Shell kept Scuderia Ferrari driver Kimi Räikkönen busy over Christmas with a special Formula 1-inspired winter test like no other at a closed track in the Swiss Alps.
Fans and guests pitted their skills against each other, the elements, and the surprise addition of the former World Champion in a unique go-kart race on ice. Their mission? To hold off the enigmatic driver for just two laps as he started from the back of the grid.
The special experience was designed to recreate the extreme test bed of motorsport Shell uses to develop its Shell V-Power fuels and Shell Helix Ultra synthetic motor oils for the road. Instead of a track day, motorsport enthusiasts from across Europe were flown to Switzerland to test these products first-hand in sub-zero temperatures, with the Ice Man himself hot on their heels.
The once-in-a-lifetime opportunity for motorsport fans was made possible by the Shell Innovation Partnership with Scuderia Ferrari, one of most long-lasting and recognised relationships in the world of motor racing.
Shell has been involved in Formula 1 since the sport’s earliest days, powering Scuderia Ferrari at the inaugural FIA Formula 1 World Championship race in 1950, and to ten FIA Formula 1 Constructors’ titles and 12 Drivers’ Championship wins since.
The company’s 21,000 man hour a year investment in their Formula 1 programme ladders up to one main purpose – to develop better fuels and lubricants for customers around the world, where innovations from the track are transferred the road. To bring this to life, a dedicated team of experts from Shell Technology Centre Hamburg, with expertise spanning both Formula 1 and road product development, were also on hand during to help uncover the science and innovation behind Shell’s latest generation of road fuels and motor oils.
Indeed, the Shell V-Power race fuel used by Scuderia Ferrari in Formula 1 contains 99% the same types of compounds as the Shell V-Power road fuel that powered this extreme challenge, and available to customers globally. The conditions were also a chance to showcase extreme temperature performance of Shell Helix Ultra synthetic motor oil. Made from natural gas, it helps motorists around the world protect their engines on all drives, even in weather as cold as -400C, far below than the already tough conditions on the test day itself.
Watch to find out how each of the drivers, and Kimi fared out on track. More videos and images of this unique winter test are also available HERE and Shell Motorsport’s Facebook page.
One of the airlines under Lion Air Group, Wings Air will operate their International route in late January 2018. The International route is from Pontianak via Supadio Kubu Raya Airport to one of Malaysia’s cities Kuching via Kuching International Airport.
THIS route is the first new destination for Wings Air in 2018 and start operating on January 24, 2018. The flight will be served twice daily with departure time from Pontianak on 09.45LT on flight number IW 1378 and at 18.00LT on flight number IW 1372.
Flight schedule from Kuching will depart on the morning at 07.00LT using flight number IW 1379 and noon at 11:55LT with flight number IW 1373.
According to the managing director of Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali, “We are happy with this initiative by Wings Air in accommodating the needs and demands by the people from Kuching to Pontianak and vice versa.
As at December 2017, Kuching International Airport has recorded 5 million number of passengers inbound and outbound. This is definitely another milestone for Kuching International Airport in its aim to become a highly competitive airport in Malaysia. With the additional route to and from Kuching International Airport, we are confident that it would benefit not only the tourism industry but also bring many other economic benefits to the state”.
“On this operation Wings Air will serve the flight using ATR 72-500 or ATR 72-600 aircraft that can provide 72 economic class seats,” said Ramaditya Handoko, Corporate Communication of Lion Air Group.
Rama added that the demand for both destinations is high enough, so we are ready to provide 2 times flight schedule per day by not closing the possibility of additional frequencies in the future in order to continue to accommodate our loyal customer’s need.
“We hope that the presence of Wings Air on this route will give more choices to the public of Pontianak and surrounding areas as well as Kuching to visit each other for the needs of tourism, family visits, and MICE. We sure this new route could stimulate economic growth of Pontianak, ” he said.
For the future, Wings Air is also planning to expand international routes from Pontianak to other destinations in Malaysia, such as Miri City in the near future, and of course some domestic routes also will be opened, this is supported by the addition of new fleet of Wings Air in 2018 that planned to come about 5 unit ATR 72-600 aircraft that adds new strength for Wings Air operations.
Meanwhile, the Chairman of Sarawak Tourism Board, Datuk Abdul Wahab Aziz welcomed the news of the inaugural with great joy. Describing it as another milestone in the development of tourism in the state, he said, “The direct flight has opened up opportunities for movement of not only tourists from Kalimantan Barat to Sarawak, but serving the business community as well.”
Thanking the Lion Air Group for operating the new flight route, Datuk Wahab hoped that the direct flight from Pontianak will be fed with more international flights within Kalimantan to ensure that there is enough load factor to sustain the daily double flights.
Currently Wings Air flies to more than 105 domestic destinations in Indonesia with the flight frequency reaching 351 flights per day flown by 54 fleets with type ATR 72-500 and 600.
Bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mengakui kerap menerima jambangan bunga ros daripada individu misteri sejak bercerai 25 Oktober lalu.
JOY yang juga pengasas kosmetik berkata, dalam sebulan hampir dua kali menerima jambangan bunga berlainan dekorasi daripada individu yang menggelarkan dirinya Mr. J.
“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya siapa gerangan individu ini. “Sebelum ini saya pernah memuat naik status di laman sosial dengan mengajak individu terbabit keluar bersama namun tiada jawapan,” katanya.
Menurut Joy, dia kesal apabila ada pihak mendakwa dia sengaja menarik perhatian dengan membeli kesemua bunga yang diterimanya.
“Sebenarnya sebelum berkahwin lagi saya sudah terima, tapi sejak nama terpalit kontroversi dan hidup solo saya kembali dihantar jambangan bunga ros.
“Ada orang kata saya yang membeli bunga ini tapi kalau fikir secara logik buat apa saya nak membazir. Tambahan pula saya lebih selesa hidup solo,” katanya. Gambar dari Instagram Joy Revfa
Hotlink RED, pek prabayar baharu yang mempertingkatkan pengalaman anda dengan Internet tanpa had untuk aplikasi kegemaran anda
HOTLINK mempertingkatkan pengalaman Internet pelanggan dengan pelancaran pek prabayar terkini, Hotlink RED. Pasaran prabayar kini penuh dengan tawaran yang memberi banyak data, tetapi ia selalunya ditawarkan bersama pelbagai batasan, terutamanya bagi had laju dan penggunaan. Dengan Hotlink RED, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman Internet berkelajuan tinggi tanpa had dan tanpa sebarang batasan.
Pelan Hotlink RED baru dimuatkan dengan 10GB Facebook berkelajuan tinggi setiap bulan
Nikmati sosial dan chat tanpa had dengan pembelian pas MI, serendah RM3 untuk 2GB
Tawaran Internet dan IDD yang terbaik
Hotlink RED adalah pelan prabayar menyeluruh bagi pelanggan tempatan dan luar Negara di rangkaian 4G No. 1
“Dengan pelancaran pek Hotlink RED terbaru kami, kami ingin memberi pelanggan kuasa dan kebebasan untuk mengalami Internet dengan cara yang mereka gemari, tanpa berasa bimbang tentang batasan masa atau penggunaan. Selain itu, mereka boleh menikmati pek ini di rangkaian terpantas 4G No. 1 serta 10GB Facebook berkelajuan tinggi setiap bulan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.
Butir-butir Hotlink RED
Berharga RM10, Hotlink RED dilengkapi dengan kredit RM5, 300MB Internet berkelajuan tinggi dan menawarkan pelanggan:
10GB Facebook berkelajuan tinggi tanpa batasan
Pas Internet mudah alih dari serendah RM3 untuk 2GB
Boosters Sosial & Chat tanpa had untuk aplikasi kegemaran mereka dengan sebarang pembelian pas MI pada aplikasi Hotlink RED
Tawaran terbaik HotlinkMU setiap hari di aplikasi Hotlink RED
Kadar IDD dan IDD Hot bundle terbaik
Bersempena dengan pelancaran ini, Hotlink juga telah mempertingkatkan pas Internet dengan lebih banyak kuota data:
Hotlink RED baru boleh dibeli di pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf kepada pelan Hotlink RED boleh berbuat demikian melalui aplikasi Hotlink RED. Mereka hanya perlu pergi ke ‘More’, memilih ‘My Account’ dan memilih ‘Change’ di sebelah ‘Rateplan’. Selain itu, mereka boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih mereka.
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menamatkan sambutan Ulang Tahun ke-60 Tan Chong Group dan memulakan sambutan awal tahun dengan ganjaran melimpah serta tawaran bertuah NISSAN yang hebat.
KEMPEN ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi sebuah NISSAN Teana 2.5L XV baru setiap bulan dari Januari hingga Mac 2018, Mata Ganjaran AirAsia Big atau peralatan elektrik premium Hitachi sehingga RM600,000 dengan setiap pembelian kenderaan baru NISSAN.
Bukan itu sahaja, kempen tersebut menawarkan Set Golden Fortune Bonus yang menarik ke atas model-model terpilih NISSAN dengan pilihan yang merangkumi penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* dan rebat sehingga RM10,500*.
Ganjaran menarik dan tawaran bertuah Nissan sempena Tahun Baru Cina
Golden Fortune Bonus, penjimatan sehingga RM 12,000
Peluang memenangi NISSAN TEANA 2.5L XV setiap bulan
Tan Chong Perkenalkan Perlindungan Insurans RTI-GAP Baharu– TC GAP Protector
ETCM juga akan memulakan Karnival Pandu Uji Tahun Baru Cina NISSAN 2018 di beberapa bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah NISSAN untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat, menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti Tarian Singa, Kaligrafi dan permainan dengan hadiah menarik.
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah NISSAN adalah seperti berikut:
Jadual Karnival Pandu Uji
Tarikh
Wilayah
Lokasi
13 – 14 Januari
Tengah
ETCM Petaling Jaya
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Utara
ETCM Ipoh
Selatan
ETCM Johor Jaya
Sarawak
ETCM Kuching
Sabah
City Mall, Kota Kinabalu
19 – 20 Januari
Pantai Timur
AEON Kota Bharu
Sarawak
ETCM Bintulu
20 – 21 Januari
Tengah
ETCM Puchong
Utara
ETCM Bayan Lepas
Selatan
ETCM Semabok
Sabah
ETCM Tawau
Jadual Siri Jelajah
Tarikh
Wilayah
Lokasi
9 – 14 Januari
Utara
AEON Bukit Mertajam, Penang
11 – 14 Januari
Tengah
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
12 – 14 Januari
Selatan
Paradigm Mall, Johor Bharu
12 – 14 Januari
Sabah
City Mall, Kota Kinabalu
16 – 21 Januari
Pantai Timur
AEON Kota Bharu
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
TC GAP PROTECTOR
TC GAP PROTECTOR
Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) dan RHB Insurance secara rasmi telah melancarkan perlindungan insurans Return To Invoice-Guaranteed Asset Protection (RTI-GAP) baharu – TC GAP Protector – dengan premium yang lebih mampu milik, eksklusif kepada para pemilik kenderaan NISSAN.
TC GAP Protector menyediakan perlindungan kehilangan pendapatan atau kewangan dengan faedah maksimum sehingga RM140,000 jika kenderaan pelanggan lupus sepenuhnya akibat kemalangan, terbakar atau dicuri, selain pembayaran daripada insurans motor. Insurans ini melibatkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Terdapat tiga pelan insurans – Pelan A, B dan C dengan perlindungan maksimum sehingga lima tahun. Insurans ini boleh diperoleh menerusi pembayaran premium sekali gus yang berdasarkan kepada harga pembelian dan jumlah tahun insurans itu akan berkuat kuasa. Tempoh insurans berkuat kuasa secara serta-merta bermula tarikh polisi. Ia hanya sah untuk kenderaan baharu dan sedia ada dengan pendaftaran peribadi serta tidak berusia lebih 12 bulan selepas pendaftaran pertamanya.
Premium yang perlu dibayar untuk model-model terpilih NISSAN adalah seperti berikut:-
Premium yang perlu dibayar, termasuk 6% GST
No
Model Nissan
Jumlah Diinsurankan
Plan A (3 Tahun)
Plan B (4 Tahun)
Plan C (5 Tahun)
1
Almera
Bermula RM69,000
Bermula RM241.14
Bermula RM399.34
Bermula RM572.61
2
Grand Livina
Bermula RM88,000
Bermula RM307.54
Bermula RM509.31
Bermula RM730.29
3
Serena S-Hybrid
Bermula RM133,000
Bermula RM464.81
Bermula RM769.75
Bermula RM1,103.73
4
Teana
Bermula RM137,000
Bermula RM478.79
Bermula RM792.90
Bermula RM1,136.93
5
X-Trail
Bermula RM137,000
Bermula RM478.79
Bermula RM792.90
Bermula RM1,136.93
6
Navara
Bermula RM90,000
Bermula RM314.53
Bermula RM520.88
Bermula RM746.89
Untuk harga dan maklumat lanjut mengenai TC GAP Protector, sila berkunjung ke bilik pameran ETCM, bengkel TCEAS berhampiran anda, hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd di nombor 1800-88-8185 atau www.tcibs.com.my.
BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW 5 Series Hybrid dengan teknologi eDrive buat julung kalinya.
PENGELUAR kenderaan premium itu memperkenalkan sedan eksekutif paling berjaya di dunia. Kini ditawarkan dengan Teknologi eDrive bagi mengukuhkan lagi portfolio Visionary Mobility dan model-model BMW iPerformance, selaku pengeluar kenderaan Hibrid Premium paling berjaya di negara ini.
BMW 530e Sport serba baru ini merupakan model BMW iPerformance kelima yang diperkenalkan di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kepakaran BMW dalam Teknologi Plug-in Hybrid.
Ketua Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan berkata, “BMW 5 Series serba baru kini menawarkan teknologi eDrive, inovasi baru yang diambil daripada Mobiliti masa depan – BMW i. BMW 530e Sport serba baru juga menambah portfolio kami dalam rangkaian kenderaan Plug-In Hybrid premium di sini.
Ia membolehkan kami untuk menawarkan portfolio paling besar berbanding mana-mana pengeluar kenderaan dalam negara, seterusnya membuktikan komitmen kami terhadap aspek Visionary Mobility di Malaysia.”
Menyumbang kepada lebih separuh jumlah jualan keseluruhan BMW Malaysia pada tahun 2017 dengan 55% BMW Hybrid dengan Teknologi eDrive telah diserahkan kepada pelanggan, BMW Group Malaysia menjadi jenama hybrid premium paling berjaya di Malaysia.
“Dari segi gabungan perkongsian jualan, kami berbangga untuk menyatakan bahawa 55% model keseluruhan BMW di Malaysia ialah kenderaan hibrid dengan Teknologi eDrive. Ini juga meletakkan kami di tangga tiga teratas di dunia dari segi penyerahan kenderaan plug-in hybrid,” katanya lagi.
BMW Group Malaysia turut mencatat rekod jualan tertinggi untuk model BMW X5 xDrive40e menerusi penyerahan lebih 3,000 unit pada tahun 2017 sahaja. Ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran kedua terbesar selepas Amerika Syarikat untuk model tersebut. Malaysia juga merupakan pasaran ketiga terbesar untuk model BMW 330e dan BMW 740Le xDrive dengan lebih 2,300 unit dan lebih 450 unit diserahkan kepada pelanggan pada tahun 2017.
“BMW 530e Sport serba baru akan menjadi satu penambahan penting ke dalam portfolio iPerformance kami. Kami yakin ia akan terus mengukukuhkan kedudukan kami selaku peneraju dalam membentuk mobiliti masa depan di Malaysia,” kata Tan.
BMW Group Malaysia terus komited ke atas rancangan Malaysia untuk mengurangkan kepadatan karbon sebanyak 40% menjelang tahun 2020 yang diumumkan pada tahun 2014 dalam Persidangan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu di New York, sebelum diperbaharui semula pada tahun 2016 pada Perjanjian Paris ketika Persidangan Parti-parti ke-21 (COP21).
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Green Technology Corporation, Dr Mohd Azman Zainul Abidin berkata, “Strategi utama Malaysia untuk melangkah ke arah mobiliti rendah karbon adalah menerusi kerjasama antara industri secara menyeluruh.
“Kami di GreenTech Malaysia berbesar hati kerana mempunyai rakan seperti BMW Group Malaysia yang sejak awal lagi mahu memastikan infrastruktur adalah mencukupi dan sewajarnya dapat disediakan bagi menyokong inovasi baru teknologi Plug-in Hybrid dan lanjutnya Elektro Mobiliti. Semua ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas kewujudan kenderaan elektrik dan plug-in-hybrid.
“Melihat inisiatif yang dijalankan oleh BMW Group Malaysia untuk membawa Malaysia ke zaman elektromobiliti sememangnya mengagumkan. Pada masa yang sama, kami akan terus menambah jumlah stesen pengecasan ChargEV di seluruh negara,” katanya.
Reka bentuk: Keperibadian yang atletik
BMW 530e Sport serba baru merupakan model paling inovatif dalam kelasnya. Ia menawarkan pelbagai sistem bantuan pemandu dalam semua mode termasuklah eDrive. Sedan perniagaan premium ini berjanji untuk menawarkan pengalaman pemanduan dinamik yang sememangnya sinonim dengan jenama BMW, bersama kecekapan luar biasa dan praktikaliti bagi pemanduan harian.
Dimulakan dengan ciri yang menjadi signaturnya, corong udara gril kidney direka agar lebih aerodinamik, serta boleh dibuka dan ditutup mengikut keadaan. BMW 530e hadir dalam varian Sport Line yang dipasang dengan lampu LED bersama ciri lampu tinggi dan rendah, lampu sisi dan lampu nyalaan siang yang melengkapkan lagi penampilan bampar hadapan berwarna hitam berkilat itu, serta pasti dapat menarik perhatian apabila dipandu di atas jalan raya.
Lencana ‘530e’ merupakan ciri paling jelas untuk varian plug-in hybrid. Logo i yang dilekatkan pada bahagian atas corong udara dan logo eDrive pada Tiang C menunjukkan bahawa sedan perniagaan premium ini menerima kepakaran teknologi daripada sub jenama BMW i.
Bagi memberi lebih kemudahan, BMW 530e Sport serba baru dilengkapi ciri Comfort Access – membolehkan pemilik mengakses tanpa perlu mencari kunci kereta. Daripada membuka pintu dan menghidupkan enjin, BMW 530e Sport serba baru direka untuk peka dengan alat pengesan unik pada kunci, seterusnya berhubung dengan sistem dalaman kereta dan tiada dua kunci yang serupa.
Model itu juga memberi kemudahan kepada pemilik dalam bentuk operasi but yang tidak memerlukan sebarang sentuhan.
Penampilan sporty sedan perniagaan premium baharu varian eDrive ini diserlahkan dengan paip ekzos berkembar pada bahagian kiri dan kanan. Dipasang dengan rim aloi ringan 19” V-Spoke, model itu membayangkan pengalaman pemanduan yang lincah.
Interaksi dinamik untuk penghantaran kuasa lebih baik.
BMW 530e Sport serba baru dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 184hp dan tork 320Nm. Digabungkan dengan motor elekrik daripada sistem BMW eDrive yang canggih, ia menawarkan output keseluruhan 252hp dan tork 420Nm. Sekali gus membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 6.2 saat. Dengan kelajuan maksimum 235km/j, kereta itu nyata mendahului segmennya apabila cuma menggunakan bahan api sekitar 2.0l/100km dan emisi CO2 yang rendah iaitu 46g/km.
Pemanduan elektrik ini menawarkan kecekapan terbaik melalui gabungan motor elektrik, bateri lithium-ion berprestasi tinggi dan pengurusan tenaga yang pintar. Pengurusan tenaga yang pintar ini mengoptimumkan kecekapan rangkaian kuasa elektrik dan bateri berprestasi tinggi dengan anggaran operasi yang boleh dijangka. BMW 530e Sport ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 48km dengan pecutan maksimum mencecah 140km/j – terbaik dalam kelasnya.
Sistem eDrive boleh diubahsuai dengan lebih tepat berdasarkan kepada perjalanan melalui tiga mode pemanduan yang inovatif: AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL.
AUTO eDrive menggabungkan kuasa enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik yang membolehkan anda memandu sehingga 80km/j dengan mode elektrik sepenuhnya. Untuk kuasa ekstra, tukar kepada mode MAX eDrive yang bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik bagi mencapai kelajuan maksimum 140km/j. BATTERY CONTROL membolehkan pemandu menggunakan bateri bervoltan tinggi secara manual dengan cara menetapkan tahap caj untuk digunakan pada pemanduan elektrik sepenuhnya dalam perjalanan nanti.
Dari segi pilihan mengecaj pula, kereta ini boleh dicaj di rumah menggunakan soket biasa. Namun begitu, BMW iWallbox merupakan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan tempoh mengecaj kepada hanya sekitar tiga jam. BMW iWallbox Plus pula membolehkan urusan mengecaj dibuat menerusi aplikasi telefon pintar serta mempunyai rekod caj. Untuk proses mengecaj yang lebih laju, BMW i AC Fast Charging Cable yang juga sesuai untuk pengecaj awam mampu mencapai kelajuan mengecaj tiga kali lebih laju berbanding kabel caj standard. Palam standard ini memastikan pemilik boleh menyambungkan kereta mereka dengan mana-mana stesen pengecaj awam. Kabel pengecasan pantas didatangkan dengan pendaftaran ChargeNow Card secara dalam talian.
Pengalaman pemanduan terbaik dari dalam dan luar.
Panel sisi dengan perkataan “eDrive” yang dinyalakan menyambut anda apabila pintu dibuka. Rekaan ruang dalaman menyerlahkan rasa elegan dan sporty melalui kemasan hitam berkilat, manakala lampu ambien membuatkannya lebih premium. Stereng kulit BMW Sport dan sistem bunyi HiFi (12 unit pembesar suara) dipasang secara eksklusif pada BMW 530e Sport serba baru.
Selain ciri Lane Change Warning dan Blind Spot Monitor, model ini juga dipasang sistem bantuan pemanduan yang ekstensif seperti Peredam Dinamik dengan Mode ADAPTIVE. Mode ADAPTIVE ini merupakan sistem keempat dalam Driving Experience Control yang menawarkan mode pemanduan COMFORT, SPORT dan ECO PRO. Mode ADAPTIVE berfungsi bersama ciri Dynamic Damper Control (DDC) dan Navigation System Professional di mana sistem stereng, DDC dan Steptronic akan mengadaptasi gaya pemanduan semasa serta jalan raya secara automatik.
Sebagai tambahan, Park Assist ialah satu sistem bantuan memandu intuitif yang memudahkan urusan memarkir kenderaan secara selari dan mengundur. Sistem ini mudah dikendalikan dan menawarkan teknologi autonomi tahap dua.
Model BMW 530e Sport juga dilengkapi ciri-ciri BMW ConnectedDrive – satu konsep digital yang direka untuk membantu mobiliti peribadi, mengintegrasikan kenderaan ke dalam kehidupan digital pengguna menerusi pelbagai titik sentuhan. Paparan multi-fungsi itu direka khas untuk kluster instrumen di hadapan pemandu dan skrin maklumat di bahagian tengah.
Arahan ke atas sedan eksekutif plug-in hybrid premium ini boleh dilakukan melalui aplikasi BMW Connected. Ia membolehkan anda untuk bukan sahaja memantau prestasi kereta, malah menentukan atmosfera ruang dalaman kereta. Menerusi aplikasi BMW Connected, pemandu boleh memastikan keselesaan kabin dengan mengawal fungsi pendingin hawa melalui telefon pintar sahaja.
Aplikasi BMW Connected juga membolehkan anda memantau tahap caj bateri bervoltan tinggi, lokasi stesen pengecasan, jarak yang boleh dilalui dengan kuasa elektrik sahaja dan jumlah petrol yang dapat dijimatkan.
BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive Technology yang pertama kali diperkenalkan ini hadir dalam warna kelabu (Bluestone Metallic), biru (Mediterranean Blue), putih (Alpine White) perak (Glacier Silver) dan hitam (Black Sapphire). Kemasan kulit berwarna hitam sesuai dipadankan dengan semua warna luaran tersebut. Manakala kemasan kulit berwarna coklat (Dakota Cognac) sesuai untuk warna hitam (Black Sapphire), kelabu (Bluestone Metallic) atau putih (Alpine White).
BMW 530e Sport serba baru boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara dengan bayaran bulanan bermula hanya RM3,588.00 melalui Pembiayaan Balloon 80% daripada BMW Credit Malaysia. Ia juga ditawarkan dengan BMW Full Circle Programme daripada BMW Credit Malaysia.
Kempen pemilikan istimewa untuk model-model BMW dan BMW iPerformance di seluruh negara.
Program pemilikan istimewa untuk kenderaan BMW dan BMW iPerformance juga ditawarkan dalam kempen BMW Malaysia yang sedang berlangsung sekarang di semua pengedar sah BMW seluruh negara. Ia merangkumi kadar faedah pembiayaan istimewa bermula 0.88% dan banyak rebat menarik ke atas semua rangkaian model BMW.
Para pemilik baru model-model BMW iPerformance BMW 330e M Sport, BMW X5 xDrive 40e, BMW 530e Sport dan BMW 740Le akan diberikan akses percuma tanpa had selama setahun ke atas perkhidmatan mobility ChargeNow melalui BMW i AC Fast Charging Cable yang diberi secara percuma. Khas untuk pemilik baru BMW X5 xDrive40e dan BMW 740Le xDrive, program baru daripada BMW Malaysia menawarkan BMW i Wallbox Plus secara percuma dengan pengesan RFID yang boleh diurus dan dikawal dari jauh menggunakan aplikasi telefon pintar BMW iV. Kempen ini berakhir pada 31 Mac 2018.
Harga runcit (di atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbautan Tanpa Had Selama 5 tahun daripada BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive ialah: BMW 530e Sport serba baru RM 343, 800.00
Kerjasama dengan CARE4ALL dan Alumni Teach for Malaysia (TFMA) dalam memperbaiki infrastruktur jambatan dan menambahbaik sekolah di Miri, Sarawak.
MALAYSIA Airports bersama sekumpulan pelajar dari Universiti Malaya (UM) seramai 15 orang dan 2 orang fellow serta Alumni Teach For Malaysia (TFMA) telah mengambil inisiatif untuk membantu penduduk dan pelajar di Rumah Mayung, Miri, Sarawak dan kawasan sekelilingnya menerusi satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Malaysia Airports iaitu Airports @ Community di Miri.
Program ini berjalan serentak dengan program yang dijalankan oleh pelajar Universiti Malaya iaitu Care4All@Sibuti. Program CSR yang telah dirancang kemas sejak akhir tahun 2017 ini bertujuan untuk membangunkan nilai sosial, pendidikan dan kesihatan komuniti di kawasan pedalaman Sarawak.
Program yang dijalankan selama empat hari yang bermula pada 15 Januari sehinga 19 Januari 2018 dapat memberi manfaat kepada hampir 480 penduduk dari dua rumah panjang iaitu Rumah Muyang dan Rumah Senju. Ianya merupakan sebuah inisiatif Malaysia Airports di bawah rangka tanggungjawab sosial korporatnya iaitu mewujudkan penglibatan antara pelajar universiti, masyarakat dan korporat.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali berkata, dalam rangka program tanggungjawab sosial Malaysia Airports, kami sentiasa peka dengan keperluan masyarakat. Bersempena pembukaan semula persekolahan, kami ingin menjadi sebahagian pihak dalam membantu pelajar luar bandar, khususnya pelajar di SK Sg Manong ini untuk memudahkan mereka untuk pergi ke sekolah setiap hari. Kami percaya bahawa mereka merupakan modal insan yang berharga demi masa depan negara kelak.
Di antara aktiviti yang terkandung dalam program ini adalah kerja-kerja pembaikan jambatan Sg Manong yang menghubungkan SK Sg Manong dan Rumah Muyang. Melalui pembaikan jambatan ini, ianya dilihat dapat meningkatkan mutu kehidupan komuniti rumah panjang di sini, seterusnya memudahkan pergerakan para pelajar ke sekolah. Di antara aktiviti lain yang dijalankan adalah kerja-kerja mengecat sekolah di SK Sg Manong bertujuan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih kondusif dan ceria.
“Jambatan Sg Manong merupakan sebuah medium penghubung utama kepada para pelajar yang mendiami Rumah Muyang dan Rumah Senju untuk ke sekolah. Dengan penambahbaikan jambatan ini, diharapkan objektif program CSR untuk meningkatkan kualiti tahap pendidikan mereka dan menggalakkan mereka untuk ke sekolah dapat direalisasikan. Menerusi kewujudan program CSR seperti ini, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kami di Malaysia Airports dengan masyarakat sekeliling terutamanya yang berada di sekitar lapangan terbang kami beroperasi,” kata Badlisham lagi.
Penyerahan cek sumbangan sebanyak RM20,000 oleh Malaysia Airports disampaikan oleh Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports, Azli Mohamed kepada JKKK Rumah Mayung dan PIBG SK Sg Manong bertujuan memperbaiki Jambatan Sg Manong dan mengecat SK Sg Manong di dalam majlis penutup yang sama.
Minat mendalam terhadap sukan permotoran tidak hanya memberikan pengalaman menarik malah melonjakkan adrenalin seseorang apatah lagi memenangi sebuah kereta Toyota Vios SE.
JURUTEKNIK, Muhammad Haye Nafiqi Saidin, 27, muncul pengunjung bertuah apabila terpilih memenangi sebuah kereta Toyota Vios SE bernilai RM85,000 pada acara festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) di Medini City, Johor. Beliau telah menjawab beberapa soalan ketika acara berkenaan di MAEPS, Serdang.
“Saya selalu mengimpikan untuk memiliki sebuah Toyota Vios, tapi tak pernah terbayang pula akan memenanginya. Saya hadir dan menonton Vios Challenge sebab saya amat berminat dengan sukan permotoran dan datang bersama rakan-rakan lain, untuk menyaksikan Fattah Amin berlumba.
Muhammad Haye Nafiqi Saidin, 27, menang Toyota Vios SE
“Beberapa minggu kemudian, saya terima panggilan dari UMW Toyota Motor memaklumkan yang saya telah memenangi sebuah kereta. Saya berasa sangat gembira, tambahan pula saya akan berkahwin tak lama lagi. Sudah tentu saya akan akan menggunakan Vios ini sebagai kereta rasmi pada majlis perkahwinan kami,” katanya.
Muhammad Haye dari Selangor berkunjung ke Medini City di Johor hujung minggu lalu untuk mengikuti festival perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama ketika acara berkenaan.
Sebuah lagi Toyota Vios SE akan berpeluang dimenangi oleh pengunjung di Medini City pada acara yang sama dan pemenang yang bertuah akan diumumkan sebaik sahaja semua penyertaan dinilai oleh auditor.
Shawn Lee celebrates number 1 after beating Fattah Amin
Dalam acara dua hari TGR di Johor baru-baru ini berjaya menarik kehadiran 17,000 pengunjung. Tidak ketinggalan diceriakan dengan kehadiran pemandu selebriti seperti Fattah Amin, Diana Danielle, Janna Nick, Shukri Yahaya, Geraldine Gan, Danny Koo, Shawn Lee dan Venice Min.
Fattah Amin celebrating his 3rd place for the Promotional Class
Susulan daripada sesi pra-tonton Toyota Harrier serba baru yang berlangsung di Malaysia Auto Show 2017 November tahun lalu, UMW Toyota Motor telah menerima banyak tempahan bagi model yang buat pertama kalinya dijual secara rasmi di Malaysia.
UNIT bagi kumpulan pertama kini sudah mula diserahkan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal dengan harga bagi model berkenaan yang bermula dari RM238,000 di Semenanjung Malaysia.
“Kami sangat teruja dengan maklum balas yang diterima bagi pengenalan Toyota Harrier serba baru ini di Malaysia. Memandangkan model generasi sebelumnya hanya untuk pasaran domestik Jepun sahaja, kami tidak dapat menjualnya secara rasmi ketika itu. Bagaimanapun, Toyota Motor Corporation telah mengambil keputusan untuk menawarkannya bagi pasaran di luar Jepun dan untuk itu, Malaysia antara negara yang terawal menjualnya secara rasmi,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Toyota Harrier datang dengan jaminan lima-tahun dan tanpa had perbatuan. Ini termasuk kesediaan stok bagi alat ganti tulen untuk model generasi terbaru yang dijual ini.
Penampilan model generasi terbaru Toyota Harrier memiliki gril yang disudutkan untuk tujuan aerodinamik dengan lencana helang khas yang digunakan bagi memberi penekanan terhadap imej agresif dan elegan yang dibawa.
Lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu selekoh, lampu kabus serta lampu belakang semuanya menggunakan LED. Lampu isyarat di depan menggunakan paparan berturutan (sequential display) untuk lebih memudahkan makluman hasrat pemandu sebelum membelok atau menukar lorong.
Harrier 2.0T yang diimport sepenuhnya ini dilengkapi enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo. Dua versi ditawarkan iaitu Harrier 2.0T Premium dan Harrier 2.0T Luxury yang hadir dengan kelengkapan tambahan. Terdapat empat pilihan warna semuanya.
Model ini menggunakan enjin petrol 8AR-FTS dengan pengecas turbo pusaran berkembar (twin scroll). Enjin ini turut menggunakan penyuntik minyak terus D-4ST dan sistem VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide).
Engine
Pemilik Toyota Harrier serba baru ini turut dilindungi oleh pakej Toyota Safety Sense (TSS), sebuah set sistem keselamatan aktif yang julung kalinya ditawarkan pada model kenderaan Toyota di negara ini. Ia terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Kruise Adaptif, Sistem Penetap Laluan, Amaran Penukar Laluan dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif.
Ciri-ciri keselamatan lain yang turut disertakan ialah seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC), Lampu Isyarat Kecemasan (yang menyalakan lampu kecemasan sebagai amaran dalam situasi brek secara mengejut), Brek Parkir Elektronik + Brek Pegun Auto serta sensor parkir dengan kamera undur.
Air Bag System
Sebagai tambahan, tujuh beg udara SRS ada untuk melindungi penumpang di depan, disokong juga dengan beg udara sisi serta beg udara tirai yang akan melindungi bahagian tingkap di sisi (depan dan belakang) ketika berlakunya perlanggaran di bahagian tepi. Turut disediakan ialah beg udara lutut yang terletak di bahagian bawah kolum stereng untuk melindungi lutut pemandu sekiranya berlaku perlanggaran secara berdepan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Toyota Harrier serba baru, layari laman web Toyota di toyota.com.my.
On-the-Road Price (RM) – Individual Private
Region
TOYOTA HARRIER 2.0T PREMIUM (RM)
TOYOTA HARRIER 2.0T LUXURY (RM)
Peninsular Malaysia
238,000.00
259,900.00
Sabah
240,640.40
262,540.40
Sarawak
240,640.40
262,540.40
Langkawi
149,692.11
162,076.71
Labuan
151,253.81
163,638.41
On-the-Road Price (RM) – Company Private
Region
TOYOTA HARRIER 2.0T PREMIUM (RM)
TOYOTA HARRIER 2.0T LUXURY (RM)
Peninsular Malaysia
238,200.00
260,100.00
Sabah
240,640.40
262,540.40
Sarawak
240,640.40
262,540.40
Langkawi
149,892.11
162,276.71
Labuan
151,253.81
163,638.41
*Harga atas jalan raya termasuk GST tanpa insurans
Nur Sajat Kamaruzzaman enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memerlukan masa minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenarnya.
USAHAWAN popular itu dilaporkan berkata, cukup-cukuplah mengaibkannya sehingga tular kerana dia juga perlu menjaga hati ibu bapanya.
“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya. “Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini. Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.
“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan,” katanya lagi.
Sajat mengakui kesal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian masyarakat sedangkan niatnya hanya untuk berniaga.
Terdahulu JAKIM dalam kenyataan petang Jumaat lalu, menyatakan memerlukan masa paling minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenar usahawan kosmetik itu.
Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi laman sosial Facebook (FB) Jakim.
Dr Mohd Izwan berkata, proses tersebut mengambil masa yang panjang kerana melibatkan banyak pihak.
“Proses ini akan mengambil masa yang panjang kerana melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya.
Mohd Izwan juga menjelaskan, Jakim bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.
“Keputusan hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan Jakim,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Izwan berkata, Jakim menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan sebuah video yang menuduh pihak Jakim menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.
“Kami juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di dalam sebuah video yang menuduh pihak Jakim ada menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat,” tegasnya.
Terdahulu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selasa lalu.
Difahamkan, pihak Jakim mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman yang diberikan kepada usahawan kosmetik itu berhubung isu identitinya. Gambar dari Instagram NurSajat