Utama Blog Halaman 1009

BMW Group Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan Paling Tinggi Sepanjang 2017

2017 - Launch of MINI Countryman

BMW Group Malaysia menyerahkan sebanyak 12,680 unit kenderaan kepada pelanggan pada tahun 2017 berbanding 10,906 unit pada 2016.

PENGELUAR kereta premium, BMW mengukuhkan komitmennya ke atas pasaran Malaysia dengan mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam segmen premium di Malaysia dengan rekod terbaik 16%, sekali gus mengukuhkan posisinya selaku jenama kenderaan hibrid premium paling berjaya di negara ini.

BMW Group Malaysia mencatat prestasi yang terbaik di negara ini apabila sebanyak 12,680 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah berjaya diserahkan pada tahun 2017. Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut pengeluar kereta premium itu mencatat prestasi paling tinggi, seterusnya mencapai pertumbuhan 16% yang mendahului segmennya, berbanding tempoh sama untuk tahun 2016 (10,906 unit).

2017 – Launch of the BMW 740Le xDrive

Kejayaan BMW Group Malaysia turut sejajar dengan pertumbuhan BMW Group di peringkat global. Pengeluar kereta premium itu mencatat jualan tertinggi dengan jumlah penghantaran keseluruhan sebanyak 2,463,526 unit.

Ia merupakan rekod jualan untuk tujuh tahun berturut-turut. Pada tahun 2017, jenama BMW menyaksikan peningkatan sebanyak 4.2% kenaikan dengan jumlah keseluruhan penyerahan 2,088,283 unit kenderaan. Jenama MINI mencatat rekod jualan yang baru pada tahun 2017, naik 3.2% berbanding tahun sebelumnya dengan 371,881 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan. Jualan BMW Motorrad  juga meningkat sebanyak 13.2%  kepada 164,153 unit telah diserahkan di seluruh dunia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami berasa rendah diri dengan pencapaian ini. Kejayaan pertumbuhan kami di Malaysia merupakan hasil daripada komitmen yang tidak berbelah-bahagi kepada negara, pelanggan, pengedar dan pengalaman pemilikan premium mereka.

2017 – Launch of the BMW 530i M Sport

“Kami amat komited untuk memberi perkhidmatan terbaik di negara ini dan rantau Asia Tenggara dari Malaysia pada tahun ini. Kami telah menetapkan satu lagi penanda aras untuk industri automotif premium di sini.

“Melangkah ke 2018, dengan sokongan padu daripada kerajaan Malaysia, pelanggan dan rangkaian pengedar yang kukuh, kami akan merealisasikan pelaburan dan perancangan untuk rantau ini. Kami harap dapat mengekalkan momentum ini dan mencapai satu lagi kejayaan untuk BMW Group dan negara.”

Jenama BMW menyaksikan pertumbuhan sebanyak 18% pada tahun 2017 dengan jumlah penghantaran keseluruhan kenderaan BMW mencecah 10,618 unit, berbanding 9,000 unit pada tahun 2016.

Pertumbuhan itu dipacu oleh model BMW 3 Series dengan 3,564 unit – 2,408 unit daripadanya ialah BMW 330e dan BMW 330e M Sport. BMW X5 xDrive40e juga menjadi penyumbang utama kepada prestasi jenama dengan lebih 3,000 unit berjaya dijual tahun lalu. BMW 740Le xDrive yang diperkenalkan pada separuh pertama 2016 berkonsepkan Driving Luxury to the Mobility of the Future dijual sebanyak 400 unit.

Kejayaan penyerahan kenderaan elektrik BMW kepada para pelanggan di Malaysia terus mengukuhkan posisi syarikat selaku peneraju dalam segmen elektro-mobiliti. Ia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menerima teknologi terkini dalam industri automotif. BMW Group Malaysia dalam hasrat untuk memacu portfolio produk kenderaan BMW Hybrid dan Teknologi eDrive ke hadapan, akan terus mengutamakan aspek infrastruktur dan perkhidmatan mobiliti dalam strateginya, demi menjadikan pemanduan kereta elektrik lebih selesa, mudah serta menyeronokkan pada setiap hari.

Pelancaran sedan perniagaan sport paling progresif, BMW 5 Series pada separuh pertama 2017 juga memacu jualan jenama ini dengan lebih 1,600 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan.

MINI juga dilihat semakin kukuh apabila mencatat rekod prestasi terbaik pada tahun 2017 dengan 1,010 unit MINI berjaya diserahkan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12% berbanding tahun sebelumnya (902 unit).

Pencapaian itu meletakkan MINI sebagai jenama kedua paling pantas berkembang dalam segmen premium di Malaysia dan kini menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut. Tahun lalu, MINI menambah model MINI Countryman, MINI John Cooper Works Clubman dan MINI John Cooper Works Countryman ke dalam portfolionya.

2017 – Launch of the BMW Motorrad R nineT, BMW Motorrad R nineT Racer and BMW Motorrad R nineT Pure

BMW Motorrad pula menyerahkan sebanyak 1,052 unit motosikal, mencatat pertumbuhan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya (1,004 unit). Tahun 2017 menyaksikan pengenalan lima buah motosikal baharu – BMW S1000RR, BMW R1200GS, BMW K1600 GT, Bagger dan BMW R nineT Urban GS.

Bagi menunjukkan komitmen syarikat untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada para pelanggan, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Full Circle Programme oleh BMW Credit Malaysia. Program Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan untuk kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad juga diperkenalkan di samping tawaran premiumnya seperti Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun BMW, Program Servis Percuma, Program Jaminan Tayar BMW dan Jaminan Perbatuan Tanpa Had serta Program  Jaminan Servis Percuma selama 4 Tahun MINI.

Pengeluar kereta premium ini juga telah membuka kemudahan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau terbaharunya di Zon Perdagangan Bebas di Lapangan Terbang Antarabansa Senai, Iskandar Malaysia. Kemudahan serantau yang dibina dengan pelaburan lebih RM130 juta itu merupakan antara yang terbesar seumpamanya dan menyokong lebih 22 buah negara di rantau ini. Ia menjadi bukti bahawa Malaysia merupakan pasaran utama BMW Group; pasaran yang menyokong hala tuju strategik perniagaan Kumpulan dalam mengembangkan pengaruhnya di rantau ini.

Pada tahun 2018, BMW Group Malaysia akan memulakan penghantaran BMW 3 Series, BMW 5 Series dan BMW 7 Series yang pertama ke Vietnam dan Filipina. Bagi menyokong langkah tersebut, Kilang Pemasangan BMW di Kulim akan meningkatkan keupayaan pengeluaran kepada lebih 10,000 unit pada tahun 2017 dengan pelaburan lebih RM10 juta.

“Tahun ini merupakan tahun ke-15 operasi kami di Malaysia. Kami sangat berbangga kerana dapat menjadikan BMW sebagai peneraju dalam menyediakan mobiliti premium yang mapan. Kami tidak sabar untuk menyaksikan satu lagi pertumbuhan dalam setiap aspek – dari segi jualan, kematangan portfolio produk hinggalah menjadi peneraju dalam segmen elektro-mobiliti dan kenderaan masa depan di Malaysia,” katanya.

Perodua Targets 2% Growth, 35% Market Share In 2018

Perodua is aiming for sales of 209,000 vehicles for 2018 – a 2% jump from the 204,900 vehicles registered in 2017 – mainly due to continued strong demand for its current model line-up.

PERODUA President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh said, the momentum carried by the Bezza in the earlier part of 2017 and the continued demand for our other models have helped make us the top-selling carmaker in Malaysia for the 12th year running,” said.

“Based on our internal calculations, we expect the total industry volume to increase to 590,000 units in 2018, which would see our market share sustained at slightly above 35%,” he said.

On the current sales performance, Datuk (Dr) Aminar said that the 204,900 figure is above Perodua’s earlier target of 202,000; however, the 2017 performance was slightly lower than the 207,100 recorded in 2016, amidst challenging market conditions, intense competition and strict hire purchase guidelines.

“That being said, we are happy to say that we expect the numbers to climb back up this year due to favourable economic conditions as well as the continued momentum for the new Myvi,” he added.

The new Perodua Myvi has garnered over 36,000 bookings since order-taking began in November 2017, and over 11,000 units have found homes to date.

“We expect more registrations moving forward, as most of the customers who placed orders last year wanted their cars delivered in 2018,” Datuk (Dr) Aminar said.

“That being said, we are also doing our level best to meet demand especially for the 1.5 variants, which was beyond our expectations.

“Perodua Manufacturing Sdn Bhd, our manufacturing arm, is currently working overtime to ensure deliveries are made within an acceptable time frame,” he said, adding that Perodua will focus on maximising the sales potential of all

Datuk (Dr) Aminar said that the increase in demand this year will also have a positive impact on vehicle production with an estimated 215,334 units to be produced at both its manufacturing facilities this year compared with 200,146 units produced in 2017.

Perodua has two vehicle manufacturing companies. Perodua Manufacturing Sdn Bhd produces the new Myvi and the Alza, while Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd manufactures the Axia and Bezza.

Datuk (Dr) Aminar said all of Perodua’s after-sales businesses have shown positive growth last year as the demand for reliable and quality service increased due to better awareness amongst customers.

Perodua’s intake growth has been positive in 2017, with the national car company expecting its service intakes to grow by 1.9% from 2.1 million intakes in 2017 to 2.14 million in 2018.

“While we look to further increase our sales this year, we are also aggressively growing our after-sales business to meet with the expected increase in the numbers of customers moving forward.

“This will be done by upgrading current facilities to have more bays and by further improving our people’s competencies. This will further reduce our customers’ waiting time while at the same time increase intakes,” Datuk (Dr) Aminar said.

From a corporate responsibility standpoint, Perodua will be undertaking a few long-term projects that will shape the youth and sports landscape.

Kicking them off is the Perodua Malaysia Masters, an international badminton tournament that is on-going this week at the Axiata Arena in Bukit Jalil, with the finals taking place this Sunday.

“Sponsored by our technical partner Daihatsu Motor Company of Japan, the Perodua Malaysia Masters will see top as well as up-and-coming Malaysian shuttlers duking it out with their international counterparts for victory,” said Datuk (Dr) Aminar.

Siti Nurhaliza Rakam Lagu “Comel Pipi Merah” Khas Untuk Bakal Anaknya

Meskipun sarat hamil tujuh bulan, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur proses rakaman single terbaru berjudul Comel Pipi Merah berjalan lancar.

SITI mengakui, lagu ciptaannya sendiri yang didedikasikan khas sempena kelahiran bakal puteri sulungnya pada Mac ini tidak mengambil masa lama.

“Saya menjangka proses rakaman akan mengambil masa sehingga empat jam, tetapi alhamdulillah semuanya selesai dalam tempoh sejam saja.

“Namun terasa juga sedikit semput, maklum sajalah usia kandungan saya sudah lebih tujuh bulan,”katanya.

Menurut Siti, lagu yang diciptanya sendiri dan lirik oleh Rozi Sangdewi itu sesuatu yang cukup istimewa kerana mengandungi elemen yang membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanaknya.

“Saya dapat melodi lagu ini ketika mengimbau kembali sewaktu arwah abah yang gemar mengagah anak kecil dan cucu-cucunya dengan melodi yang seringkali saya dengar dari mulutnya.

“Bunyi keramat itu saya abadikan dalam lagu ini selain menggabungkan lagu rakyat, Can Mali Can, tetapi diolah mengikut kesesuaian.

“Sengaja saya buat begini supaya mudah diingati dan diikuti oleh mereka yang mendengar,” katanya single terbabit bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Lebih menarik, Siti turut mengundang dua anak saudaranya, Siti Nurun Marsitah Mohd Ghazali, 12, dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri, 11, untuk mengiringi nyanyiannya.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cindai itu merakamkan lagu berkenaan di Nomad Studio, Kuala Lumpur.

Siti sebelum ini mendedahkan jantina bayinya adalah perempuan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya ke-39 baru-baru ini.

Ingress Auto Puchong Sasar Jualan Lebih Baik Tahun Ini

Barisan kenderaan hibrid berjaya melonjakkan jualan kenderaan BMW sepanjang tahun lalu menerusi wakil pengedar BMW, Ingress Auto di Puchong dan Damansara.

INGRESS Auto, wakil pengedar kenderaan BMW milik Bumiputera sepenuhnya di negara ini merekodkan jualan keseluruhan sebanyak 1,505 unit pelbagai model BMW sepanjang tahun 2017 yang didorong menerusi pengenalan model BMW jenis hibrid.

Anak syarikat milik Ingress Corporation Berhad itu ketika ini memiliki dua cawangan pengedar kenderaan BMW iaitu di Puchong dan Damansara. Syarikat itu turut menjadi pengedar bagi model kenderaan MINI.

Ketua Jualan Ingress Auto Puchong, Zaidi Hazral Abdul Hadi berkata, pada tahun lalu cawangan Puchong mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 311 unit termasuk 128 unit menerusi model hibrid iaitu BMW 330e (58 unit) dan BMW X5 plug in Hybrid (70 unit).

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan jualan keseluruhan akan meningkat kepada 320 unit pada tahun ini disumbangkan oleh jualan model terbaru BMW 530e Sport yang pertama kali dilengkapi ciri hibrid dengan teknologi eDrive.

“Kebanyakan pelanggan yang datang membeli kenderaan BMW jenis hibrid ini bukan sahaja tertarik dengan ciri teknologi terkini, penjimatan bahan api malah prestasi yang ditawarkan pada harga yang menarik,” katanya ketika ditemui pada  majlis prebiu model terbaru BMW 530e yang dilancarkan di cawangan Ingress Auto Puchong, hari ini.

Ingress Auto mengadakan majlis prebiu dan penerangan teknikal kepada kira-kira 200 pelanggan sepanjang kempen pengenalan model itu yang bermula hari ini sehingga Ahad ini. Kempen yang sama turut diadakan di cawangan Damansara. Pengunjung juga berpeluang memandu uji model terbaru itu di cawangan Ingress Auto sepanjang kempen itu diadakan.

Model BMW 530e hanya ditawarkan dengan varian tunggal Sport Line, berharga RM343,800 atas jalan tanpa insurans. Ia adalah RM50,000 lebih murah berbanding 530i (RM389k), yang turut didatangkan dengan waranti lima-tahun dengan perbatuan tanpa terhad serta penyelenggaran berjadual percuma lima-tahun dan waranti dua-tahun bagi tayar.

530e ini dijanakan oleh enjin B48 2.0 liter petrol pengecas turbo empat-silinder, yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 184 hp dari 5,000 hingga 6,500 rpm dan tork 290 Nm dari 1,350 hingga 4,250 rpm. Ia dipadankan dengan motor elektrik 113 hp/250 Nm yang mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 252 hp dan tork 420 Nm – hampir menyamai kuasa 530i tetapi dengan dan peningkatan tork sebanyak 70 Nm berbanding varian petrol tersebut.

Ingress Auto di Puchong dan Damansara dilengkapi ciri 4S iaitu jualan, servis, alat ganti dan baik pulih badan kenderaan.

Ditanya mengenai perancangan tahun ini, Zaidi berkata, pihaknya sedang mencari tanah seluas 1 ekar sekitar Puchong bagi tujuan membuka pusat baik pulih badan kenderaan akibat kemalangan bagi menampung permintaan daripada pelanggan BMW.

Ketika ini model BMW 530e ini ditawarkan dengan lima pilihan warna luaran iaitu Bluestone Metallic, Mediterranean Blue, Alpine White, Glacier Silver dan Black Sapphire. Warna ruang dalaman pula ialah black dan cognac.

Seperti mana model BMW iPerformance yang terdapat di Malaysia seperti 330e M Sport, X5 xDrive 40e, 740Le, pembelian 530e Sport juga membolehkan pelanggan menerima akses percuma tanpa had sepanjang tahun untuk servis mobiliti ChargeNow menerusi platform ChargEV. Tawaran menarik ini juga didatangkan dengan BMW i AC Fast Charging Cable secara percuma.

Skim HouzKEY Maybank Islamic Dibuka Untuk Orang Ramai

Penduduk Lembah Klang kini boleh memohon produk HouzKEY Maybank Islamic
Berhad berdasarkan skim inovatif sewa beli hartanah yang diumum dan dilancarkan pada
November 2017 bermula 15 Januari 2018 lalu.

SKIM inovatif sewa beli hartanah melalui platfom digital itu membolehkan orang awam melayari laman web www.Maybank2own.com untuk senarai 21 projek hartanah dari
12 pemaju yang sedia ada dan 7 lagi pemaju dijangka akan menyertai skim ini menjelang akhir Januari.

Sebanyak 12 pemaju berkenaan adalah EcoWorld Bhd, SP Setia, Mah Sing Properties, Sime Darby Property, Gamuda Properties, UEM Sunrise, Selangor Dredging Berhad, dan Mitraland. Menerusi laman web www.Maybank2own.com, para pelanggan boleh memilih projek-projek yang sedia ada termasuk memohon terus unit dari laman web tersebut.

HouzKEY telah direka untuk menyediakan penyelesaian alternatif untuk pemilikan hartanah melalui skim inovatif yang hanya memerlukan deposit sewa tiga bulan seterusnya membolehkan pelanggan segera memasuki rumah impian mereka.

Para pelanggan diberi pilihan untuk membeli hartanah berkenaan pada harga yang dipersetujui
selepas tempoh sewaan sekurang-kurangnya satu tahun. HouzKEY merupakan skim pemilikan rumah sewa yang pertama di negara ini yang diperkenalkan sepenuhnya melalui platform digital – dengan permohonan dan penyerahan dokumen sokongan dibuat melalui atas talian.

Sebaik sahaja pemohon memilih hartanah di dalam portal dan bersetuju untuk menyewanya dibawah HouzKEY, bank akan memberikan keputusan dalam masa satu hari bekerja, seterusnya pelanggan harus membuat deposit tiga bulan jumlah sewa bulanan dalam masa tujuh hari.

Selepas perjanjian ditandatangani, hartanah tersebut akan dikunci pada harga sewa tetap selama lima tahun dan pelanggan boleh memilih untuk membeli rumah berkenaan dengan menukarkan kepada pinjaman perumahan Maybank selepas tempoh satu tahun menyewa, atau mereka boleh terus menyewa dengan kenaikan kadar sewaan sebanyak 2% setahun pada tahun ke-6 sehingga tempoh kontrak mereka berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata, Maybank Islamic akan terus memberi tumpuan kepada mewujudkan penyelesaian patuh Syariah yang lebih inovatif dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang memanfaatkan kekuatan dan kepakaran Kumpulan Maybank dalam kewangan Islam.

“Kami sentiasa mencari memperkenalkan produk yang menawarkan cadangan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami. HouzKEY mempromosikan kemasukan kewangan dengan menawarkan laluan alternatif kepada pemilikan rumah. Kami berbesar hati kerana ia merupakan produk pertama seumpamanya yang ditawarkan di pasaran, “katanya.

Dato’ Mohamed Rafique menambah, HouzKEY adalah salah satu inisiatif Kumpulan Maybank untuk menyelesaikan cabaran semasa untuk memiliki hartanah selaras dengan agenda negara mengenai pemilikan rumah.

HouzKEY dilancarkan pada 23 November oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani dan permohonan pada mulanya hanya dibuka untuk pekerja Maybank sebelum orang ramai boleh mengakses laman web itu.

Sehingga 15 Januari, kira-kira 13,000 telah melawat portal itu dan 2,000 daripadanya telah
menunjukkan minat terhadap produk tersebut. Hampir 70 peratus daripada mereka adalah dari kumpulan umur sasaran antara 25 dan 34 tahun.

Kerjasama TM & TNB Pacu Capaian Jalur Lebar Negara

Signing TM and TNB

Kedua-dua GLC memanfaatkan gabungan keupayaan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Fiber Seluruh Negara

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan pelan pelaksanaan bagi merealisasikan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh pihak Kerajaan.

Usahasama ini akan memanfaatkan gabungan keupayaan kedua-dua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tersebut dari segi capaian, infrastruktur dan kepakaran. Secara khusus, sinergi berkenaan akan membolehkan struktur kos yang paling efisien, dan memacu capaian rangkaian jalur lebar fiber.

Ini adalah selari dengan aspirasi Kerajaan untuk memacu Ekonomi Digital di Malaysia, seperti yang disasarkan di bawah NFP dan projek-projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Seterusnya, pelaksanaan itu dibawah TM dan TNB, sebagai dua buah institusi terkemuka di Malaysia, akan memastikan keselamatan serta menjamin infrastruktur strategik dan kritikal negara.

Cadangan rangkaian itu juga akan meneruskan penyertaan akses terbuka sedia ada oleh para pemain industri yang lain bagi mempromosikan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, dan Datuk Seri Ir Azman Mohd, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB.

MoU ini tertakluk kepada perjanjian muktamad yang akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak selepas terma-terma komersil dimuktamadkan. Pengumuman selanjutnya akan dibuat kelak, mengikut kesesuaian.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi tetap (telefoni dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi dan perkhidmatan pintar.

Yusmanida Auto Buka Pusat 3S Perodua Di Sungai Buloh

Pusat 3S Perodua baru telah dibuka secara rasmi di Saujana Utama, Sungai Buloh, menyediakan keperluan jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada para pelanggan dan penduduk sekitarnya.

YUSMANIDA Auto Sdn Bhd, wakil jualan sah Perodua membuka cawangan tersebut dibina dengan keluasan 16,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 45,000 kaki persegi; dikendalikan oleh sejumlah 65 pekerja termasuk 30 penasihat jualan dan 12 penasihat servis.

Cawangan tersebut dibuka secara rasmi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Dato’ Madani Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Dato’ Amiruddin Setro dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

“Yusmanida Auto telah menjadi wakil jualan sah Perodua sejak 2003 yang mana sebelum ini ianya mengendalikan cawangan jualan yang terletak di Jalan Meru, Klang,” kata Perodua Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Sepanjang 15 tahun ini, Yusmanida Auto telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Perodua berdasarkan kepercayaan dan hasrat yang seiring untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami,” tambah Datuk (Dr) Aminar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yusmanida Auto Sdn Bhd, Sarizal Yusman Yusoff berkata, pembinaan cawangan ini bermula pada Ogos 2016 dan ianya siap pada April 2017 seterusnya mula beroperasi pada September 2017.

“Kami amat gembira dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pengeluar kereta paling laris negara. Kami berharap dengan meluaskan skop perniagaan kami dengan memasukkan servis dan alat ganti di lokasi baru ini, kami dapat menawarkan Pengalaman Perodua (Perodua Experience) yang terbaik kepada para pelanggan kami, selari dengan inisiatif Transformasi 2.0 Perodua” kata Sarizal.

“Keselesaan, kemudahan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Pusat servis kami mampu menyelenggara enam buah kereta pada satu-satu masa dan ini meminimumkan tempoh menunggu. Para pelanggan boleh beristirehat di kawasan menunggu yang luas dan menarik yang mana terdapat tiga buah TV set, sebuah perpustakaan mini, tempat permainan kanak-kanak, mesin layan diri dan kemudahan membuat minuman,” katanya.

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Perodua kerana sokongan dan bimbingan mereka dalam memperkasakan usahawan-usahawan seperti kami,” kata Sarizal.

Pusat 3S Perodua baru Yusmanida Auto terletak di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000 Saujana Utama, Sungai Buloh.

Perodua kini mempunyai 186 cawangan jualan dan 183 cawangan servis serta 24 cawangan ‘Body & Paint’ di seluruh Malaysia.

Bayi Kandungan Jihan Muse Sihat-Sihat Aje

Jihan Muse menafikan khabar angin bayi dalam kandungannya kurang aktif seperti yang dilaporkan beberapa blog hari ini.

PENGACARA popular berusia, 35 tahun itu berkata, dia baru sahaja menjalani pemeriksaan doktor kelmarin dan anak lelaki yang bakal dilahirkan tidak lama lagi itu berada dalam keadaan sihat.

“Saya dan bayi sihat, alhamdulillah. Kalau tak percaya boleh tengok di IG Story saya sebab ada aktiviti sikit bersama rakan.

“Tempoh hari saya memang demam, tetapi tidaklah sampai sakit kritikal. Dalam usia kandungan yang sudah mencecah sembilan bulan ini, demam adalah perkara biasa. Jadi, pergerakan pun sedikit terbatas.

“Saya mengharapkan semua orang doakan yang baik-baik saja untuk saya dan anak yang bakal lahir ini,” katanya.

Menurut Jihan, dia malas nak layan tindakan segelintir blog yang sesuka hati melapor berita tanpa sebarang usul periksa.

“Saya malas nak layan sebab mereka nanti dapat buat duit dengan cerita yang diterbitkan. Kalau saya komen pun, mereka akan ambil cerita ini juga. Sekali lagi, doakan yang baik-baik,” katanya.

Jihan yang juga pengacara program Gegar Vaganza akui semakin berdebar untuk bersalin yang dijangka hujung bulan ini.

“Sekarang bayi sudah 38 minggu. Doktor kata, bayi sudah matang. Jadi, saya bersedia bila-bila masa saja.

“Selama ini orang tanya gementar atau tidak nak bersalin. Diakui, sekarang bila semakin dekat nak bersalin, saya sudah rasa gementar.

“Jadi, saya cuma amalkan doa dan surah ibu mengandung semoga dipermudahkan. Kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh komen di IG atau YouTube program Hi Mommy Jihan,” katanya. Gambar dari Instagram Jihan Muse

The New Land Rover Discovery Enters Malaysia Market

The New Discovery is Designed to be the Best Family SUV in the World with Unrivalled Capability and Technology Like No Other

Jaguar Land Rover (Malaysia) has rolled-out the new Discovery to the Malaysian market. The fifth-generation model benefits from Land Rover’s strong, safe and light full-size SUV architecture, delivering comfort and adaptability like no other.

  • The new Land Rover Discovery is a full-sized, three-row, seven-seat SUV with unbeatable capability and versatility
  • It embodies the Land Rover’s drive to go Above and Beyond, combining British desirability with an unstoppable spirit of adventure
  • The new Discovery comes with a 5-year warranty and free service coupled with 3 years of complimentary road assist

The new Discovery redefines the large SUV, which has been revolutionised to create a highly desirable, extremely versatile and hugely capable premium SUV. It also embodies Land Rover’s drive to go Above and Beyond, combining British desirability with an unstoppable spirit of adventure.

This three-row, seven-seat SUV that measures 4,970mm long, 2,220mm wide (mirrors out) and 1,846mm tall, is the ultimate family and active lifestyle companion. The Discovery’s trademark stadium seating is accommodated by its distinctive stepped roof that ensures all passengers enjoy excellent forward visibility and unrivalled long-haul comfort.

The new Discovery also offers the driver, driving confidence due to the raised Command Driving Position, simple controls and enhanced chassis technology. Apart from that, it is also equipped with InControl Touch Pro, which provides greater connectivity than ever before including access to a range of apps, satellite navigation as well as vehicle controls through the updated 10-inch high-resolution touchscreen display.

The Powered Inner Tailgate is another great innovation that is offered with the new Discovery. This neat innovation incorporates an additional fold-down section that deploys when the tailgate is opened. A button inside the load area can then be used to lower the Powered Inner Tailgate section. The deployed 285mm long tailgate serves as impromptu event seating and is able to support a maximum load of 300kg, making it the perfect place to enjoy a tailgate picnic or to change out of muddy boots – all under the shelter of the tailgate.

Powered by a 258PS 3.0-litre V6 diesel engine, badged Td6, the single-turbo engine features low-pressure exhaust recirculation, a two-stage oil pump and revised fuel-injector nozzle for improved responses, refinement and efficiency.

The 258PS engine delivers stronger performance than before and the benchmark 0-100km/h sprint takes only 8.1 seconds – a reduction of 1.3 seconds. With a significant 600Nm of torque on offer, the new Td6 diesel delivers relaxed cruising refinement and towering all-terrain capability.

Coupled with the Td6 diesel engine is the ZF eight-speed automatic gearbox, which has been engineered by the powertrain experts at Land Rover to combine smooth shifts with sharp responses and optimized fuel efficiency.

The gearbox is controlled using the rotary gearshift controller that rises from the center console, while manual changes can be prompted with the use of the steering wheel-mounted shift paddles for dynamic driving and precise control when completing off-road maneuvers.

For the ultimate all-terrain capability, the new Discovery is offered a two-speed transfer box, providing selectable high and low range gears for optimum on-road and off-road performance. The intelligent system provides a standard 50/50 torque split between front and rear wheels, while the two-speed fully synchronised ‘shift on the move’ system allows the driver to swap between high and low ratios without having to stop the vehicle, at speeds of up to 60km/h.

In addition, an available four-corner air suspension system in the new Discovery that improves ride quality when driving on-road also provides greater capability when off-roading.

In terms of design, the new design of the Discovery features optimised proportions, combined with beautiful detailing as well as enhanced precision to create a highly capable and versatile SUV with a more dynamic design than before.

At the front, the new Discovery’s sculpted surfaces, jewel-like headlamps and a faster windscreen angle break the Discovery tradition and the state-of-the-art daytime running lamps deliver a modern appearance with a distinctive new light signature. At the back, the LED rear lamps have a horizontal emphasis, giving New Discovery a more sporty appearance, while the new one-piece tailgate delivers a more dynamic rear design.

“The new Discovery builds upon the practicality and versatility of its predecessor, offering the same supreme breadth of capability that only a Land Rover can. Pioneering technologies, lightweight aluminium architectures and advanced powertrains ensure that the new Discovery appeals to consumers of multiple levels,” said Jaguar Land Rover Malaysia Sdn Bhd Managing Director Datuk Aishah Ahmad.

Land Rover’s innovative aluminium full-sized SUV platform provides the perfect basis for the new Discovery, delivering a lightweight but durable architecture that contributes to lower CO2 emissions and improved fuel economy, as well as enhancing its dynamic abilities. This lightweight monocoque body construction is made up of 85% aluminium – 43% recycled – and is a significant 480kg lighter than before.

The Activity Key, which is offered as an optional accessory is another ‘first’ in the large SUV segment that allows owners to lock and unlock the vehicle without the need to carry a conventional key fob. It is designed as a durable wristband to be worn during outdoor activities.

DISCOVERY – CARGO AREA

Priced at RM729,800* the new Discovery comes with 5 years warranty and free service as well as 3 years of complimentary roadside assist. *Price is inclusive of 6% GST, excludes road tax, registration and insurance.

The first 5 customers to purchase the new Discovery will be given a RM5,000 accessory voucher. Genuine Land Rover accessories are also covered by a 12-month warranty. Accessories fitted within one month or 1,600km (whichever comes first) of the handover of the new Discovery will be covered by the vehicle warranty.

In conjunction with the official launch of the new Discovery, Jaguar Land Rover Malaysia will be organizing a ‘Discovery Day’ on January 13 and 14, 2018 at Sime Darby Auto Connexion Petaling Jaya and SISMA Auto Glenmarie and also at SISMA Auto Penang on January 20 and 21, 2018. This exclusive event is by invitation only. Interested customers can call the respective showrooms to register their interest.

For more information on the newly launched Discovery, kindly visit www.landrover.com.my

Rekrut Baru Anggota Keselamatan Malaysia Airports

Seramai 229 Rekrut Anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Ditauliahkan Dalam Istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan

MALAYSIA Airports meneruskan usaha mengekalkan tahap kesiapsiagaan keselamatan lapangan terbang di seluruh negara dengan pengambilan seramai 229 pelatih baru anggota keselamatan (AVSEC) di dalam satu istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Anggota Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Pengambilan baru ini menambah kepada jumlah kekuatan keseluruhan anggota keselamatannya menjadi lebih 4,000 orang, yang mana lebih kurang 2,500 daripada bilangan ini ditempatkan di KLIA, termasuk terminal keduanya, klia2. Seramai 36 orang pelatih pegawai dan 193 orang pelatih anggota telah menamatkan latihan di dalam pengambilan Pelatih Keselamatan Penerbangan Skuad MAHB 24, Siri 1 Tahun 2017.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata, aspek keselamatan lapangan terbang tidak harus dipandang remeh baik daripada pengendali lapangan terbang mahupun orang awam tambahan pula berikutan trend insiden-insiden keganasan yang sering berlaku kebelakangan ini.

“Kami sentiasa mengekalkan tahap kesiapsiagaan kami pada aras tertinggi melalui pelbagai cara seperti mengadakan perbincangan kerap dengan pihak berkuasa dan juga melakukan latihan simulasi insiden keganasan atau kemalangan seperti yang di lakukan lewat tahun lepas di Lapangan Terbang Sandakan dan terminal klia2.

“Tentunya kami akan meneruskan usaha-usaha sebegini pada tahun 2018 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun, saya juga ingin menyeru para pengguna lapangan terbang agar mematuhi setiap arahan dan peraturan keselamatan lapangan terbang yang telah ditetapkan. Arahan dan peraturan ini bukan sahaja penting bagi keselamatan lapangan terbang tetapi juga penting dalam menjaga keselamatan negara,” katanya.

Turut hadir di istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan ini ialah YAM Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Malaysia Airports sebagai tetamu kehormat, diikuti Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan Malaysia, Mohd Khairul Adib Abdul Rahman; Timbalan Pengarah JPJKK/Operasi DCP Dato’ Zainal Abidin Bin Kasim; dan Ketua Polis Selangor Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor. Seramai 1,300 orang turut hadir menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan.

Seramai lazimnya, kesemua anggota AVSEC ini dilatih dengan latihan intensif yang melibatkan tiga fasa dalam tempoh enam bulan selepas proses temuduga terbuka, saringan dan pemilihan dijalankan. Antara latihan-latihan yang dijalankan untuk para pelatih dalam fasa pertama adalah Latihan Kepolisan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur dan PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan. Fasa kedua pula melibatkan Latihan Keselamatan Penerbangan yang diadakan di Malaysia Airports Training Centre, KLIA. Seterusnya para pelatih didedahkan kepada latihan kerja amali di KLIA dalam fasa ketiga.

Modul-modul latihan yang diberikan merangkumi aspek asas tugasan polis; semua akta, peraturan dan prosedur keselamatan lapangan terbang serta pelan kontinjensi menangani kecemasan di lapangan terbang.

Post Menarik