DALAM keadaan ekonomi semasa yang perlahan ketika ini, ramai diantara kita menghadapi masalah menanggung kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Rata-rata kita memerlukan wang tambahan apatah lagi kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bulanan kita sering tidak mencukupi.
Tidak kurang juga ada diantara kita terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan dalam satu-satu masa untuk menampung kos sara hidup. Justeru kaedah Pembiayaan Semula Rumah atau Refinancing mungkin boleh menjadi pilihan kerana banyak memberi kelebihan kepada setiap hartanah yang kita miliki.

Faktor peningkatan nilai hartanah setiap tahun juga memberi keuntungan berganda kepada pemiliknya apatah lagi sekiranya hartanah atau kediaman yang kita duduki berada di lokasi yang strategik seperti di tengah-tengah bandaraya atau berhampiran kawasan tumpuan seperti pusat beli belah, sekolah ataupun hospital.
Apa Itu Pakej Pembiayaan Semula Rumah
- Boleh satukan semua hutang di bank atau koperasi (kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan sebagainya)
- Dapat memberi tumpuan dalam satu pembiayaan sahaja
- Mengurangkan komitmen bulanan
- Mempunyai tambahan wang tunai (nikmati lebihan wang tunai daripada pembiayaan semula)
- Mengekalkan rekod pembayaran balik lebih baik dibank
- Memberi ketenangan fikiran
Apa Pula Kelebihan Pembiayaan Semula Rumah
Lebihan wang tunai daripada pembiayaan semula rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:
1. Sebagai simpanan di waktu kecemasan
2. Deposit untuk pembelian rumah kedua
3. Tampung kos perubatan
4. Pengubahsuaian rumah
5. Menyelesaikan hutang-hutang lain spt pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dsb
6. Sebagai modal untuk memulakan perniagaan atau modal pusingan
7. Simpanan untuk tujuan pelaburan (ASB, Tabung Haji, dsb)
8. Guna untuk menanggung kos pendidikan anak-anak ke universiti
