Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato Dr Mustapha Ahmad Marican telah mengadakan Syarahan Khas bertajuk “Membina UMT, Spectrum, Peranan dan Tanggungjawab pasukan badan beruniform UMT.
Mustapha dalam ucapannya berkata, keterlibatan para graduan ini dalam aktiviti badan beruniform ini dapat membentuk sahsiah dan sosial setiap mahasiswa.
“Aktiviti ini juga dapat mengangkat displin serta semangat kebersamaan sebagai warga universiti dan kokurikulum ini bertujuan memberi kemahiran tambahan kepada mahasiswa selain dari meningkatkan prestasi dalam bidang akadenik,” katanya ketika menyampaikan syarahan di UMT, semalam.
Antara badan beruniform UMT ialah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Darat dan Laut (Palapes), Kor kesukarelawan Polis (Suksis), Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) dan pasukan kadet Maritim Malaysia (Paskam). Ketika ini seramai 500 mahasiswa dan mahasiswi UMT terlibat dalam badan uniform.

Mustapha seterusnya memberi penekanan kepada lima teras utama. Bagi para mahasiswa yang terlibat dalam kokurikulum iaitu
1. Mengimbangkan perkembangan rohani, jasmani dan emosi
2. Mengukuhkan hubungan dan pergaulan
3. Meningkatkan minat dan bakat yang diceburi
4. Meningkatkan disiplin dan kerjasama mahasiswa
5. Dapat melahirkan mahasiswa yang serba boleh
Turut hadir pada majlis ini Naib Canselor UMT, Kepten Kehormat TLDM Prof Ir Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim selaku Komanden Palapes Darat dan Laut.
Beliau dalam ucapannya juga memberi penekanan kepada aspek keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti dan UMT dalam rangka untuk menubuhkan pasukan Kadet Bomba sekiranya tidak halangan dari Kementerian ini kerana Terengganu juga terdedah kepada pelbagai masalah khususnya banjir, cuaca panas terik yang berisiko menyebabkan kebakaran.
Menurut Prof Ir Ts Dr Zamri, UMT dalam rangka untuk menyiapkan bangunan UMT di Bukit Koh Marang, Terengganu.
“Apabila siap sepenuhnya, badan badan beruniform UMT seperti Palapes akan berpindah disini kerana dilengkapi pelbagai kemudahan yang diperlukan seperti tapak halangan untuk membuat latihan dan kemudahan padang kawad yang serba lengkap. Selain itu, terdapat kemudahan pembelajaran dan hospital di kampus baharu ini,” katanya.
Mustapha dalam pada itu menyeru pada graduan mengambil maklum kepentingan badan badan uniform di universiti ini kerana zaman ini keputusan akademik yang baik selepas tamat pengajian tidak mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan malah majikan juga akan melihat dari bukan akademik.
Beliau juga menyeru supaya graduan beruniform seharusnya meneruskan badan uniform dianggotai selepas tamat pengajian Universiti ini kerana banyak kelebihan yg diperolehi kelak. Ini bagi mengelakkan graduan tersebut mengganggur selepas memiliki Ijazah.
Turut hadir Leftenan Kehormat Maritim, Borhanudin Mohd Yusof @ Mohamed yang juga Pengarah Pusat Ko Kurikulum dan Citra Pelajar UMT, Pensyarah Pensyarah dan jurulatih pasukan beruniform UMT.




































