THE demand for the All-New Perodua Myvi reached a new milestone today as over 20,000 cars were booked just within a month from its open for booking day and so far, Perodua has delivered 4,500 of the amount.
“The focus now is to ensure delivery of the All-New Perodua Myvi within an acceptable time frame. We thank the public for choosing the Myvi as the car of choice,” said Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director, YBhg Dato’ Dr Zahari Husin.
Dato’ Dr Zahari added that other Perodua models also received good demand, particularly with the offers presented by Malaysia’s Most Preferred Compact Automotive brand.
For December, Perodua is offering an exclusive offer for Axia, Bezza and Alza (for selected variant only) with a rebate of up to RM 2,000.
Perodua also encourages its customers through its ‘Jom Singgah’ campaign to visit authorised Perodua showrooms and service centres nationwide and enjoy a fun-filled day with special promotions and great offers. This campaign runs from 8-10 December.
“Please speak with our authorised sales and service advisors about the many deals in store for you as they would have the latest and correct information about our offering. Please get an opportunity to test drive our all-new Myvi 1.5 and 1.3 and feel the experience,” Dato’ Dr. Zahari said.
Perodua has sold 184,707 vehicles in the first 11 months of 2017, a jump of 1.2% from 182,485 sold in the same period last year. Perodua has 181 sales and 214 service centres nationwide.
“For those travelling during the school holidays, we wish you a safe journey and for our customers, please come and visit our service centres to ensure your vehicles are in the best condition for a long drive,” Dato’ Dr Zahari said.
YAYASAN Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) berjaya mengumpulkan RM600,000 dalam majlis makan malam ‘UNITEN – Endowment Fundraising Dinner 2017′ di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini, bagi membantu pelajar dalam pengajian mereka melalui biasiswa dan sokongan kewangan.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku syarikat induk turut menyerahkan sumbangan bernilai RM160,000 kepada YCU. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin (dua kiri) kepada Naib Canselor, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Dato’ Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut disaksikan oleh Pengerusi TNB yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Leo Moggie (empat, kiri); Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd (tiga, kiri); Pengarah Pejabat Pengurusan Stakeholders UNITEN, Prof Madya Dr Mohd Ezanee Rusli (kiri sekali) dan Pengarah Yayasan Canselor UNITEN, Mohamad Ishak Mohamad Ibrahim (kanan sekali).
Turut hadir, Pengerusi UEM Group Berhad yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Noor Azizi Ismail.
Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Record menerusi penyertaan peserta paling ramai dalam pertandingan kerusi muzikal yang disertai oleh 1,647 peserta.
YAYASAN Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah unit di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, sekali lagi menganjurkan acara tahunan Karnival Yayasan Peneraju yang mengumpulkan lebih 2,000 penerima faedah Yayasan Peneraju dari program Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional dengan sokongan rakan program, penyumbang dana serta kakitangan Yayasan Peneraju. Setakat ini, Yayasan Peneraju mempunyai lebih daripada 17,000 penerima faedah sejak penubuhannya pada tahun 2012.
Raja Azura Raja Mahayuddin, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju berkata, setiap tahun Karnival Yayasan Peneraju mengumpulkan ribuan penerima faedah daripada pelbagai latar belakang dan program seawal usia 11 sehingga 40 tahun untuk bertemu, berinteraksi serta belajar daripada satu sama lain menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Penganjuran karnival pada tahun ini sangat istimewa kerana Yayasan Peneraju turut melakar sejarah tersendiri apabila karnival ini turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Record menerusi penyertaan peserta paling ramai dalam pertandingan kerusi muzikal yang disertai oleh 1,647 peserta.
“Pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records merupakan satu penghargaan yang amat bermakna buat semua pihak yang telah bekerja kuat dalam menjayakan karnival ini. Saya percaya pengiktirafan ini akan membakar semangat kami untuk terus berusaha membangun dan melahirkan bakat-bakat bumiputera yang sentiasa ingin bersaing dan mencipta kejayaan di peringkat tertinggi sama ada di dalam negara atau di persada dunia,” kata Raja Azura.
Karnival Yayasan Peneraju 2017 yang bertemakan FI•ES•TAR17 (Food, Ideas, Entertainment, Scholars Talents & ARts) merupakan program tahunan yang dianjurkan pihak Yayasan bertujuan memupuk semangat setiakawan dan kekeluargaan di kalangan para penerima faedah di samping menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan di antara penerima-penerima faedah. Ini penting kerana sebagai sebahagian daripada keluarga besar Yayasan Peneraju, kami ingin memastikan rangkaian yang utuh demi menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada agenda Bumiputera dan pembangunan negara sementara mereka masih dalam tajaan, mahupun sesudahnya.
Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang karnival selama sehari ini. Antaranya pertandingan mencungkil bakat iaitu mini HipSTAR, pertandingan futsal, bengkel kemahiran seni dan sukaneka. Ke semua program ini dijalankan secara santai supaya para peserta tidak merasa bosan di samping dapat menarik minat peserta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Apa yang menariknya, walaupun karnival ini dianjurkan oleh Yayasan Peneraju, tetapi semua perancangan, pengurusan serta pemilihan aktiviti turut dikendalikan oleh para penerima faedah. Pendekatan seperti ini dilihat mampu meningkatkan keyakinan diri, membentuk semangat kerja berpasukan dan menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada para penerima faedah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.
Tahun ini, sepertimana penganjuran karnival sebelum ini, Yayasan Peneraju turut menerapkan elemen Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan konsep ‘berhibur sambil beramal’ dalam aktiviti yang dijalankan. Antaranya, sebahagian daripada hadiah kemenangan berbentuk wang tunai yang dimenangi oleh peserta akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan yang dipilih sendiri oleh penerima faedah. Selain itu, sebagai tanda keprihatinan terhadap komuniti usahawan kecil, Yayasan Peneraju turut mempelawa para peniaga pasar malam untuk menyediakan makanan kepada para peserta. Secara keseluruhannya, nilai CSR yang dikumpul pada karnival tahun ini mencecah RM60,000.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Yayasan Peneraju 2017 termasuk syarikat Ekuinas yang telah berbesar hati menaja minuman CoolBlog yang sedang tular sekarang kepada para peserta,” kata Raja Azura.
MENARA Macau baru-baru ini menganjurkan acara tahunan ‘Crazy Jump Day’ ketujuh, bersama syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia dan dikelolakan oleh syarikat sukan lasak terkemuka dunia, AJ Hackett.
Bertemakan “Destinasi AirAsia”, acara terjunan bungy berkostum itu telah disertai 23 peserta dari seluruh Asia Pasifik yang membuat terjunan dari Menara Macau, yang merupakan terjunan dari bangunan komersial tertinggi di dunia pada paras 233 meter oleh AJ Hackett.
Para peserta dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan China telah terpilih oleh AirAsia dan AJ Hackett untuk membuat terjunan melalui pertandingan di media sosial yang dianjurkan sebulan sebelum ‘Crazy Jump Day.’ Mereka dipilih berdasarkan kreativiti, gaya penceritaan dan kostum yang mengikut tema, diinspirasikan oleh rangkaian meluas AirAsia melebihi 130 destinasi.
Acara tersebut dirasmikan oleh Alan John Hackett, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Hackett; Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Malaysia; Adam Lichtenstein, Pengurus Serantau AJ Hackett International dan Pengurus Besar AJ Hackett Menara Macau; Celia Lao, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao; Simon Chan, Presiden Lembaga Penerbangan Awam, Macao; Cecilia Tse, Timbalan Pengarah Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao; Eric Fong, Pengarah Jabatan Pemasaran CAM Macau International Airport Co Ltd; Matthew Mok Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty; Francis Lam, Pengurus Eksekutif Menara Macau; Alcuin Li, Pengarah Bahagian Perdagangan, TurboJET dan Rutger Verschuren, Naib Presiden Bahagian Operasi Macao bagi Artyzen Hospitality Group Limited dan Pengurus Besar Grand Lapa Macau.
Selepas empat jam aksi terjunan bungy dilakukan, Ernesto Humberto Trevino Amezcua dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kostum Terbaik kerana kreativitinya yang tersendiri. Beliau yang berasal dari Mexico dan kini tinggal di China juga telah memenangi Anugerah Terjunan Terbaik kerana gaya dan rakaman terjunannya yang menarik.
Amezcua menerima sepasang tiket penerbangan AirAsia ke Auckland, New Zealand, peluang untuk dua orang mengalami terjunan bungy dan dakian dari jambatan di sana oleh AJ Hackett serta 50,000 Mata AirAsia BIG. Beliau juga menerima tiket penerbangan AirAsia ke Singapura, peluang untuk mengalami terjunan bungy bagi seorang oleh AJ Hackett Sentosa, Giant Swing, dan Vertical Skywalk selain 20,000 Mata AirAsia BIG.
Pemenang tempat kedua Kostum Terbaik Nicholas Andrew Webber dari Australia menerima tiket penerbangan AirAsia ke Singapura, peluang untuk mengalami terjunan bungy bagi seorang oleh AJ Hackett Sentosa, Giant Swing dan Vertical Skywalk selain 20,000 Mata AirAsia BIG, sementara pemenang tempat ketiga John Paul Esguerra Fernandes dari Filipina menerima 20,000 Mata BIG AirAsia.
Pengadil terdiri daripada Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Malaysia; Adam Lichtenstein, Pengurus Serantau AJ Hackett International dan Pengurus Besar AJ Hackett Menara Macau; Matthew Mok, Ketua Perkongsian Perniagaan Kumpulan AirAsia; Victor Kaw, Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG serta Francis Lam, Pengurus Eksekutif Macau Tower Convention and Entertainment.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao, Celia Lao berkata, “Ianya sangat menakjubkan untuk melihat semua peserta mengenakan kostum bertemakan destinasi AirAsia dari dan ke Macau, sama ada melalui penerbangan terus atau Fly-Thru melalui salah satu hab transit utama kami. Inovasi dan kreativiti mereka untuk menonjolkan keunikan kostum yang dikenakan adalah bukti semangat pengembaraan dan penerokaan yang kami harapkan daripada para peminat kembara dan penerjun bungy.”
Ketua Pegawai Eksekutif AJ Hackett, Alan John Hackett berkata, “Saya berbesar hati dan teruja melihat kostum para peserta tahun ini. Saya juga amat kagum dengan kerjasama AirAsia untuk acara tahun ini dan saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana menerbangkan semua pengembara yang berani ini ke Macao dan memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan terjunan dari Menara Macau dengan kami. Kami harap acara ‘Crazy Jump Day’ ini membawa nilai yang besar kepada Macao, Macau Tower dan rakan niaga kami, dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara yang berjaya pada masa akan datang.”
Acara ‘Crazy Jump Day’ 2017 di Menara Macau dianjurkan oleh AirAsia dan dikelolakan oleh AJ Hackett, bagi menarik lebih ramai pelawat ke Macao dan Menara Macau untuk mengalami keseronokan terjunan bungy komersial tertinggi di dunia dan SkyWalk.
AirAsia kini beroperasi dengan penerbangan terus dari Macao ke Kuala Lumpur (14 penerbangan seminggu), Johor Bahru (7 penerbangan), Bangkok (28 penerbangan), Chiang Mai (7 penerbangan), Pattaya (4 penerbangan), Jakarta (4 penerbangan) dan Manila (5 penerbangan), selain perkhidmatan Fly-Thru melalui Kuala Lumpur dan Bangkok ke hampir 40 destinasi di seluruh Asia Pasifik.
Hadiah ‘Crazy Jump Day’ 2017
Kostum Terbaik
Pemenang
● 2 x penerbangan pergi balik dari mana-mana destinasi AirAsia ke Auckland, New Zealand
● 2 x kombo aktiviti AJ Hackett di AJ Hackett Auckland
● 50,000 Mata AirAsia BIG
Tempat Kedua
● 1 x penerbangan pergi balik dari mana-mana destinasi AirAsia ke Singapura
● 1 x kombo aktiviti AJ Hackett di AJ Hackett Sentosa
● 20,000 Mata AirAsia BIG
Tempat Ketiga
● 20,000 Mata AirAsia BIG
Penerjun Terbaik
● 1 x penerbangan pergi balik dari mana-mana destinasi AirAsia ke Singapura
● 1 x kombo aktiviti AJ Hackett di AJ Hackett Sentosa
● 20,000 Mata AirAsia BIG
Cabutan Bertuah (4 pemenang)
● 2 x penerbangan pergi balik dari Macao ke Bangkok
● 1 x pakej bungy penuh di AJ Hackett Menara Macau
● 1 x penginapan di Grand Lapa Hotel, Macao
● 10,000 Mata AirAsia BIG
Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka dari Korea Selatan, mengumumkan ia telah mula membekalkan tayar-tayar peralatan asli (OE) kepada pengeluar kereta sports Porsche buat kali kedua.
TAYAR yang terpilih, N’FERA RU1, dibekalkan untuk SUV mewah kompak Porsche, Macan, dengan saiz 235/55R19 101Y dan 255/50R19 103Y.
Sebagai tayar UHP yang dioptimumkan untuk pemanduan sport, N’FERA RU1 telahpun menyediakan bekalan kepada Porsche untuk SUV Cayenne mewahnya. Dari segi pengalaman pemanduan sports kenderaan tersebut, N’FERA RU1 mempunyai ciri kestabilan membelok serta pengendalian sports yang tiada tandingan untuk pemanduan berkelajuan tinggi.
Ia turut dilengkapi dengan Teknologi Cengkaman 3D-Nano, yang memaksimumkan keupayaan membrek dalam kenderaan sports pada kelajuan yang tinggi. Tayar tersebut juga mempunyai kord tekanan hibrid aramid dan sebatian pengisi manik khas yang meningkatkan kestabilan pengendalian.
N’FERA RU1 pernah memenangi sembilan anugerah rekaan di Eropah, Amerika dan Asia, termasuk Anugerah Rekaan Red Dot 2017 dan Anugerah Good Design Jepun, membuktikan kecemerlangan Nexen Tire dalam rekaan. Bekalan tayar OE terus memperlihatkan kualiti dan standard Nexen Tire yang tinggi dalam usaha menyediakan tayar-tayar yang dioptimumkan untuk kenderaan yang amat berprestasi tinggi.
“Kami berasa teruja dapat membekalkan tayar peralatan asli untuk pengeluar kereta sport Porsche yang menawarkan reka bentuk dan kualiti yang benar-benar bertaraf dunia,” kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. “Kami akan terus berusaha meningkatkan kualiti dan teknologi produk Nexen Tire, selain memperluas bekalan OE kami kepada lebih banyak pembuat kereta global. Menerusi kilang pengeluaran Czech baru kami yang bakal beroperasi tidak lama lagi, kami berupaya menyediakan tayar-tayar OE yang lebih baik demi memenuhi keperluan pembuat kereta Eropah.”
Nexen Tire mengeluarkan 42 juta tayar setahun untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan yang menggunakan teknologi canggih, dengan ciri keseragaman, kualiti dan kecemerlangan yang tiada tandingan dari segi rekaan. Kini, Nexen Tire membekalkan tayar-tayar OE kepada lebih 20 pembuat kereta global di Amerika Utara dan Selatan, Asia serta Eropah.
Latar Belakang Nexen Tire
Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018.
Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran ‘grand slam’ setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nexentire.com. Sumber Nexen Tire
PROTON terus mengekalkan pertumbuhan mantap dalam prestasi jualannya pada tahun hingga kini. Pada 30 November 2017, PROTON mencapai 66,190 unit jualan, peningkatan sebanyak 2% berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas.
“Ia merupakan satu perjalanan yang mencabar untuk PROTON sejak 5 tahun yang lalu dan pertumbuhan mantap yang direkodkan dari Januari hingga November 2017 merupakan pencapaian yang positif untuk PROTON. Kami akan bekerja dengan lebih keras di bulan yang mendatang dan kami mengalu-alukan para pelanggan untuk mengambil kesempatan terhadap promosi hujung tahun bagi kereta Proton,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran, PROTON.
Proton Saga dan Persona kekal mendahului semua model Proton yang lain dengan jumlah jualan masing-masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit tahun hingga kini, menyumbang sebanyak 70% daripada jumlah jualan kereta Proton.
“Pertumbuhan ini dapat dilihat dari peningkatan tahap kualiti yang dilakukan di peringkat dalaman. Bekerjasama dengan rakan kongsi, PROTON memperhebatkan proses dan usaha peningkatan kualiti melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran dengan lebih mendalam, serta peluang latihan untuk pekerja PROTON di Geely, China. Kemajuan yang positif dapat dilihat kerana PROTON sudahpun memiliki produk yang baik.
Ketahanan dan kehandalan kereta Proton telah diuji melalui perlumbaan ketahanan selama 9 jam di Sepang 1,000 km 2017 bulan lepas di mana kereta Proton diumumkan sebagai juara keseluruhan. Kami akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi kereta Proton dan Syarikat berharap dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan ke tahap yang lebih baik,” tambah Rashid. Dengan kemenangan tersebut, jualan Iriz telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8% pada November 2017 berbanding Oktober 2017, selepas menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan sebelum ini.
Dengan peningkatan kualiti, tawaran yang lebih baik iaitu RM0 penyelenggaraan sehingga 5 tahun* dan penjimatan sehingga RM8,000*. Dapatkan Bonanza Akhir Tahun PROTON kerana PROTON menawarkan penyelenggaraan bernilai RM0 sehingga 5 tahun, termasuk minyak enjin dan kos pekerja. Dari hanya RM398* sebulan bagi Saga atau RM506* sebulan untuk Persona, pelanggan boleh memiliki kereta Proton dengan begitu mudah.
“Saga dan Persona menjadi pilihan paling popular di kalangan pelanggan kami kerana kelebihan nilai yang sangat baik bagi kedua-dua model ini. Saga baru menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar dan mempunyai ciri-ciri kemudahan yang moden dan praktikal, sesuai bagi mereka yang ingin memiliki kereta untuk pertama kali. Sementara itu, Persona pula lebih fleksibel sesuai untuk mana-mana individu berbeza personaliti. Yang paling penting, kedua-dua model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang baik di samping memberikan pemanduan yang menyeronokkan pada setiap perjalanan,” ujar Rashid.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau lawati laman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
*Caj penyelenggaraan RM0 tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu) termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Penjimatan dan nilai bayaran ansuran bergantung kepada model kereta. Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah dari sekarang sehingga Disember 2017.
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan NISSAN Navara – Siri Hitam baru yang hadir bersama pelbagai bentuk penambahbaikan pada bahagian luaran, sekali gus menyerlahkan penampilannya sebagai sebuah ‘The Ultimate Pickup’.
NAVARA ditawarkan untuk varian VL, V dan SE. Siri Hitam merujuk kepada beberapa komponen yang dihitamkan. Ini termasuklah gril hadapan berwarna hitam matte yang garang, penutup eyelid lampu utama, bampar hadapan, perumah lampu kabus hitam matte, perumah cermin sisi, overfender hadapan dan belakang, sport bar dengan kemasan warna hitam pada lantai kargo. Selain kombinasi tempat duduk kemasan kulit berwarna hitam yang memberikan ambien mewah pada ruang dalaman yang luas.
“Komponen-komponen yang dihitamkan adalah trend baru dan sememangnya membuatkan NISSAN Navara – Siri Hitam baru lebih menyerlah. Dengan gaya yang agresif, kami percaya ia akan menjadi varian popular dalam kalangan pembeli trak pikap di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ECTM, Christopher Tan.
Navara masih menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik. Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar. Navara menjadi trak pikap Jepun pertama di Malaysia dipasang dengan sistem suspensi Multi-Link di belakang yang menawarkan tahap keselesaan dan pengendalian seperti sebuah SUV. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap yang menggunakan tempat duduk Sifar Graviti yang membantu mengurangkan keletihan pemandu dalam perjalanan jauh.
Komponen-komponen Siri Hitam dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
NISSAN Navara –
Siri Hitam
2.5 VL Auto (RM)
2.5 V Auto (RM)
2.5 SE Auto (RM)
Semenanjung Malaysia
124,800
115,800
108,800
Sabah & Sarawak
126,800
117,800
110,800
Langkawi
118,600
110,000
103,500
Labuan
119,600
111,000
104,500
*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans
MEMILIKI NISSAN DAN TAKLUKI GALAKSI
ETCM telah memulakan Pusingan ke-2 Kempen Akhir Tahun bagi pelanggan yang membeli sebuah NISSAN berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan STAR WARS: THE LAST JEDI ke Croatia.
Dengan tema ‘Memiliki NISSAN dan Takluki Galaksi’, kempen ini menawarkan rebat dan penjimatan yang mengagumkan sehingga RM8,000 ke atas model-model terpilih NISSAN. Promosi RM1 untuk pakej aksesori premium* juga diteruskan dengan rebat sehingga RM6,500* juga ditawarkan.
Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran, Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah NISSAN untuk melihat sendiri NISSAN Navara – Siri Hitam baharu serta tawaran STAR WARS: THE LAST JEDI di lokasi-lokasi berikut:
Jadual Karnival Pandu Uji
Tarikh
Wilayah
Lokasi
9 – 10 Disember
Tengah
ETCM Petaling Jaya
9 – 10 Disember
Timur
ETCM Kuantan
9 – 10 Disember
Selatan
ETCM Seremban
9 – 10 Disember
Utara
ETCM Butterworth
9 – 10 Disember
Sabah
IMAGO Times Square, Kota Kinabalu
9 – 10 Disember
Sarawak
VIVACITY Kuching
16 – 17 Disember
Utara
ETCM Sitiawan
16 – 17 Disember
Selatan
ETCM Batu Pahat
16 – 17 Disember
Sabah
ETCM Sandakan
Jadual Siri Jelajah
Tarikh
Lokasi
1 – 25 Disember
MidValley Megamall (South Court), Kuala Lumpur
4 – 10 Disember
VIVACITY Megamall, Kuching
8 – 10 Disember
IMAGO Times Square, Kota Kinabalu
14 – 17 Disember
Kuantan City Mall, Kuantan
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Sdn Bhd (ETCM), anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Motor Holdings (TCMH) merupakan unit jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Kenderaan Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris di Malaysia pada tahun 1970-an. TCMH disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemasangan dan pengedaran kenderaan. Bagi melengkapkan portfolio perniagaan auto TCMH, ia menawarkan rangkaian servis yang luas seperti perkhidmatan selepas jualan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggan TCMH di negara-negara ASEAN.
Ahli AirAsia BIG di Malaysia, Thailand dan Indonesia kini boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG dengan membeli-belah dalam talian
PROGRAM Kesetiaan AirAsia BIG telah melancarkan butik dalam talian yang menawarkan produk gaya hidup terkini, di mana Ahli BIG boleh berbelanja dan mengumpul Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas. Pelancaran ini adalah selari dengan komitmennya untuk terus memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya yang kian meningkat di seluruh Asean.
Butik dalam talian itu membolehkan 13 juta Ahli BIG di Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk membeli-belah dengan lebih daripada 150 jenama gaya hidup dan perjalanan dalam satu platform – airasiabig.com – dan bakal didapati menerusi aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG pada masa akan datang. Nikmati pengalaman membeli-belah yang tersendiri dengan jenama-jenama terkemuka, seperti Uniqlo, Hotels.com, 11street, Digi, Fave serta ezbuy, dan kumpul Mata Ganjaran BIG dengan lebih mudah.
Tawaran gaya hidup menerusi butik dalam talian ini bakal menjadikan Program Kesetiaan BIG sebagai pemain utama dalam industri perniagaan dan perjalanan dalam talian. Kini, dengan seramai 10,000 Ahli BIG baru dan laman web yang menjana lebih 167,000 trafik setiap hari, Ahli BIG dapat menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian dengan lebih lancar, di mana barangan yang dibeli akan dihantar terus kepada mereka. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, mereka akan mendapat satu (1) Mata Ganjaran BIG atau lebih.
Pengasas bersama AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Pembukaan butik dalam talian ini adalah cara yang hebat untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli yang setia dengan kami serta peluang untuk membeli apa sahaja yang mereka inginkan dan mengumpul Mata Ganjaran BIG dalam masa yang sama. Ini adalah cara yang mudah untuk menerbangkan ahli-ahli kami secara percuma, di samping menjadikan program kesetiaan ini sebagai salah satu cara untuk menikmati tambang rendah kami.”
Ketua Pegawai Eksekutif Program Kesetiaan AirAsia BIG, Dato’ Eddy Leong berkata, “Butik dalam talian ini adalah inovasi digital terbaru yang selari dengan dedikasi kami untuk memberi ganjaran kepada para ahli dengan lebih mudah, lebih cepat dan lebih baik. Dengan berbelanja dalam talian, para ahli boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas daripada melancong. Mereka yang berbelanja sebanyak RM100 untuk mana-mana jenama pilihan mereka di platform ini juga akan mengumpul 100 Mata Ganjaran BIG atau lebih. Walaupun mereka mungkin tidak selalu melancong, tetapi membeli-belah merupakan rutin harian mereka. Justeru, dengan butik dalam talian ini, mengumpul Mata Ganjaran BIG akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.”
Sempena pelancaran ini, Program Kesetiaan AirAsia BIG akan menganjurkan ‘Jualan BIG 12.12’ pada 12 Disember 2017, di mana para ahli berpeluang untuk memenangi baucar eksklusif atau hadiah utama sehingga 160,000 Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan ke Seoul, Osaka atau Tokyo. Ahli-ahli BIG juga boleh mengumpul sehingga 10X Mata Ganjaran BIG ketika jualan ini, sehingga 1,000 mata ganjaran, yang bersamaan dengan perjalanan pergi-balik ketika Jualan Panggilan Akhir bulanan, dengan perbelanjaan RM100.
Daftarlah sebagai Ahli BIG untuk mula membeli-belah di www.airasiabig.com dan kumpul Mata Ganjaran BIG sekarang! Lebih banyak jenama gaya hidup dan perjalanan boleh didapati tidak lama lagi. Muat turun aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG untuk terus menerima maklumat terkini mengenai ‘Jualan BIG 12.12,’ penebusan penerbangan AirAsia, serta melihat baki dan urus niaga Mata Ganjaran BIG anda. Ikuti AirAsia BIG Loyalty di Facebook (www.facebook.com/airasiabig) dan Twitter (www.twitter.com/airasiabig).
FlyKLIA, Malaysia’s next level interactive and experience-sharing online travel portal, is about to bring a campaign called ‘My Passport to Brag’ to go live on 6 December 2017 to 6 March 2018.
THE campaign is targeted at new and existing users of FlyKLIA whereby they could stand a chance to win great prizes including airline tickets, vouchers and premium items. FlyKLIA aims to enhance airport users’ travel experience in Malaysia by creating a platform for both business and leisure travellers to come together and share their experiences. Positioned as a platform for travellers by travellers, users are able to write and read reviews of tourist destinations, learn tips and tricks while travelling and look for places to visit or events to attend.
Acting like a tourist guide, FlyKLIA will assist users in planning the perfect travel itinerary to any destination in Malaysia. Business travellers will also find the portal useful as they will be able to squeeze in a recommended tourist destination or two during their working trip here. Through FlyKLIA, users will be able to obtain travel information and also plan their itinerary by booking transportation and accommodation at the same time.
Mohamed Sallauddin Mat Sah, Malaysia Airports General Manager of Airline Marketing said, “The ‘My Passport to Brag’ campaign is hoped to increase the profile of FlyKLIA website and encourage users to use its itinerary-builder capability in creating its own unique travel itinerary. More travellers are now searching for unique experiences and hidden gems that will create social media-worthy stories and photographs. FlyKLIA will definitely be one of several platforms for Malaysia Airports to provide joyful experiences to travellers.”
Prizes for ‘My Passport to Brag’ campaign include Malaysia Airlines flight tickets, Sama-Sama Hotel rooms, usage of KLIA Premier Access, ERAMAN and Mitsui Outlet Park shopping vouchers, ERL one-way tickets and limited edition passport holders. To participate in this 3-month campaign, users are encouraged to use the FlyKLIA website’s trip builder, go on their desired holiday and lastly ‘brag’ about the trip or any previous travel experience by submitting articles about it and then sharing it on social media. Articles with the most ‘shares’ will stand a chance to win airline tickets at the end of each month. In addition, the first 500 participants can redeem Instant Gratification Rewards, where users are required to complete certain steps on the website to win vouchers and passport holders.
Tiada sebarang yuran atau bukti pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini
PERADUAN ‘Dream Car Art’ 2018 Toyota (DCAC), peraduan melukis peringkat global kini dibuka bagi penyertaan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah.
Pada 2017, peraduan ini dianjurkan di 79 buah negara seluruh dunia dengan lebih daripada 829,000 penyertaan di bawah tema ‘Your Dream Car’ telah diterima sejak tahun 2013. Peraduan ini bermatlamat untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak dari segenap pelusuk dunia untuk berkongsi idea berkaitan pengangkutan masa hadapan dengan cara melukis kereta impian mereka sendiri.
Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan dan menginspirasikan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak. Setiap tahun, ribuan kanak-kanak berkongsi impian mereka tentang bagaimana kereta di masa hadapan dapat menjadikan dunia lebih baik, dalam bentuk seni. Program ini juga disifatkan sebagai satu daripada peraduan seni terbesar di dunia.
Peraduan ini dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan umur kanak-kanak yang ikut serta. Kategori ini adalah di bawah 8 tahun, dari 8 hingga 11 tahun dan 12 hingga 15 tahun. Tiga lukisan paling inovatif dari setiap kategori akan dihantar ke Jepun untuk ke peringkat dunia. Di Malaysia, peraduan ini dijalankan sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh UMW Toyota Motor (UMWT) setiap tahun. Peraduan peringkat kebangsaan akan dibuka dari 1 Disember 2017 hingga 20 Februari 2018.
“Toyota percaya di dalam menyediakan peluang kepada kanak-kanak Malaysia untuk berkongsi konsep kereta idaman mereka diperingkat global. Kami berharap akan terus dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada minda-minda muda di sini untuk tahun-tahun mendatang,” kata Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama.
“Bagi lima tahun terakhir, UMWT telah menghantar ramai peserta peringkat akhir yang meraih pengiktarafan diacara global di Jepun. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kanak-kanak kita di atas inovasi dan kemahiran pemikiran kreatif yang ditunjukkan saban tahun,” tambah Presiden UMWT, Ravindran K.
Hadiah pertama bagi peraduan ini di Malaysia ialah sebuah Apple iPad Mini, diiukti dengan sebuah basikal mountain bike untuk hadiah kedua, manakala tempat ketiga akan menerima habuan berupa tiket ke Taman Tema Legoland. Hadiah saguhati lainnya termasuk baucar MPH bagi peraduan Instagram yang memerlukan peserta menggunakan tanda #mydcac2018.
Lukisan oleh sembilan pemenang dari Malaysia akan dihantar ke peraduan peringkat global. Peserta akhir akan dipilih oleh barisan juri yang terkemuka pada pemilihan peringkat global bersama serahan lain dari seluruh dunia. Peserta peringkat akhir bagi DCAC 2018 akan diterbangkan ke Jepun bersama seorang penjaga untuk menghadiri majlis penganugerahan pada Ogos 2018. Tiket pesawat kelas ekonomi pergi-balik turut akan disediakan, dengan semua perbelanjaan di sana termasuk tempat tinggal akan ditanggung sepenuhnya oleh Toyota Motor Corporation. Di Jepun, pemenang-pemenang akan diberi peluang mengunjungi kilang Toyota dan pendedahan terhadap pelbagai sisi budaya Jepun.
Tiada pembelian atau yuran diperlukan untuk menyertai peraduan ini. Kerja seni yang dihantar wajib dilukis tangan dengan warna dari apa saja medium, termasuk warna air, marker ataupun krayon. Apa juga jenis kertas akan diterima, dan digalakkan dalam saiz A3. Bagaimanapun, saiz maksimum kertas tidak boleh melebihi ukuran 400mm x 550 mm. Gambar yang dihasilkan dari komputer, potongan serta tampalan kertas tidak akan diterima. Peserta digalakkan untuk menggunakan imajinasi dan kreativiti dalam membayangkan kereta futuristik dengan latar yang menyokong idea berkenaan. Lukisan-lukisan yang dihasilkan dijangka akan dilihat oleh khalayak global dan untuk itu, ia perlu menepati unsur kepelbagaian budaya.
Borang penyertaan boleh didapati di laman web rasmi toyota.com.my. Anak kepada pekerja atau mereka yang ada kaitan dengan UMWT juga digalakkan untuk menyertai peraduan ini.