KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaru – KFC Zinger Cheezilla.

PRODUK unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjikan pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.

Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun
bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC.

Ia pasti membebaskan diri dan selera sesiapa sahaja dengan kenikmatannya.
“Burger Zinger kami sememangnya sudah terkenal apatah lagi dalam kalangan penggemar
KFC. Kini kami membawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenalkan sebelum
ini.

Zinger Cheezilla dibawakan khas buat mereka yang menginginkan burger luar biasa yang dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC
Malaysia.

“Di samping mengekalkan ciri utama KFC iaitu ayam goreng, kami berinovasi dari masa ke
semasa supaya dapat membawakan yang terbaik menerusi menu kami. Zinger Cheezilla
adalah sebuah lagi inovasi burger yang amat kami nanti-nantikan.

Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat!” katanya.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula daripada RM13.50. Pelanggan
juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang ihidangkan
bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

Dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery
bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada. Lari ke cawangan KFC berdekatan
dan bebaskan selera raksasamu! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini