Pengeluar tayar terkemuka mengukuhkan portfolio di Malaysia melalui pelancaran lima saiz baharu bagi tayar dwi-jenamanya

APOLLO Tyres mengumumkan tawaran terbaharunya, iaitu lima saiz tayar baharu bagi rangkaian dwi-jenamanya yang dikenali sebagai Apollo-Manchester United. Tawaran baharu ini meneguhkan lagi komitmen Apollo Tyres terhadap rakyat Malaysia dengan memperluaskan rangkaian tayar rekaan khas yang bermutu tinggi ini bagi semua peminat bola sepak di tanah air.

Pengenalan pelbagai saiz baharu tayar ini sebenarnya didorong oleh peningkatan permintaan terhadap rekaan dwi-jenama ini di kalangan peminat Manchester United di Malaysia serta rantau di sekitarnya. Maka untuk merealisasikan permintaan mereka, rangkaian tayar Apollo-Manchester United kini boleh didapati dalam beberapa saiz berikut:

  • 195 55 R15
  • 205 55 R16
  • 215 55 R17
  • 245 45 R18
  • 265 65 R17
  • Dan saiz sedia ada, 195 65 R15

Ketua Kumpulan, Rantau ASEAN & Timur Tengah, Apollo Tyres Ltd, Shubhro Ghosh berkata, lima saiz baharu ini dihasilkan berikutan kejayaan varian 15” pertama kami yang dilancarkan sekitar tiga tahun yang lepas.

Dari kiri ke kanan: David May, pemain pertahanan tengah dan kanan Manchester United (1988-2006), Denis Irwin, pemain pertahanan Manchester United (1983-2004), dan Dwight Yorke, pemain penyerang Manchester United (1998–2002) menurunkan tandatangan pada barangan jualan Apollo Tyres Malaysia.

Pemasaran unik (USP) tawaran baharu ini terus berpaksikan keyakinan Apollo dalam mencapai tahap keselamatan tertinggi melalui rekaan yang mampu menghasilkan prestasi serta kawalan yang terbaik.”

“Melalui rangkaian tayar ini, pemandu bukan sahaja dapat mengalami pemanduan yang lebih senyap serta kawalan yang amat berkesan di permukaan yang kering dan basah, malah mereka juga boleh menayangkan logo Manchester United yang terpamer di sisi tayar mereka,” tambah Ghosh.

Selari dengan pelancaran tayar dwi-jenama terbaharu ini, Apollo Tyres akan meneruskan program Jaminan Tanpa Syarat (UCW) bagi semua jenis tayar bagi kenderaan penumpang . Jaminan tanpa syarat selama setahun (12 bulan) ini merupakan tambahan kepada lima tahun jaminan pengilang yang disediakan secara standard oleh syarikat.

Ia merangkumi semua jenis kerosakan pada tayar, misalnya kerosakan tayar yang tidak disengajakan atau kerosakan akibat terlanggar objek keras, sekali gus memberikan pemandu ketenangan minda apabila mereka memandu dengan tayar Apollo baharu.

Mengulas mengenai tawaran UCW, Ghosh berkata, “Pengguna di Malaysia sangat penting bagi pihak kami. Semenjak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2016, kami telah membina rangkaian pengedaran yang kukuh di seluruh Malaysia.

Usaha ini membolehkan rakan-rakan perniagaan kami menghantar tayar kami sehingga ke pintu rumah pelanggan kami. Seiring dengan program pemasaran yang besar untuk tahun ini, kami yakin Jaminan Tanpa Syarat 1 tahun ini akan membolehkan Apollo Tyres memberikan jaminan mutu kepada pelanggan kami, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka terhadap jenama kami.”

Rangkaian tayar Apollo-Manchester United dengan saiz baharu boleh didapati melalui wakil-wakil penjual yang sah di seluruh negara.