Seiring gaya hidup utamakan-digital yang kini tersemai di kalangan rakyat Malaysia, era baharu pengurusan kewangan dan perbankan peribadi bakal mengubah tabiat menabung, berbelanja, melabur dan menguruskan kewangan masing-masing.

AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, telah melancarkan Financial Purr-Sona, ciri baharu yang boleh diakses secara percuma menerusi aplikasi perbankan digitalnya.

Ciri dinamik Financial Purr-sona ini dikuasakan oleh Neko Sensei, mentor kewangan peribadi berpacukan kecerdasan buatan (AI), dan dibina demi memenuhi keperluan pelanggan terhadap pengalaman perbankan dinamik yang menambah nilai kepada gaya hidup di samping memudahkan individu dan keluarga mengurus kewangan mereka dengan lebih efektif.

Analisa Kewangan Dipersonalisasi, Merangkumi Empat Klasifikasi
Neko Sensei menganalisa aktiviti dan data kewangan dalam aplikasi AEON Bank yang merangkumi empat aspek tabiat kewangan iaitu; simpanan, perbelanjaan, perancangan serta
pelunasan pembiayaan atau pembayaran yang genap tempoh. Berdasarkan analisis tersebut,
Neko Sensei akan menetapkan Financial Purr-Sona (persona) yang bersesuaian untuk setiap pelanggan, iaitu; Tauke Tabung, Planner Pro Max, Boss Anti-bazir, and Hutang Slayer.

Financial Purr-sona merupakan personalisasi dinamik dan tangkas berpacukan kecerdasan buatan (AI), yang mana persona pelanggan boleh berubah dan berkembang, bergantung
kepada aktiviti mereka di aplikasi AEON Bank, serta tabiat kewangan dan perancangan bajet.

Justeru itu, para pelanggan yang aktif menggunakan aplikasi AEON Bank — termasuk Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Kad Debit-i bagi pembelian dalam talian dan di kedai, DuitNow QR,
Pembiayaan Peribadi-i, Deposit Bertempoh-i, Zakat, Takaful, JomPay dan pembayaran bil utiliti — akan menjana profil kewangan yang lebih terperinci.

Malahan, menerusi ciri Level-up, para pelanggan boleh mendapatkan bimbingan kewangan peribadi secara percuma serta tip pengurusan bajet daripada Neko Sensei untuk membina tabiat kewangan celik Ringgit.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini