Pasang. Pakai. Nikmati. Celcom Home Wireless, perkhidmatan jalur lebar yang dipacu dengan rangkaian 4G Celcom memberikan kediaman anda solusi internet terbaik dengan data sehingga lebih daripada satu terabait!
CELCOM Home Wireless begitu mudah untuk digunakan sehingga boleh dipasang dan dipakai oleh seorang kanak-kanak, dalam beberapa minit sahaja untuk menikmati hubungan internet dengan kelajuan purata 30Mbps!
Celcom terus mengutamakan pengalaman pelanggan yang hebat, bukan hanya dalam
keterhubungan mudah alih, kini juga di rumah! Celcom Home Wireless kini ditawarkan di
beberapa lokasi utama, ia direka unik untuk digunakan dalam kediaman dan dipermudahkan dengan ciri-ciri modem pasang dan pakai, di mana ia tidak memerlukan pemasangan ke dinding rumah, mahupun menanti lama untuk pemasangan fiber di kawasan rumah anda untuk menikmati capaian internet berkelajuan tinggi.
Mulai hari ini, pengguna boleh mendaftar sama ada Home Wireless Gold pada RM74.20
(25GB + 40 GB Walla), Home Wireless Gold Plus pada RM106 (50GB + 100GB Walla) atau
Home Wireless Platinum dengan harga RM159 (150GB + 1TB Walla), kemudian hanya
pasang, pakai dan nikmati pengstriman video dan muzik sepanjang hari. Harga termasuk 6% GST.
Pengguna boleh menikmati pelbagai pilihan untuk mengstrim filem kesukaan mereka
sehingga satu TB kuota Video Walla™, mendengar muzik terkini melalui Music Walla™ atau
melayari internet dengan selesa di rumah. Pelan Celcom Home Wireless disediakan dengan
modem Huawei B618 pada RM0 (Harga Runcit RM1, 500) dan pengguna boleh melanggan Celcom Home Wireless selama 24 bulan tanpa caj tambahan dan nikmati sambungan internet sehingga 64 peranti.
Tambahan lagi, Celcom Home Wireless juga boleh didapati secara eksklusif di pameran
Homedec, KLCC Convention Centre mulai 26 April sehingga 29 April 2018 lalu. Celcom
menawarkan pengunjung Homedec peluang menarik untuk memenangi langganan Celcom
Home Wireless Gold dan Platinum secara percuma selama satu tahun.
Pengguna Celcom FIRST™ Gold Plus, Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus yang
sedia ada juga akan menikmati rebat RM15 dengan melanggan Celcom Home Wireless
Platinum semasa pameran Homedec.
Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom
Axiata Berhad berkata Celcom terus fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan
pengalaman yang hebat, oleh itu pelan Celcom Home Wireless yang baru ditawarkan
dengan harga berpatutan dengan ciri jalur lebar pasang-dan- pakai serta data yang mewah.
“Dalam era digital ini, banyak kediaman di Malaysia masih belum mempunyai akses pada
internet berkelajuan tinggi dan ini merupakan pakej data terbesar yang ditawarkan melalui rangkaian 4G kami kepada rakyat Malaysia dengan nilai yang begitu hebat bagi internet
rumah berkelajuan tinggi.
“Pengguna juga boleh menikmati aktiviti kesukaan mereka secara digital di rumah tanpa
perlu risau kehabisan kuota. Tiada yang boleh menandingi pelan internet yang menawarkan pakej data terbesar, untuk hiburan tanpa henti di rumah, termasuk 30-hari syarat pengembalian,” katanya lagi.
Pengguna baru dan sedia ada Celcom boleh melanggan Celcom Home Wireless dengan
hanya melawat cawangan Celcom bluecube atau wakil yang diiktiraf Celcom yang
berdekatan.