BFGoodrich baru sahaja melancarkan ‘BFGoodrich g-Force PHENOM T/A’ – tayar jalan raya berprestasi tinggi yang dirumus untuk menaik taraf pengalaman pemanduan para pengguna, biar dalam kondisi yang basah mahupun kering.

Tayar baharu ini menjamin keupayaan pemanduan yang cemerlang bermula dari posisi
henti, termasuk semasa membelok dan membrek secara agresif. Tayar ini didatangkan
dalam 25 saiz yang berbeza, menaungi majoriti pasaran Malaysia.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei,
berkongsi: “BFGoodrich g-Force PHENOM T/A dirumus untuk memaksimumkan potensi
kenderaan anda dengan membekalkan keyakinan dan juga keselesaan, pada harga yang
berpatutan.

Menjamin prestasi luar biasa dengan nilai yang hebat, tayar baharu ini dijangka mampu menarik perhatian para pengguna baharu terhadap jenama ini, dan mempelawa
mereka untuk mengalami dunia pemanduan prestasi.”

Bagi para pengedar, BFGoodrich g-Force PHENOM T/A menawarkan nilai dan manfaat
yang hebat – termasuk liputan yang terunggul bagi segala keperluan pengguna, sempurna untuk pemanduan harian dan yang berlandaskan prestasi; 25 saiz yang ekstensif, menaungi majoriti pasaran; harga dan prestasi yang kompetitif untuk memudahkan penembusan pasaran; serta sokongan komprehensif untuk material jualan, seperti material titik jualan, brosur produk, sepanduk, dan pengiklanan digital.

Kini tersedia di pusat pengedaran BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara, BFGoodrich g-Force PHENOM T/A hadir dengan 25 saiz tayar dalam lingkungan 16
hingga 20 inci. Harga jualan yang disyorkan untuk BFGoodrich g-Force PHENOM T/A
baharu bermula dari RM 500 ke RM1,300.