Vantage Speed Sdn Bhd (Vantage Speed) secara rasminya telah membuka cawangan 4Snya yang dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan PROTON.

CAWANGAN pengedar 4S itu memberikan pengalaman jualan dan servis yang lebih baik dan Vantage Speed telah beroperasi sebagai pengedar PROTON sejak 2009 dan mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasi berasingan.

From left: Mr Chua Soo Seong (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), En Abdul Rashid Musa (CEO of PROTON Edar), Dato’ Sri Tee Boon Kee (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), Dr Li Chunrong (CEO of PROTON), Dato’ Leon Tee Wee Leng (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), Dato’ Dr M.Shanmughalingam (Managing Director of Trilogic Sdn Bhd), Mr Tony Thinagharan (Deputy Director, Network Development of PROTON), Mr Chong Kok Boon (Director, Vantage Speed Sdn Bhd)

Bagaimanapun, demi memenuhi keperluan dari PROTON yang bertujuan untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, pemegang saham Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaannya itu sebagai sebuah pusat 4S.

Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan tersebut diubah suai menjadi pusat 4S yang baharu. Bagi cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana.

Sebagai pengedar yang telah lama berkecimpung di dalam industri auto, keperluan untuk menyediakan servis yang baik dan cemerlang kepada pelanggan adalah satu kemestian.

From left: Mr Chua Soo Seong (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), En Abdul Rashid Musa (CEO of PROTON Edar), Dr Li Chunrong (CEO of PROTON), Dato’ Sri Tee Boon Kee (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), Dato’ Leon Tee Wee Leng (Director, Vantage Speed Sdn Bhd)

Menurut Dato’ Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed, “Apa yang paling penting adalah pelanggan suka berkunjung ke cawangan ini untuk membeli kereta.

Sebaik sahaja mereka membeli kereta, mereka juga suka untuk kembali kepada kami bagi perkhidmatan servis kereta. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk kami mencapai tahap kepuasan pelanggan itu sekiranya kami tidak beroperasi sebagai pusat sehenti.

Sebuah cawangan 4S akan membolehkan kami berurusan dengan pelanggan secara lebih baik, dan dapat memahami keperluan mereka.

Car delivery to customer. From left: Mr Chong Kok Boon (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), Dato’ Sri Tee Boon Kee (Director, Vantage Speed Sdn Bhd), En Wan Ahmad Marwan bin Wan Abdullah, Dr Li Chunrong (CEO of PROTON), En Abdul Rashid Musa (CEO of PROTON Edar).

Dengan kawasan seluas 2418 meter persegi, cawangan ini dilengkapi dengan 14 petak servis, 10 ruangan ketuk dan cat serta ruangan yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran.

Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana boleh memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka. Selain itu, sama seperti cawangan PROTON yang lain, terdapat juga ruangan minuman, ruangan kanak-kanak, WIFI percuma dan kawasan istirahat pelanggan yang selesa sambil menunggu kereta diservis.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini