CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menawarkan rakyat Malaysia cara yang mudah dan boleh dipercayai untuk kekal berhubung sepanjang musim Haji 2026 dengan Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-hari. Pas ini boleh diperolehi dalam tempoh terhad dari 1 April hingga 30 Jun 2026.
Dengan hanya RM148, Pas Perantauan Haji Tanpa Had ini menyediakan akses Internet 5G tanpa had selama 50 hari serta 30 minit panggilan antara Arab Saudi & Malaysia (tertakluk kepada terma dan syarat).
Ia membolehkan para jemaah Haji untuk terus berhubung dengan ahli keluarga serta mendapat akses kepada perkhidmatan digital yang diperlukan sepanjang perjalanan ibadah mereka.
Perkhidmatan istimewa ini diperboleh dengan kerjasama rakan rangkaian CelcomDigi yang merupakan pengendali utama di Arab Saudi (Mobily, STC dan Zain), dan ia menawarkan liputan luas yang diyakini di semua kawasan utama ibadah haji, sekaligus memastikan pengalaman Haji yang lebih lancar dan terhubung.
Rakyat Malaysia yang bakal menunaikan ibadah Haji 2026 boleh mendapatkan pas ini menerusi aplikasi CelcomDigi, Kedai Dalam Talian CelcomDigi, atau ketika sesi Kursus Perdana Haji anjuran Lembaga Tabung Haji di seluruh negara.
Mereka yang bukan pelanggan CelcomDigi juga boleh melanggan dengan mendapatkan eSIM prabayar atau kad fizikal SIM yang didatangkan bersama Pas Perantauan Haji ini.




































