Penantian hampir berakhir. iQOO secara rasmi bakal membawa iQOO Neo 10 ke pasaran Malaysia, menandakan permulaan era baharu untuk Siri Neo. Dengan spesifikasi setaraf telefon berperingkat mercu, prestasi sepantas kilat, dan harga yang mengatasi jangkaan, iQOO Neo 10 bakal mencetuskan perubahan dalam pasaran telefon pintar gaming di
Malaysia.
Direka khusus untuk generasi pemain mudah alih dan pengguna digital tegar, iQOO Neo 10 tampil dengan kuasa sebenar. Ini merupakan telefon pintar gaming pertama di Malaysia yang dipacu cip pemproses terkini Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4, menjanjikan pengalaman gaming lancar, multitugas tanpa gangguan, serta paparan visual imersif pada setiap sentuhan, leretan dan tatalan.
Prestasi Tanpa Kompromi
Sama ada anda pelajar universiti yang sedang mendaki ranking dalam Mobile Legends, graduan baharu yang multitasking dari pagi hingga malam, atau ibu bapa yang inginkan nilai terbaik untuk naik taraf seterusnya — iQOO Neo 10 memberikan kuasa sepanjang hari dan prestasi padu tanpa menjejaskan bajet.
Dengan teknologi penyejukan canggih, paparan kadar segar semula tinggi yang terang, serta bateri yang tahan lama — ini ialah telefon yang kekal sejuk, terang dan sentiasa bersedia dalam game — seperti anda.
Pertama Kali Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia
Ini merupakan kali pertama Siri iQOO Neo diperkenalkan secara rasmi di Malaysia, dengan ciri dan prestasi yang bakal memenuhi jangkaan pengguna tegar. iQOO Neo 10 direka untuk mendefinisikan semula jangkaan terhadap telefon pintar berprestasi tinggi — menawarkan spesifikasi bertaraf mercu tanpa tanda harga premium.
Bakal Tiba
Pelancaran rasmi akan diumumkan tidak lama lagi. Nantikan maklumat lanjut semasa kami bersedia memperkenalkan iQOO Neo 10 secara rasmi di Malaysia.



































