HONOR kembali mencuri tumpuan dunia amnya dan Malaysia khususnya menerusi pelancaran peranti flagship terbaharunya, Magic8 Pro, sebuah telefon pintar yang bukan sekadar berkuasa, malah sarat dengan elemen kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan pengalaman pengguna lebih pintar.

Ia bukan sahaja sebuah peranti yang bukan sahaja hadir dengan spesifikasi premium, malah sarat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengubah cara penggunaan telefon pintar masa kini. Dari segi rekaan, ia jelas menyasarkan pengalaman kelas atasan — elegan, kukuh dan futuristik.

Fokus utama Magic8 Pro semestinya pada sistem kamera AiMAGE yang terdiri daripada tri-kamera belakang:

Spesifikasi Kamera Belakang
200MP Ultra Night Telephoto3.7x zum optikal, 100x zum digital, sensor besar 1/1.4″, f/2.6
50MP Ultra Night Main CameraSensor 1/1.3″, f/1.6
50MP Ultra Wide + Makrosudut 122°, f/2.0

Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50 megapiksel (MP) dengan sokongan 3 dimensi – depth sesuai untuk swafoto dan panggilan video berkualiti tinggi. Kedua-dua kamera depan dan belakang menyokong rakaman video sehingga 4K (3840 × 2160).

Ciri AI kamera termasuk:

  • Motion Sensing Capture

  • AI Super Zoom

  • Magic Color

  • Moving Photo

  • AI Editing (Upscale, Outpainting, Eraser, Cutout & AI Color)

Hasilnya gambar yang dirakam pada waktu malam menjadi lebih cerah, imej zoom jauh yang jelas dan autofokus pantas walaupun subjek bergerak.

HONOR Magic8 Pro menampilkan gabungan terbaik antara reka bentuk premium, kamera berkuasa gila, keupayaan AI futuristik dan bateri besar dengan pengecasan pantas.

Peranti terbaharu ini turut dilengkapi ciri AI yang meningkatkan mutu dan kualiti gambar apabila di zoom pada jarak lebih 10 kali hingga 100 kali. Ciri ini cukup hebat bagi mereka yang memerlukan satu peranti untuk mendapatkan gambar yang “tidak pecah” seperti peranti lain.

Hasilnya boleh dilihat dibawah ini dengan beberapa rakaman gambar yang diuji menggunakan peranti ini mengikut jarak dari 0.5, 1x, 10x dan 100x.

Ciri terbaharu iaitu butang pelaras di sisi kanan peranti ini memudahkan anda melaraskan jarak zoom yang diperlukan tanpa perlu bergantung kepada butang utama.

Ciri itu juga membolehkan anda merakam gambar dengan pantas selain boleh mengedit gambar berkenaan menggunakan ciri AI yang sedia ada.

Selain ciri foto malam yang hebat, peranti ini juga dilengkapi ciri merakam gambar aksi seperti konsert yang secara automatik memberikan rakaman gambar yang mengagumkan. Lihat hasilnya dibawah ini.

KESIMPULAN

Peranti HONOR Magic8 Pro ini bukan sahaja memiliki ciri kamera yang hebat tetapi turut sarat dipadankan dengan ciri terkini AI yang sememangnya diperlukan pada masa kini dan selari dengan kecanggihan teknologi.

Dengan ciri ketahanan bertaraf industri, ia menjadi antara flagship paling menarik untuk tahun ini.

Untuk mereka yang mahukan telefon AI serba lengkap dengan kamera telefoto 200MP dan ketahanan lasak, Magic8 Pro sememangnya pilihan yang sukar untuk ditolak.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini