Majestic Gen hari ini mengumumkan pembangunan ikonik apartmen servisnya yang berstatus pegangan bebas, Gen Sphere, mencapai kadar pengambilan 100 peratus sejak pelancarannya pada Julai 2025, sekaligus menonjol dalam landskap pusat bandar yang kompetitif, di tengah-tengah arus perubahan pesat Johor Bahru.
Kejayaan ini bukan sekadar angka, malah mencerminkan kekuatan visi, ketelitian reka bentuk serta tahap kepercayaan tinggi pasaran. Ia turut mengisyaratkan kebangkitan Johor Bahru sebagai antara hab bandar paling progresif di Asia Tenggara, didorong oleh permintaan kukuh terhadap kediaman yang menitikberatkan kesalinghubungan, gaya hidup dinamik dan nilai jangka panjang.
Dibangunkan di atas kawasan utama seluas 1.25 ekar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM837 juta, Gen Sphere memikat pelbagai segmen pembeli, daripada profesional dan keluarga muda hingga pelabur berpengalaman yang melihat nilai pada fleksibiliti serta potensi pertumbuhannya.
Sambutan kukuh ini mencerminkan tarikan memiliki alamat pegangan bebas di koridor pusat Johor Bahru, ketika peningkatan infrastruktur dan mobiliti rentas sempadan terus memperkukuh trajektori bandar, sekaligus mengukuhkan keyakinan terhadap kemunculannya sebagai hab kosmopolitan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen, Dato’ Hoo Kim See berkata, Visi pembangunan Gen Sphere memenuhi aspirasi generasi baharu, yang melihat Johor Bahru sebagai pusat peluang, hubungan dan pertumbuhan, sambil mendorong syarikat untuk terus membangunkan ruang kediaman yang selari dengan denyut nadi bandar masa depan.”
Di Johor Bahru, konektiviti bukan lagi pilihan, tetapi keutamaan yang memudahkan kehidupan seharian, meningkatkan nilai hartanah dan membuka gerbang kepada peluang merentasi dua ekonomi paling pesat berkembang di Asia.
Kediaman berhampiran hab pengangkutan utama menawarkan kelebihan praktikal, daripada pengurangan masa perjalanan hingga potensi sewaan yang lebih stabil, khususnya dalam kalangan profesional rentas sempadan.
Dalam konteks ini, Gen Sphere berada dalam lokasi strategik dengan jarak berjalan kaki sekitar 440 meter ke JB Sentral dan 700 meter ke Stesen RTS Link Bukit Chagar, menyediakan akses terus ke mobiliti bandar dan perjalanan rentas sempadan. Dengan cadangan laluan terus ke jambatan penghubung sedia ada ke JB Sentral, ia dijangka meningkatkan lagi aksesibiliti, sekali gus mentakrif semula pengalaman mobiliti bandar.
Apabila RTS Link siap sepenuhnya, ia bakal mentransformasikan perjalanan rentas sempadan, memendekkan tempoh perjalanan kepada hanya enam minit dan mengangkat Johor Bahru sebagai antara pintu masuk bandar paling terhubung di rantau ini. Dalam arus perubahan ini, Gen Sphere tampil sebagai simbol kemajuan dan gaya hidup moden, mencerminkan evolusi bandar serta prospek masa depannya yang semakin cerah.
Mengulas mengenainya, Pengarah Eksekutif Majestic Gen, Ta Wee Dher berkata, “RTS Link sedang mengubah cara hidup, bergerak dan berhubung. Gen Sphere direka dengan mengambil kira perubahan ini, dan sambutan luar biasa terhadap pembangunan ini mencerminkan bagaimana pembeli melihat nilainya dalam sebuah bandar yang sedang memasuki fasa pertumbuhan baharu yang kukuh.”






































