Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, UMW Toyota Motor dan semua rangkaian pengedar sahnya akan mengadakan kempen “Jalan Cerita—Ramadan Bersama Toyota” dimana pelanggan menerima tawaran istimewa termasuk “Duit Raya” bernilai RM500 (bagi model-model terpilih).

UMW Toyota Motor juga menawarkan pelanggan rebat tunai sehingga RM3,500 serta tawaran menarik yang lain seperti baucar perkhidmatan percuma atau aksesori pakej percuma yang memberikan nilai terbaik untuk pembelian mereka (tertakluk kepada model dan varian yang terpilih. Rujuk kepada risalah yang dilampirkan)

Raya Sales Promo

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan tawaran promosi Toyota sepanjang bulan ini, sah sehingga 31 Mei 2018.

 

ModelPromosi Menarik
Vios BaruRebat tunai sehingga RM3,500* + Aksesori Percuma (bernilai sehingga RM4,100)* + Pakej Penyelenggaraan Percuma (bernilai RM2,125)*  + Duit Raya
InnovaRebat tunai bernilai RM2,000 + Servis Percuma bernilai RM1,000 + Duit Raya
AvanzaRebat tunai bernilai RM1,000 + Percuma dinaik taraf kepada 16 “rim & tayar bernilai RM3,062* + Duit Raya
SientaRebat tunai bernilai RM1,000 + Duit Raya
HiluxRebat tunai (bernilai RM1,000)* + Aksesori Percuma (bernilai sehingga   RM3,485)*
FortunerRebat tunai (bernilai RM1,000) + Akesori Percuma (bernilai RM2,500)*
CamryRebat tunai (bernilai RM3,000) + “Body Coating” (bernilai RM2,700)* atau Aksesori Percuma (bernilai RM2,500)* + Duit Raya
Corolla AltisRebat tunai (bernilai RM1,000) + Aksesori Percuma bernilai (RM5,790) + Duit Raya

(Semua tawaran adalah untuk varian terpilih sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada).

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km).

Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarata.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tawaran menarik ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota serta jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model-model yang disediakan. Layari juga toyota.com.my untuk keterangan lanjut.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini