Bermula sekarang hingga 31 Disember ini, pengunjung boleh meraikan bersama Sunway Lagoon dengan tawaran RM25 untuk dua hari Fun Pass.

SUNWAY Lagoon kini sudah mencecah 25 tahun. Bersempena dengan itu, satu sambutan meriah dengan tag ‘Wonder Years 25 Sunway Lagoon’ cukup mengujakan.

Selain suasana malam yang mengujakan, persembahan lagu ‘Experience It’, lagu yang terhasil dari kerjasama  Sunway Lagoon dengan artis-artis tempatan iaitu Caprice (Ariz Ramli), Mimi Fly dan Kaka Azraff cukup menghiburkan.

Persembahan lagu ‘Experience It’ oleh Caprice (Ariz Ramli, Mimi Fly dan Kaka Azraff

Lagu ‘Experience It’ ini dicipta bagi memperingati perjalanan sepanjang 25 tahun dan menceritakan pencapaian Sunway Lagoon.

Lagu dan video klip ini juga diperdengar dan dipertontonkan buat kali pertama pada malam itu yang turut memperlihatkan pelbagai tarikan Sunway Lagoon yang dikecapi sekali gus meletakkan Malaysia di peta dunia.

Pertunjukan  teater yang mengisahkan mengenai seorang puteri cantik dan pengikutnya yang setia, “The Tale of Mount Berapi” dengan letusan gunung berapi di tengah taman tema itu juga memeriahkan sambutan yang cukup meriah itu.

Sempena dengan sambutan “25 Wonder Years” Sunway Lagoon dan cuti akhir tahun, Taman Tema Terbaik Asia ini menawarkan promosi menarik yang memberikan penjimatan hebat untuk pengunjung dalam dan luar negara.

Selain itu, pengunjung yang membeli satu tiket dewasa boleh mendapatkan tiket kedua dengan hanya RM25 bermula sekarang hingga 24 November ini.

Letusan gunung berapi buatan di tengah taman tema menghangatkan malam.

Bermula 25 November hingga 31 Disember, apabila membeli pakej FAMFun atau 4 To Go boleh menikmati baucer F&B bernilai RM25. Dari 27 November hingga 31 Disember pula, untuk lima minggu berturut-turut, pengunjung boleh mengumpul lima lencana Edisi Terhad 25 Wonder Years dari Isnin hingga Jumaat apabila membeli tiket dewasa kemudian menebus satu tiket dewasa pada Januari 2018 dengan menunjukkan tiga daripada lima koleksi lencana di kaunter tiket.

Rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi kenangan terbaik mereka di Sunway Lagoon menerusi foto dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Pengunjung juga boleh menghantar cerita Instagram menggunakan tanda pagar #SL25Years dan #ExperienceIt.

Jangan lupa memuat turun lagu dan video muzik Sunway lagoon bertajuk ‘Experience It’ yang pasti menghiburkan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini