Pusingan pertama Pertandingan Servis Selepas Jualan PROTON (“Pertandingan”) telah menarik minat seramai 45 orang juruteknik dari wilayah Selatan, di mana peserta-peserta dari servis selepas jualan yang terbaik akan melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi lawatan insentif dan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

BERLANGSUNG di PROTON Edar Plentong di Johor Bahru, Pertandingan ini merupakan landasan bagi kakitangan selepas jualan PROTON mempamerkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Para peserta dari cawangan-cawangan PROTON di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka telah diuji untuk membuktikan kemahiran, kepantasan dan ketepatan dalam bidang kepakaran mereka.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan kualiti servis dan produk selepas jualan, Pertandingan ini memberi peluang kepada kakitangan untuk bersaing dengan rakan sekerja dan mendorong mereka untuk lebih cemerlang kerana ia menunjukkan kedudukan prestasi mereka di dalam bidang masing-masing.

Briefing session with one of the judges

Saya sangat gembira dengan penyertaan seramai 45 peserta di wilayah Selatan kerana ia menunjukkan bahawa juruteknik kami bersemangat untuk mencabar diri mereka,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd.

Semasa Pertandingan selama dua hari itu berlangsung, para peserta diuji dengan keupayaan teori dan praktikal melalui tugas membaik pulih enjin yang diberikan di mana mereka dikehendaki untuk membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam tempoh masa 3 jam.

Mereka dinilai berdasarkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan penyelesaian masalah sepanjang proses tersebut.

“Ia adalah ujian yang mencabar untuk para peserta bagi kedua-dua minda dan ilmu praktikal, jadi kami berharap agar juruteknik kami akan terus memperoleh pengetahuan dan mengasah kemahiran mereka untuk memenuhi dan melangkaui harapan pelanggan,” tambah Rashid.

Pada pusingan pertama, seramai tiga orang juruteknik yang terbaik telah disenarai pendek untuk mewakili kawasan Selatan ke peringkat akhir pada September 2018.

 

Mereka ialah, Hairul Bakthiar Mohamad dari Motorwise Sdn Bhd, sebuah Pusat Servis di Pasir Gudang; Muhammad Fahmi Usri dari PROTON Edar Sdn Bhd Plentong dan Hairul Nizam Mohd Nor dari PROTON Edar Sdn Bhd Melaka.

Terdapat empat lagi pusingan pemilihan yang lain yang akan diadakan di Pantai Timur, Utara, Malaysia Timur dan kawasan Tengah, di mana tiga peserta terbaik di setiap wilayah akan bersaing pada peringkat akhir yang akan diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON pada September.

Enam peserta akan memenangi hadiah wang tunai dan lawatan ke Shanghai, China, di mana mereka akan menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely.

Muhammad Fahmi Bin Usri from PESB Plentong, Johor

Peserta terbaik dari PROTON Edar Plentong, Johor Bahru Muhammad Fahmi bin Usri, 23, juruteknik dari PROTON Edar Plentong, Johor, merupakan salah seorang peserta di wilayah Selatan.

“Saya gembira kerana disenarai pendekkan sebagai salah seorang peserta. Saya telah bekerja di PROTON selama hampir dua tahun dan ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini yang dianjurkan oleh Syarikat.

Melalui pertandingan ini, saya sangat berharap ia akan dapat meningkatkan kualiti kerja untuk setiap pekerja terutamanya bagi setiap peserta yang menyertai.

Participants for Southern region

Keperluan yang telah ditetapkan dalam Pertandingan ini akan menonjolkan keupayaan pekerja, dan kami akan melaksanakan tugas dengan merujuk pada prosedur yang tepat,” katanya.

Setelah mencapai sebanyak 755 mata pada Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) oleh JD Power pada tahun 2017, PROTON telah memulakan pelbagai inisiatif peningkatan kualiti untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada 2018.

Skor CSI diukur melalui kajian prestasi pengedar dalam lima perkara (mengikut kepentingan): kualiti servis (32%); inisiasi servis (22%); pengambilan kenderaan (18%); penasihat servis (15%); dan kemudahan servis (13%) dan untuk meningkatkan skor, PROTON memulakan aktiviti untuk meningkatkan kecekapan dalaman di setiap kawasan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini