Lagu ‘Mata’ tidak terpilih ke pentas Anugerah Juara Lagu 32

HARI ini kecoh di laman Instagram milik penyanyi Ayda Jebat apabila peminat membanjiri ruangan komen penyanyi itu apabila lagu nyanyiannya, Mata tidak terpilih ke pentas Anugerah Juara Lagu 32.

Komen yang dibalas Ayda itu jadi tular apabila kebanyakannya menggambarkan perasaan kekecewaan selepas gagal mara ke peringkat akhir.

Dalam masa sama, komen yang ditinggalkan Ayda itu seolah-olah mempertikaikan ketelusan penjurian program itu.

“Well, kena baik dengan juri dan producer dulu kot baru boleh masuk,” balas Ayda kepada salah seorang peminat.

Ayda juga berkata, mungkin lagu Mata tidak berentak 90-an menyebabkan lagu itu tidak layak ke AJL 32.

“Kena buat lagu ala 90-an kot baru boleh masuk,” katanya.

Dalam masa sama, Ayda berpendapat dia bukan kesukaan juri turut menjadi faktor dia gagal.

“Lirik? Arrangement? Apa yang tidak bagus pada Mata? Juri tak suka saya kot,” tulisnya.

Namun, dalam pada ramai yang meluahkan rasa kecewa masih ada segelintir peminat yang berpendapat tindakan Ayda membalas komen sebegitu tidak wajar. Gambar dari Instagram Ayda Jebat

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini