Perodua menawarkan lebih nilai kepada rakyat Malaysia dengan kemunculan Bezza GXtra, varian baharu yang menggantikan 1.0 Standard G dalam julat model Bezza yang popular.

MODEL itu ditawarkan pada harga pengenalan sebanyak RM35,500 untuk manual dan RM37,500 untuk automatik, atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, Bezza GXtra dilengkapi dengan waranti lima tahun/150,000 km.

Pelancaran Bezza GXtra dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Razak di Malaysia Autoshow 2018, bertempat di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).
Turut hadir Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

“Sebagai jenama automotif No 1 di Malaysia, Perodua amat berbangga kerana dapat memperkenalkan Bezza GXtra di Malaysia Autoshow 2018, antara pameran permotoran utama tahun ini,” kata Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

“Bezza GXtra baharu adalah dedikasi berterusan Perodua buat para pelanggan kami kerana ia dibangunkan berdasarkan maklumbalas mereka. Sebagai syarikat yang mengutamakan insan.

Bezza GXtra_Front Exterior

“Perodua sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan kehendak pelanggan kami. Kami akan terus menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan kami,” katanya.

Varian Bezza peringkat asas baharu ini mempunyai skirt sisi dan pemegang pintu luar krom, dan kini boleh didapati dalam warna ‘Ocean Blue’ yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian-varian 1.3L.

Bezza GXtra_Interior Side

Dari segi dalaman, penambahan trim mencetus suasana keunggulan. Papan pemuka dan panel audio dihiasi ‘piano black’, manakala corong udara, sayap stering serta tapak gear dihiasi trim berwarna terang. Bluetooth turut termasuk dalam sistem audio.

Bezza merupakan sedan pertama keluaran Perodua dan menjadi sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) paling mampu milik di Malaysia. Sejak pelancarannya pada pertengahan 2016, ia telah menjadi sedan paling laris di Malaysia, dengan hampir 100,000 unit dijual sehingga kini.

Bezza GXtra_Interior

“Bezza telah menjadi pilihan ramai keluarga kecil di Malaysia kerana kebolehpercayaannya, kos pemilikan rendah, pemanduan yang mudah dan ruang luas,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Bezza GXtra mewakili langkah seterusnya dalam jangka hayat model ini. Dengan menyediakan spesifikasi trim yang setanding dengan Bezza 1.3 Premium X, kami memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan berbanding sebelumnya.

Varian baharu ini dikuasakan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i (Variable Valve Timing – Intelligent), dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan E-AT (kawalan elektronik).

Bezza GXtra_Side Exterior

Penggunaan bahan api yang cekap diteruskan daripada sebelumnya, iaitu 22.8 km/l bagi varian manual dan 21.3 km/l bagi varian automatik.

Perodua Bezza GXtra kini dibuka untuk tempahan. Untuk melihat dengan lebih dekat, sila kunjungi bilik pameran Perodua yang berdekatan pada 5 dan 6 Mei ini, bersempena dengan Hari Pelanggan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini