknologi, pada masa sama memenuhi keperluan pengguna yang mencari penyelesaian termaju dan canggih yang semakin meningkat. Dengan HONOR Magic7 Pro, HONOR terus menembusi sempadan dengan inovasi peneraju industri, memperkenalkan ciri-ciri yang dicipta untuk mentakrif semula jangkaan pengguna.

Untuk berita menarik mengenai HONOR Magic7 Pro, ikuti laman Facebook rasmi atau
kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my.

JBL Mempertingkatkan Pengalaman Teater Rumah

JBL baru-baru ini mengumumkan pelancaran JBL Modern Audio (MA) AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers, produk teater rumah berprestasi tinggi terkini untuk peminat muzik dan filem generasi seterusnya.

JBL MA AV Receivers dan Stage 2 Loudspeakers direka khas untuk digabungkan secara sempurna ke dalam kediaman moden. Ia turut mudah untuk dipasang, disambungkan dan dipertingkatkan.

Kedua-dua produk ini menawarkan sistem bersepadu yang menggabungkan kesederhanaan, reka bentuk, kualiti, serta kebolehskalaan pada harga yang berpatutan.

Direka bentuk untuk berfungsi bersama, kedua-dua peranti ini menyediakan penyelesaian luar biasa untuk penggemar hiburan rumah, sama ada anda ingin meningkatkan sistem sedia ada atau mahu menghayati audio berprestasi tinggi.

Memanfaatkan kepakaran JBL dalam audio pawagam, termasuk penguatan digital dan teknologi pembesar suara yang dipatenkan, barisan produk imaginatif ini memudahkan penghasilan pengalaman teater rumah yang unggul.

JBL MA Series AV Receivers dan JBL Stage 2 Loudspeakers akan tersedia mulai hari ini pada harga runcit bermula RM2,900.00 hingga RM11,300.00 untuk JBL MA AV Receivers dan RM2,000.00 hingga RM7,900.00 untuk sepasang JBL Stage 2 Loudspeakers.

Alliance Bank announces Top 13 Finalists for BizSmart ® Challenge Accelerator Edition, announces a first-of-its-kind film

Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) announced the top 13 finalists for its highly anticipated 2024 BizSmart® Challenge Accelerator Edition.

These thirteen trailblazing businesses have been selected after a rigorous process of filtration involving 593 innovative applicants, 4 days Accelerator Programme and Business Coaching, 2 days of Business Pitching and 1 day of Elevator Pitch; who are all vying to win the top prizes in the 7th Edition of the reputed programme.

The 2024 Accelerator Edition marks a landmark decade for the BizSmart® Challenge, which has evolved from a platform for entrepreneurial growth to an accelerator for industry-defining talent.

As a leader in the SME sector, Alliance Bank wanted to encourage the sector by pioneering the first BizSmart® Challenge in 2013 to foster the progress and development of growing SMEs, to identify rising stars and to give back to Malaysia’s emerging entrepreneurs.

Brands that are household names today like Christy Ng, myBurger Lab, Tapping Tapir, BloomThis, Signature Market, Amazin’ Graze, Chriszen, Salad Atelier, and Vanzo have come through the Alliance Bank BizSmart® Challenge in previous years, gaining cash prizes, loan financing and valuable business acumen from Alliance Bank as they progress on their entrepreneurial journey.

“We are thrilled to present this year’s finalists, whose entrepreneurial spirit and innovation are truly inspiring. They have reached our Grand Finale after months of honing their pitches, strengthening their business stories and financials, and receiving mentoring from class-leading venture capitalists like Bikesh Lakhmichand of 1337 Ventures and 5X Capital’s Natalie Tan.

Alliance Bank’s BizSmart®Challenge is committed to supporting sustainable business practices and empowering the next wave of industry leaders,” said Kellee Kam, Group Chief Executive Officer of Alliance Bank.

Post Menarik