Utama Blog Halaman 1032

Millennium Welt Pengedar BMW Motorrad Terbaru Di Seremban

Pengedar BMW Motorrad yang pertama di Seremban dan Negeri Sembilan kini dibuka bagi memenuhi permintaan pelanggan serta penggemar motosikal premium di kawasan selatan tanahair.

MILLENNIUM Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka bilik pameran yang pertama di Seremban dan juga Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt berkata, “Kami di Millennium Welt telah lama menjalin kerjasama yang baik dengan BMW dan MINI, kami adalah wakil mereka di Seremban, termasuk Batu Pahat dan Kuantan.

Justeru itu, kami berbesar hati dengan usahasama terbaharu BMW melalui pembukaan divisyen beroda dua di sini yang menempatkan jenama BMW Motorrad bagi penggemar motosikal premium.”

owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia pula berkata, “2017 ialah tahun pemecahan rekod bagi BMW Motorrad di Malaysia. Selain rekod jualan yang memberangsangkan, kami juga menambah lima model motosikal premium terbaharu ke dalam portfolio kami.

Kami berharap untuk meneruskan perkembangan positif ini pada tahun 2018 bermula dengan pembukaan pengedar terbaharu, Millennium BMW Motorrad di Negeri Sembilan.”

Pada tahun lepas, jualan kesemua model BMW Motorrad meningkat sebanyak 13.2% di serata dunia, dengan jumlah 164,153 unit terjual. Di Malaysia sahaja, 1,052 unit motosikal berjaya dijual, mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya.

Bilik pameran ini terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban dan boleh mempamerkan sehingga 10 motosikal BMW Motorrad. Fasiliti tersebut akan berfungsi sebagai pengedar BMW Motorrad yang ke-11 di Malaysia.

Maxis Beri Ganjaran Kepada Pelajar eKelas Yang Paling Cemerlang

Maxis eKelas meraikan satu lagi kejayaan dalam memperkasakan pembelajaran digital dengan memberi Anugerah Gemilang eKelas yang pertama kepada para pelajar yang telah menunjukkan peningkatan yang terbaik dalam pelajaran mereka.

ANUGERAH ini, yang dilancarkan pada bulan November tahun lalu, terbuka kepada semua pelajar yang telah menyertai program eKelas yang disampaikan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

Dimiliki oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), PI1M adalah sebuah pusat Internet yang terletak di kawasan pendalaman untuk memberi akses komunikasi kepada komuniti berdekatan. Maxis mempunyai 118 PI1M di bawah jagaannya di seluruh negara. Setakat ini, 45 PI1M di 10 negeri telah menyertai program eKelas.

Tan Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, “Bagi pihak MCMC, saya memuji usaha Maxis dalam membawa eKelas, program pembelajaran digital kepada PI1M, sejajar dengan aspirasi MCMC untuk menjadikan PI1M sebagai pusat pembelajaran bagi komuniti setempat.

Hari ini, teknologi dan Internet telah mengubah cara anak-anak kita berkomunikasi dan mengakses maklumat. eKelas memainkan peranan dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dan hari ini Maxis memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan peningkatan dalam pelajaran mereka. Ini sememangnya akan memberi galakan kepada pelajar lain.”

“Kami telah mengambil langkah-langkah yang penting dalam eKelas dan pelancaran Anugerah Gemilang eKelas menandakan satu lagi pencapaian dalam perjalanan eKelas. Kami akan terus memperluas dan mengembangkan program ini, dengan matlamat ia akan menghasilkan kejayaan akademik bagi pelajar.

Dengan memberikan mereka akses kepada cara pembelajaran baharu melalui tutorial video dan portal, cita-cita kami adalah untuk membantu pelajar eKelas memenuhi potensi mereka dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran,” kata Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis.

Untuk layak mendapat anugerah ini, pelajar dikehendaki mencapai minimum satu peningkatan gred dalam tiga mata pelajaran yang diajar dalam program eKelas iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Ini berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar sebagai penilaian asas dan keputusan peperiksaan akhir tahun atau keputusan PT3 bagi pelajar Tingkatan 3.

Daripada 11 pelajar yang dipilih untuk menerima Anugerah Gemilang eKelas, tiga daripada mereka menunjukkan peningkatan dalam ketiga-tiga subjek tersebut. Untuk mengiktiraf pencapaian mereka, satu majlis khas telah diadakan di Menara Maxis pada hari ini, dimana setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai bernilai RM1,200 yang akan didepositkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia, serta pek permulaan sekolah.

Lapan lagi pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam dua mata pelajaran dan mengekalkan gred yang sama dalam satu mata pelajaran lain. Mereka masing-masing dianugerahkan sumbangan wang tunai bernilai RM600 ke Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia mereka dan juga menerima pek permulaan sekolah.

Antara penerima anugerah tersebut ialah Muhammad Aqil Danial Ramzu Nazri, seorang pelajar Tingkatan 2 dari PI1M Kg Semuba di Kota Bahru, yang menunjukkan peningkatan gred dalam ketiga-tiga subjek tersebut. “eKelas amat membantu saya dalam pelajaran.

Guru-guru yang mengajar kami berpengalaman dan nota yang diberi padat dan lengkap. Saya sangat gembira kerana telah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah, terutamanya kerana ia membuat ibu bapa saya begitu gembira!” katanya.

Seorang lagi penerima anugerah, Thirunyanam A/L Thamby Raja, seorang pelajar Tingkatan 4 dari PI1M Kg Muhibbah, Puchong, berjaya meningkatkan keputusannya dalam dua mata pelajaran. “eKelas telah memberi saya motivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Nota yang saya terima daripada guru eKelas telah membantu saya menjadi lebih fokus. Saya amat teruja kerana telah dipilih sebagai salah satu penerima anugerah. Terima kasih Maxis!” katanya.

Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris – untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Program ini disampaikan di PI1M.

Sejak pelancarannya, eKelas kini mempunyai lebih dari 4,000 pelajar dari segi populasi kelas dan juga yang berinteraksi dalam portal eKelas. Matlamat kami adalah untuk memberi akses portal ini kepada 10,000 pelajar menjelang akhir tahun 2018.

Portal eKelas dilancarkan tahun lalu, dimana pelajar mempuyai akses kepada sumber pembelajaran berasaskan awan, yang membolehkan mereka belajar mengikut tempo masing-masing. Pelajar boleh menguruskan pembelajaran mereka dan pada masa yang sama, bekerjasama untuk menimba ilmu. Portal ini adalah tambahan kepada tutorial langsung, dimana pelajar dapat berinteraksi dengan guru melalui penstriman video.

Selain eKelas, Maxis juga menjalankan aktiviti-aktiviti amal pada musim perayaan dan memberi bantuan bencana alam. Di samping itu, Maxis menggalakkan kakitangan untuk menyumbang masa, tenaga dan kemahiran mereka untuk aktiviti-aktiviti ini.

Malaysian Driver Zen Low Compete In Ferrari Challenge Trofeo Pirelli Asia Pacific 2018

Ferrari Challenge Race Driver Zen Low aims to outdo his prior performance for his second season in the Ferrari Challenge Trofeo Pirelli Asia Pacific 2018

SEASONED race car driver, Zen Low, is geared up to improve on his 2017 third-place finish for the coming 2018 Ferrari Challenge Trofeo Pirelli APAC season.

Malaysia’s first driver to compete at the wheel of the 488 Challenge in the one-make series was re-appointed to race for team OneApps NAZA Aylezo this year. Brimming with confidence, he is all set for the 2018 Series, which kicks off in Melbourne over the weekend of March 22-25.

Zen Low made his stellar debut last year, doing Malaysia proud with eight podium finishes out of a total of 13 races. His performance earned him a total of 163 points and an impressive third place overall in the top tier Trofeo Pirelli category.

Remarking on Zen’s return in the new season, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, NAZA World Group Executive Chairman, said, “It was such a thrill to see Zen Low do so well in his first season. With his wealth of experience and devotion to his craft, he is certainly one of Malaysia’s top drivers and we have much to look forward to as we support him in the coming season.”

“After getting a taste of the competition and gaining experience in last year’s season, I’m even more motivated this time round. Passion, strength and determination form the recipe for success and I’m ready to top that podium,” said Zen Low.

Zen Low is racing for the entire 2018 season and is once again competing in the Trofeo Pirelli category under the race number of 69 and team name OneApps NAZA Aylezo. Zen has an established career as one of the most passionate and successful race drivers in Asia.

An adroit businessman with a keen interest and natural talent for racing, he founded Aylezo Motorsport in 2009. Over the years, Zen has participated in multiple motorsport events both locally and regionally, including competitions such as the Merdeka Millenium Endurance Race (2009 & 2010), the Gulf 12 Hours 2012, Asian Le Mans Series (2013 & 2016), Lamborghini Blancpain Super Trofeo (2013, 2014 & 2016), GT Asia 2015, Sepang 12 Hours (2015 & 2016) and Bathurst 12 Hours 2017.

This season, the Ferrari 488 Challenge makes a glorious return to the track. As the first model in this competition to be equipped with a turbo engine, the Ferrari 488 Challenge is the most powerful car in the history of one-make series. Derived from the Ferrari 488 GTB, the V8 3.9-litre engine – winner of the International Engine of the Year Award in 2016, delivers a forceful 670hp.

Ferrari Challenge was established as a one-make series in 1993, bringing together complete track novices and drivers with prior competition experience. The series spans three regions: North America, Europe and Asia-Pacific. The Ferrari Challenge uses a multi-class format; drivers are grouped under Trofeo Pirelli, Coppa Shell, Coppa Shell AM, Ladies’ Cup and Gentlemen’s Cup. Events are FIA approved, ensuring an exceptionally high standard of organization and safety for all involved.

The 2018 competition will flag off in Melbourne (22-25 March) and travel on to Hampton Downs, New Zealand (12-15 April), Shanghai, China (24-27 May), Fuji, Japan (28 June-1 July) and Suzuka, Japan (23-25 August) before making its way to Singapore (14-16 September). Finally, the Ferrari Challenge will finish off in Monza (1-4 November) for the Finali Mondiali.

More exciting information about Ferrari Malaysia may be obtained at https://www.facebook.com/ferrarimalaysia.nazaitalia. Follow @ferrari.malaysia on Instagram for the latest updates and offerings of Ferrari and NAZA Italia.

Jet Perisik MATA Ejen Ali Ke Udara Bersama AirAsia

Ejen Ali dan AirAsia melancarkan Jet Perisik MATA atau MATA Spy Jet, sebuah pesawat Airbus A320 AirAsia yang dihiasi ‘livery’ reka bentuk Ejen Ali.

PELANCARAN tersebut merupakan acara kemuncak kempen #MisiAspirasiAirAsia, sebuah kerjasama antara Ejen Ali dan AirAsia yang mendukung empat nilai murni – beraspirasi tinggi, mesra, bijak berbelanja dan baik hati, dan bertujuan memberi inspirasi dan mencorak sifat-sifat kepimpinan dalam diri kanak-kanak hari ini sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

Kempen ini dilancarkan September lalu melalui pertandingan video #MisiAspirasiAirAsia, di mana Ejen Ali dan AirAsia mencari rekrut Ejen baru dengan menjemput ibubapa untuk berkongsi video anak-anak mereka beraksi sambil memperlihatkan empat nilai murni tersebut di laman sosial.

Pemenang pertandingan tersebut turut diumumkan dalam sidang media ini, di mana Hadiah Utama berupa 1 juta BIG points, bersamaan tiket penerbangan percuma untuk seluruh keluarga selama satu tahun dihadiahkan kepada Muhammad Adam Rashidi Mohd Rafiq.

Pada 17 Mac 2018, empat Ejen cemerlang telah dijemput untuk menyertai Ejen Ali dan AirAsia dalam sebuah misi rahsia untuk menceriakan penghuni Orion Home, sebuah rumah kebajikan yang didiami 87 kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan The Budimas, Charitable Foundation, yang terletak di Paroi, Negeri Sembilan.

Turut disertai AirAsia Fun Team dan maskot Ejen Ali, aktiviti khas semasa acara tersebut termasuk permainan sukaneka, sesi inspirasi oleh salah seorang juruterbang AirAsia, sesi tutorial solekan bersama krew kabin AirAsia dan sesi pra-tonton eksklusif episod terbaru siri Ejen Ali.

Ejen Ali dan AirAsia turut memberikan sumbangan buku buat Budimas Education Charity Fund, salah sebuah program yang dikelolakan organisasi Budimas yang bertujuan untuk membina perpustakaan di kawasan luar bandar dan miskin di serata Malaysia.

Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata, “Pelancaran ‘livery’ ini merupakan sebuah peristiwa yang amat bermakna buat Ejen Ali kerana ia merupakan siri animasi Malaysia pertama yang berpeluang untuk terbang tinggi bersama AirAsia.

Kami berbesar hati dengan pencapaian Ejen Ali selaku salah satu wakil terkemuka industri animasi Malaysia, serta berharap lebih ramai kanak-kanak di serata dunia akan tertarik dengan aksi hero cilik ini, di samping mendorong mereka untuk mencapai impian besar mereka.”

“Kami berasa amat berpuas hati melihat segala usaha kami untuk menghasilkan siri kartun Ejen Ali kini dizahirkan di sebuah pesawat AirAsia, Peluang emas ini ibarat sebuah pengiktirafan bahawa animasi kelahiran Malaysia berkebolehan untuk mensajikan pengalaman lebih luas buat para penonton, yang mengjangkaui nilai hiburan semata-mata.

Kami berharap kerjasama seperti ini akan mendorong perkembangan yang lebih pesat untuk industri animasi Malaysia,” ujar Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation.

Spencer Lee, Ketua Komersial, AirAsia Malaysia pula berkata, “Kanak-kanak amatlah berharga
dan AirAsia sentiasa mengangkat tinggi kepentingan penumpang muda kami. Konsep
#MisiAspirasiAirAsia menggalakkan generasi muda untuk menunjukkan bakat mereka dengan cara yang menyeronokkan.

Pada masa yang sama, kami berharap untuk memberi ilham kepada mereka sebagai golongan pemimpin dunia masa hadapan. Kerjasama bersama Ejen Ali ini menyediakan
pengalaman indah melalui #MisiAspirasiAirAsia untuk mengejar impian mereka. Kami akan terus mencari cara inovatif untuk memberi inspirasi generasi pemimpin masa hadapan.”

Ejen Ali bersiaran di TV3 setiap Jumaat jam 5.30 petang dan Sabtu jam 10.30 pagi, dan kini dalam siaran antarabangsa di lebih 50 negara seluruh dunia. Peminat Ejen Ali juga boleh menonton Musim 1 di applikasi tonton, melalui ROKKI Wi-Fi, yang menyajikan hiburan dalam penerbangan PERCUMA termasuk permainan, muzik dah kandungan video khas untuk tontonan kanak-kanak semasa penerbangan AirAsia.

Bank Islam Rangkul Anugerah Malaysia Deal Of The Year

Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) memenangi anugerah Malaysia Deal of the Year 2017 oleh Islamic Finance News (“IFN”) bagi projek pembiayaannya kepada CMC Group Sdn Bhd (“CMC”).

PERKARA itu telah diumumkan oleh IFN pada 17 Januari 2017 di bawah anugerah IFN Deal of the Year 2017, yang dihakimi oleh panel bebas pakar-pakar industri.

IFN merupakan penerbitan tersohor yang menumpukan kepada industri pasaran modal dengan liputan luas mengenai pasaran pembiayaan Islam global. Majlis Makan Malam Anugerah IFN ini telah diadakan di Hotel Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2017, Bank Islam menjadi bank penaja Platform Akaun Pelaburan (IAP) bagi
membiayai sebahagian daripada projek integrasi telekomunikasi CMC untuk Ho Chi Minh
City Urban Railway System (Line 1) bernilai RM23 juta di Vietnam.

Urus niaga tersebut merupakan produk kedua Akaun Pelaburan Terhad yang ditawarkan oleh Bank Islam di bawah IAP sejak dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”) pada tahun 2016.

Pada tahun 2015, Bank Islam merupakan salah sebuah bank Islam pengasas yang
membentuk konsortium yang melancarkan IAP. Ianya sama seperti platform teknologi
kewangan seperti pendanaan awam (crowd-funding) dan platform pembiayaan perangkai
padan (peer-to-peer).

Walau bagaimanapun, faktor perbezaan utama IAP ialah peranan pengantaraan yang dimainkan oleh institusi-institusi kewangan Islam termasuk menyaring usaha-usaha yang berdaya maju, menjalankan usaha-usaha wajar terhadap prospek usaha niaga, menyediakan pendedahan mengenai dasar usaha niaga dan profil pulangan risiko mereka, menjalankan pemantauan berterusan mengenai prestasi usaha niaga dan memastikan tadbir urus yang betul untuk melindungi kepentingan pelabur.

Mengenai transaksi CMC, CMC menggunakan IAP sebagai alternatif untuk mendapatkan pembiayaan dan mendapatkan akses kepada pelbagai pelabur manakala para pelabur pula mendapat pendedahan kewangan yang spesifik kepada projek utama CMC di Vietnam.

Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam berkata “Kami merasa
bangga memenangi anugerah Malaysia Deal of the Year daripada IFN. Anugerah ini
merupakan pengiktirafan kepada usaha Bank Islam dalam melaksanakan inovasi
perbankan Islam digital.

Di samping itu, senarai usaha niaga berdaya maju di bawah IAP akan menberikan sokongan kepada pertumbuhan berterusan sektor Industri Kecil dan Sederhana (“IKS”) yang berpotensi mewujudkan kesan gandaan positif lebih besar kepada ekonomi.

Penglibatan kami dalam usaha niaga ini adalah selari dengan aspirasi kami sebagai Pengantara Berasaskan Nilai (“VBI”) yang merupakan satu cara untuk menyumbang kepada pertumbuhan progresif persekitaran bandar sambil menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar.

Perjalanan IAP kami berada di peringkat permulaan dan kami berharap untuk membangunkan lebih banyak lagi  penyelesaian teknologi kewangan, khusus bagi segmen runcit dan IKS, yang
mengoptimumkan sumber, meningkatkan kecekapan dan pengalaman pelanggan serta
terus memainkan peranan yang penting sebagai Pengantara Berasaskan Nilai.”

Ciri Baru Toyota Alphard Dan Vellfire 2018 Memang Bergaya

UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang mula mengimport dan memasarkan model Toyota Alphard dan Toyota Vellfire pada 2014, menerima permintaan menggalakkan daripada pelanggan yang inginkan sebuah MPV mewah buatan Jepun.

SETAKAT ini, lebih daripada 3,000 unit model-model berkenaan telah terjual melalui bilik pameran sah Toyota di seluruh negara, menyumbang kepada 50% daripada pasaran MPV premium tempatan.

Selain dikenali kerana kelebihan nilai dengan penawaran kelengkapan yang ada, Alphard dan Vellfire yang dijual oleh pengedar sah Toyota juga datang dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan sokongan lepas jualan secara menyeluruh.

Bagi model tahun 2018, kedua-dua model berkenaan menerima peningkatan dan penambahbaikan bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan. Spesifikasi terkini termasuk enjin serta transmisi yang baru hanya boleh didapati daripada pengedar rasmi Toyota sahaja.

Toyota Alphard Baru

Seperti sebelumnya, Alphard ditawarkan dalam dua varian iaitu Alphard 3.5 Executive Lounge yang menawarkan tahap kemasan Premium Luxury dan Alphard 3.5 yang menawarkan tahap kemasan Advanced Luxury. Kedua-dua varian kini dilengkapi enjin baru 2GR-FKS 3.5 liter V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan kawalan elektronik.

Enjin baru yang lebih berkuasa ini dilengkapi sistem suntikan D-4S yang memberikan penyaluran minyak optimum dalam setiap keadaan. Sistem ini menggunakan penyuntik tekanan tinggi dan tekanan rendah untuk memenuhi keperluan pembakaran di dalam keseluruhan julat kelajuan enjin.

Sistem Variable Valve Timing-intelligent Wide (VVT-iW) membekalkan tork tinggi, dari julat rpm paling rendah hingga yang paling tinggi. Ia menggabungkan kitaran Atkinson untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dan kitaran Otto untuk kelebihan kuasa.

Beberapa ciri kejuruteraan lain seperti sistem Auto Stop & Start turut memberikan lebih penjimatan minyak. Sistem ringkas ini boleh diaktifkan oleh pemandu pada bila-bila masa; ia akan mematikan enjin sekiranya kenderaan berada dalam keadaan pegun yang lama. Ini mengurangkan pembaziran bahan api dan pembebasan sisa bakar.

Ia akan kekal aktif selagi pemandu meletakkan kaki pada brek. Sebaik brek dilepaskan, enjin akan hidup semula secara automatik dengan lancar.

Penampilan menonjol Alphard diserlahkan dengan konsep “Bravely Magnificent” dan bagi model terbaru ini, imej dinamik dan formalnya menerima sentuhan baru. Bahagian tengah gril kini lebih ke hadapan, memberi penekanan terhadap struktur tiga-dimensi pada rekaan melintang dari logonya ke bahagian lampu dan garis bahu, memberikan penampilan lebih dinamik disamping menyerlahkan ketelitian yang diberikan terhadap model ini.

Pada bahagian sisi, rekaan lampu utama projektor yang digunakan turut menyumbang kepada rupa baru ini. Unit lampu bahagian bawah menampilkan pencahayaan panduan sementara lampu isyarat pula kini didatangkan dengan ciri cahaya berturutan (sequential).

Dari bahagian belakang, Alphard memiliki imej yang lebar dan kuat, disumbangkan oleh kemasan melintang yang dilanjutkan pada bahagian atas lampu.  Lampu tiga-dimensi bentuk L disusun dibawahnya, menerbitkan kesan seperti ia disepadukan dengan kemasan berkenaan serta memberikan imej kedudukan kenderaan yang lebih rendah.

Alphard 2018 menggunakan rim aluminium aloi 18-inci dengan rekaan dan penggayaan baru yang lebih sporty. Pelanggan boleh memilih daripada lima warna luaran berbeza, yang terdiri dari satu warna baru — Graphite Metallic. Empat warna sedia ada yang ditawarkan ialah Luxury White Pearl CS, Burning Black CS, White Pearl CS dan hitam.

Bahagian dalamnya turut menerima sentuhan kemewahan yang lebih pelbagai. Material berkualiti digunakan serta pemasangan teliti menjadi taruhan. Sebagai contoh, bahagian perehat lengannya kini menggunakan material kulit sintetik dengan jahitan untuk memberikan rasa sentuhan yang lebih eksklusif. Ia menggantikan material plastik lembut yang digunakan bagi model tahun 2017.

Bagi varian Alphard 3.5 Executive Lounge, kawasan dengan kemasan jahitan silang kini lebih luas di tempat duduk belakang. Rekaannya juga telah diubah kepada tema menegak untuk nampak lebih moden.

Kemasan pada perahan lengan di tempat duduk barisan kedua juga telah diubah agar lebih sepadan dengan kemasan ruang kabin secara keseluruhannya agar tampil lebih berkualiti. Ruang dalaman bagi varian Executive Lounge dilengkapi dengan material kulit campuran sementara Alphard 3.5 menggunakan material kulit berkualiti tinggi. Kemasan corak kayu yang digunakan juga menerima pembaharuan agar lebih segar dengan imej baru.

Seperti yang dijangkakan pada sebuah MPV mewah, tempat duduknya menawarkan keselesaan optimum dengan operasi kuasa elektrik di barisan pertama dan kedua. Untuk memberikan lebih keselesaan, ia kini dilengkapi dengan ciri pendingin hawa (bagi Alphard Executive Lounge) yang menyalurkan udara dingin dari bahagian kusyen dan penyandar. Varian Executive Lounge dilengkapi dengan kerusi VIP saiz besar, manakala Alphard 3.5 hadir dengan kerusi Kapten; kedua-duanya dengan perehat kaki untuk keselesaan perjalanan jauh.

Lagi tambahan ciri-ciri baru bagi model tahun 2018 ini ialah pad pengecas tanpa wayar bagi peranti dengan sistem Qi, serta Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan yang lebih luas dan jelas. Selain pantulan permukaan biasa, cermin berteknologi tinggi ini turut memaparkan imej dari kamera yang terletak di belakang kenderaan. Dengan ini, penglihatan yang lebih jelas diperoleh, tanpa mengira keadaan cuaca semasa atau siang-malam.

Aspek keselamatan adalah penting untuk Toyota. Untuk itu, sistem perlindungan penumpang tertinggi disediakan bagi Alphard. Tahun ini, antara ciri baru yang melengkapi model berkenaan ialah Blind Spot Monitoring System untuk memaklumkan pemandu sekiranya ada kenderaan di titik buta melalui paparan ikon pada cermin sisinya.

Satu lagi ciri baru ialah Rear Cross Traffic Alert (RCTA), yang akan banyak membantu pemandu untuk memerhati keadaan di belakang dan sisi kenderaan ketika ingin keluar dari tempat letak kenderaan secara mengundur. Sensor digunakan untuk mengesan pergerakan kenderaan lain dan sekiranya ada, sistem amaran akan berbunyi dan berupaya untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak perlanggaran.

Bagi yang memerlukan bantuan ketika ingin meletak kenderaan, ciri Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan sebagai pilihan bagi Alphard. Melalui empat kamera yang terletak disekeliling kenderaan, sistem ini akan memberikan pemandangan persekitaran dan panduan kepada pemandu untuk masuk ke ruang parkir.

Toyota Vellfire Baru

Seperti Alphard baru, Vellfire juga menerima perubahan kosmetik yang menyerlahkan identiti uniknya. Model baru ini menampilkan reka bentuk tiga-dimensi bahagian hadapan, lebih menonjol serta menyerlahkan kesatuan yang ada termasuk dengan bahagian badannya.

Ini memberikan rekaan yang lebih dinamik dari bahagian depan ke belakang, serta menjadikan bahagian bawah badan MPV ini tampak lebih kukuh. Ia juga dipasangkan dengan rim aluminium aloi 18-inci rekaan baru.

Bagi memadankan rekaan kubik pada bahagian hadapan Vellfire, bahagian atas lampu utamanya menggunakan dua projektor petak. Ditambah dengan perincian biru yang ada, ia mewujudkan imej “teknologi maju” yang menarik. Lampu isyaratnya juga beroperasi dengan ciri cahaya berturutan.

Di belakang, bahagian atas serta bawah lampu didatangkan dengan kemasan melintang yang membuatkannya seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian; ia merupakan kesinambungan rekaan dari lampu utama bahagian depan. Lampu isyarat LED ini juga akan menyala secara berturutan.

Seperti Alphard 2018, peningkatan bahagian dalamannya termasuk kemasan perincian dengan rekaan baru. Susunan tempat duduk barisan kedua dan ketiga masih sama, dengan kerusi Kapten individu di barisan kedua.

Tempat duduk dengan material kulit ini dinaiktaraf untuk memberikan lebih keselesaan, lengkap dengan pendingin hawa pada kusyen dan penyandar kerusi. Bahagian penyandar serta perehat kaki juga boleh dilaraskan dengan kuasa elektrik.

Untuk kemudahan penumpang, bukan sekadar slot USB yang disediakan malah pad pengecas tanpa wayar juga ada. Ciri ini menggunakan kuasa tanpa wayar dengan piawaian Wireless Power Consortium (WPC) dan boleh mengecas mana-mana telefon bimbit yang serasi.

Ciri Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan yang lebih luas dan jelas juga menjadi tambahan terbaru. Selain pantulan permukaan biasa, cermin berteknologi tinggi ini turut memaparkan imej dari kamera yang terletak di belakang kenderaan. Dengan ini, penglihatan yang lebih jelas diperolehi, tanpa mengira keadaan semasa atau ketika pemanduan siang dan malam.

Bagi aspek keselamatan, Vellfire turut menerima peningkatan yang sama. Ciri seperti sistem Blind Spot Monitoring misalnya akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan lain pada titik buta. Ikon khas akan muncul pada cermin sisi untuk memaklumkan pemandu bagi mengelak perlanggaran yang mungkin berlaku.

Satu lagi ciri, Rear Cross Traffic (RCTA) turut ditambah pada Vellfire. Sistem ini membantu pemandu untuk memantau dengan memaparkan situasi persekitaran ketika mereka ingin mengeluarkan kenderaan dari tempat parkir secara mengundur. Sensor akan mengesan pergerakan kenderaan lain dari satu jarak, dan sekiranya ada, amaran akan berbunyi dan ia berupaya untuk memberhentikan kenderaan bagi mengelak perlanggaran.

Seperti juga pada Alphard, bagi pemandu yang memerlukan bantuan ketika ingin meletak kenderaan, ciri Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan sebagai pilihan. Melalui empat kamera yang terletak disekeliling kenderaan, sistem ini akan memberikan pemandangan persekitaran dan panduan kepada pemandu untuk masuk ke ruang parkir yang sempit.

KLIA Wins Routes Asia 2018 Marketing Awards

KLIA emerged as winners in the ‘Overall’ and the ‘Over 20 Million Passengers’ categories beating five other shortlisted airports.

MALAYSIA Airports’ significant contribution to the growth of the Malaysian aviation industry were further acknowledged when it received the prestigious Routes Asia 2018 Marketing Awards for the Overall category as well as the ‘Over 20 Million Passengers’ category beating other hubs in the region.

The awards were presented during the Gala Dinner in conjunction with Route Development Forum Asia 2018 (Routes Asia) in Brisbane.

The annual Routes Asia Marketing Awards are widely regarded as the most valuable awards in the route development and aviation industry as the awards are voted and judged by the airline network planning community.

They recognised the outstanding marketing services that have supported the launch of new air routes or the development of existing services.

In 2017, nine new airlines flew to Kuala Lumpur and 25 new routes were launched. Overall passenger traffic grew by more than 11.2% to 58.6 million and recorded an additional of 30,535 commercial aircraft movements, making up the total to 386,054 movements.

Datuk Badlisham Ghazali, managing director of Malaysia Airports said, “I am overjoyed that KLIA has been picked as the overall winner in the highly regarded regional heat of Routes Asia 2018 Marketing Awards via a competitive voting and judging process. This is on top of KLIA emerging as the winner in the ‘Over 20 Million Passengers’ category beating five other shortlisted airports”.

Malaysia Airports has been innovative in creating its airline marketing strategy to promote the desired destinations. Last year, Malaysia Airports collaborated with Tourism Malaysia and created a ‘Joint International Tourism Development Programme’. This programme will see the airport and tourism body match the investments made by the airlines, trade and business partners, in marketing campaigns that drive inbound tourism.

“Malaysia Airports also undertook several missions to Europe, ASEAN, South Asia, India and China to meet up with over 30 airlines at their headquarters to market KLIA as a fast-growing hub. Looking back, I would say we have been well rewarded for our efforts, which saw us launched 25 new routes and nine new passenger airlines for KLIA in 2017,” added Badlisham.

The double recognition displayed a remarkable growth achieved by KLIA through its collaborative approach and outstanding marketing efforts. This will further encourage Malaysia Airports to continue working harder this year and come up with more innovative programmes that foster closer ties with its partners and stakeholders. As the overall winner, KLIA will be automatically shortlisted for the World Routes Marketing Awards in Guangzhou, September this year.

Apollo Tyres Lancar Rangkaian Apollo Manchester United

Pengeluar tayar terkemuka mengukuhkan portfolio di Malaysia melalui pelancaran lima saiz baharu bagi tayar dwi-jenamanya

APOLLO Tyres mengumumkan tawaran terbaharunya, iaitu lima saiz tayar baharu bagi rangkaian dwi-jenamanya yang dikenali sebagai Apollo-Manchester United. Tawaran baharu ini meneguhkan lagi komitmen Apollo Tyres terhadap rakyat Malaysia dengan memperluaskan rangkaian tayar rekaan khas yang bermutu tinggi ini bagi semua peminat bola sepak di tanah air.

Pengenalan pelbagai saiz baharu tayar ini sebenarnya didorong oleh peningkatan permintaan terhadap rekaan dwi-jenama ini di kalangan peminat Manchester United di Malaysia serta rantau di sekitarnya. Maka untuk merealisasikan permintaan mereka, rangkaian tayar Apollo-Manchester United kini boleh didapati dalam beberapa saiz berikut:

  • 195 55 R15
  • 205 55 R16
  • 215 55 R17
  • 245 45 R18
  • 265 65 R17
  • Dan saiz sedia ada, 195 65 R15

Ketua Kumpulan, Rantau ASEAN & Timur Tengah, Apollo Tyres Ltd, Shubhro Ghosh berkata, lima saiz baharu ini dihasilkan berikutan kejayaan varian 15” pertama kami yang dilancarkan sekitar tiga tahun yang lepas.

Dari kiri ke kanan: David May, pemain pertahanan tengah dan kanan Manchester United (1988-2006), Denis Irwin, pemain pertahanan Manchester United (1983-2004), dan Dwight Yorke, pemain penyerang Manchester United (1998–2002) menurunkan tandatangan pada barangan jualan Apollo Tyres Malaysia.

Pemasaran unik (USP) tawaran baharu ini terus berpaksikan keyakinan Apollo dalam mencapai tahap keselamatan tertinggi melalui rekaan yang mampu menghasilkan prestasi serta kawalan yang terbaik.”

“Melalui rangkaian tayar ini, pemandu bukan sahaja dapat mengalami pemanduan yang lebih senyap serta kawalan yang amat berkesan di permukaan yang kering dan basah, malah mereka juga boleh menayangkan logo Manchester United yang terpamer di sisi tayar mereka,” tambah Ghosh.

Selari dengan pelancaran tayar dwi-jenama terbaharu ini, Apollo Tyres akan meneruskan program Jaminan Tanpa Syarat (UCW) bagi semua jenis tayar bagi kenderaan penumpang . Jaminan tanpa syarat selama setahun (12 bulan) ini merupakan tambahan kepada lima tahun jaminan pengilang yang disediakan secara standard oleh syarikat.

Ia merangkumi semua jenis kerosakan pada tayar, misalnya kerosakan tayar yang tidak disengajakan atau kerosakan akibat terlanggar objek keras, sekali gus memberikan pemandu ketenangan minda apabila mereka memandu dengan tayar Apollo baharu.

Mengulas mengenai tawaran UCW, Ghosh berkata, “Pengguna di Malaysia sangat penting bagi pihak kami. Semenjak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2016, kami telah membina rangkaian pengedaran yang kukuh di seluruh Malaysia.

Usaha ini membolehkan rakan-rakan perniagaan kami menghantar tayar kami sehingga ke pintu rumah pelanggan kami. Seiring dengan program pemasaran yang besar untuk tahun ini, kami yakin Jaminan Tanpa Syarat 1 tahun ini akan membolehkan Apollo Tyres memberikan jaminan mutu kepada pelanggan kami, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka terhadap jenama kami.”

Rangkaian tayar Apollo-Manchester United dengan saiz baharu boleh didapati melalui wakil-wakil penjual yang sah di seluruh negara.

Siti Aafiyah Nama Pilihan Puteri Kesayangan Siti Nurhaliza Dan Suami

Siti Aafiyah menjadi pilihan nama anak pasangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti, 39, yang kini popular dengan lagu baru ‘Comel Pipi Merah’ berkata, nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.

“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.

“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” katanya.

Sementara itu, suami Siti, Khalid, 59, berkata, pemilihan nama anak mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

“Pilihan nama anak berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat berkenaan.

“Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam ‘afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam ‘afiyah.

 

“Daripada situ saya menamakan anak saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti turut mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakrim, malam tadi.

Majlis itu turut boleh ditonton secara langsung yang disiarkan menerusi akaun Youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Siaran langsung selama sejam lebih itu mendapat lebih 17,000 tontonan dalam tempoh sejam.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya, Siti berkongsi wajah anak perempuannya di laman Facebook dan Instagram.

Video berdurasi 57 saat yang memaparkan wajah anak Siti itu ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh tiga jam.

Siti selamat bersalin bayi seberat 3.55 kg secara pembedahan, Isnin lalu dan ketika itu Siti dan suami menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra. Gambar dan video dari instagram CTDK

Burger Gergasi Baru Terhebat – KFC Zinger Cheezilla

KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaru – KFC Zinger Cheezilla.

PRODUK unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjikan pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.

Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun
bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC.

Ia pasti membebaskan diri dan selera sesiapa sahaja dengan kenikmatannya.
“Burger Zinger kami sememangnya sudah terkenal apatah lagi dalam kalangan penggemar
KFC. Kini kami membawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenalkan sebelum
ini.

Zinger Cheezilla dibawakan khas buat mereka yang menginginkan burger luar biasa yang dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC
Malaysia.

“Di samping mengekalkan ciri utama KFC iaitu ayam goreng, kami berinovasi dari masa ke
semasa supaya dapat membawakan yang terbaik menerusi menu kami. Zinger Cheezilla
adalah sebuah lagi inovasi burger yang amat kami nanti-nantikan.

Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat!” katanya.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula daripada RM13.50. Pelanggan
juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang ihidangkan
bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

Dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery
bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada. Lari ke cawangan KFC berdekatan
dan bebaskan selera raksasamu! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

Post Menarik