Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta jenama tempatan dalam pasaran peruncitan Malaysia kini tidak lagi mempertikaikan kepentingan pendigitalan.
Daripada peniaga pasar malam dan gerai tepi jalan hinggalah ke kedai milik keluarga dan
penyewa premis di pusat beli-belah, perbincangan kini telah beralih daripada “Pilih e-dagang atau kedai fizikal?” kepada “Bagaimana kita boleh mempertingkatkan lagi perkembangan bisnes dengan menggabungkan saluran fizikal dan digital?”
Perubahan ini didorong oleh pelbagai sokongan sektor awam dan swasta terhadap transformasi digital, serta infrastruktur internet menyeluruh yang dibangunkan oleh kerajaan.
Usaha-usaha ini telah menghapuskan halangan bagi mana-mana perniagaan, tanpa mengira saiz, untuk menyertai ekonomi digital. PMKS yang inovatif di seluruh negara telah menunjukkan bagaimana mereka memanfaatkan kandungan dalam talian dan ekosistem menyeluruh TikTok Shop untuk menjana aliran pendapatan baharu, meningkatkan kehadiran pelanggan ke kedai fizikal, membina komuniti pelanggan setia, serta memperkaya pengalaman mereka.
Bagi Nik Nur Adzuan, pengasas bersama perniagaan pakaian solat patuh Syariah dan keperluan Haji & Umrah, Al-Cataly, yang telah beroperasi sejak 2014, cabaran utama
dahulu adalah untuk mengembangkan jenamanya ketika hanya memiliki sebuah kedai fizikal di Kota Damansara, Selangor.
“Menjalankan perniagaan secara fizikal sepenuhnya bermakna pengetahuan tentang
jenama kami hanya terhad kepada lokasi kedai sahaja. Untuk berkembang, kami
memerlukan modal besar untuk membuka cawangan baharu, termasuk kos pendahuluan
untuk deposit sewa, ubah suai premis, stok inventori, pengambilan pekerja, bil utiliti dan
sebagainya,” jelasnya.
Menurut Nik, perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan lama dalam jangka
panjang jika mereka tidak berkembang. Ini disebabkan sifat perniagaan, yang meningkat
semasa musim puncak seperti cuti sekolah dan Haji, tetapi berkurangan semasa tempoh
bukan puncak kerana produk mereka tidak dicari dan dibeli setiap hari sepanjang tahun,
tidak seperti barangan runcit.
“Bagi menampung kos operasi seperti sewa dan gaji pekerja, kami perlu membina aliran
pendapatan yang lebih konsisten dengan memperluaskan jangkauan pelanggan tanpa
menanggung kos operasi yang tinggi. Inilah sebabnya kami menerokai jualan dalam talian
menerusi TikTok Shop,” kongsinya.
Nik menyatakan bahawa LIVE Hub oleh TikTok Shop dan TEKUN Nasional di Kuala Lumpur
memberi mereka akses mudah kepada latihan dan peralatan bertaraf studio untuk
menghasilkan kandungan dan siaran langsung berkualiti tinggi.
“Dalam tempoh hanya dua bulan, jenama kami telah berjaya menarik hampir 10,000 pengikut dalam talian, dan jualan kami telah meningkat sebanyak 12 kali ganda. katanya
dengan penuh keterujaan. Malah, kami turut mempunyai pelanggan dari seluruh negara dan juga Singapura yang mengunjungi kedai fizikal kami di Selangor setelah kami
membangunkan kehadiran jenama kami secara dalam talian,” katanya.



































