OPPO pada telah memperkenalkan tambahan terbaharu kepada keluarga siri A telefon pintarnya, OPPO A98 5G, di Malaysia. Diposisikan sebagai “A-volusi Kualiti Untuk Semua”, siri A OPPO sentiasa berusaha untuk kecemerlangan dalam mencapai standard kualiti untuk semua dan OPPO A98 5G turut tidak terkecuali.

A98 5G menampilkan prestasi bateri bertaraf mercu dengan pengecasan SUPERVOOC TM , sebuah bateri besar 5,000mAh, dan Enjin Kesihatan Bateri OPPO. Tambahan pula, dilengkapi dengan satu Skrin Besar Selancar Sutera 120hz yang menakjubkan, teknologi Penambahan RAM, dan ColorOS 13.1 yang terbaharu, A98 5G memberikan pengalaman yang sangat pantas dan lancar dari awal hingga akhir.

OPPO A98 5G tersedia dalam dua kemasan warna — Dreamy Blue dan Cool Black. Kedua-dua kemasan dihidupkan lagi dengan proses ikonik OPPO Glow untuk mencipta kesan kristal berkilauan dan kemasan kalis cap jari.

Dengan berat sekitar 192 g dan berukuran sekitar 8.2 mm dalam ketebalan,telefon pintar ini juga menampilkan satu Kerangka Belakang Melengkung 3D untuk cengkaman yang
boleh dipercayai lagi selesa dalam kerangka yang kelihatan nipis.

Setelah lulus enam ujian utama yang direka bentuk untuk mengukur ketahanan terhadap kejatuhan fizikal, air, radiasi, kerosakan iklim, kejatuhan kecil berulangan dan kestabilan isyarat, A98 5G dicipta untuk kekal bergaya dan tahan lama.

Menampilkan Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G 1 , OPPO A98 5G memberikan prestasi berkuasa tinggi dan boleh dipercayai. OPPO A98 5G dilengkapi dengan 8GB RAM dan ruang simpanan ROM besar sebanyak 256GB yang juga menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB.

Dengan teknologi Penambahan RAM OPPO, kapasiti RAM telefon boleh menukarkan
sehingga 8GB ruangan ROM yang tidak digunakan kepada RAM sementara, menggandakan jumlah RAM yang tersedia.

Di samping prestasi tinggi yang dihasilkannya, A98 5G juga lulus ujian Perlindungan Kelancaran 48 Bulan 2 yang dijalankan di makmal OPPO. Mencatat purata kadar penuaan kurang dari 10% selepas penggunaan harian selama empat tahun, A98 5G menawarkan jaminan kelancaran selama 4 tahun berbanding telefon siri A daripada generasi sebelumnya.

OPPO A98 5G tersedia untuk pratempahan 7 dari 15 Mei hingga 18 Mei 2023 dengan harga pasaran yang dicadangkan iaitu RM1,399. Para pelanggan yang membuat pratempahan OPPO A98 5G layak menerima pelbagai hadiah bernilai sehingga RM377 yang turut termasuk sebuah OPPO Band, Fon Putik Nirwayar Sebenar, dan waranti 1+1 tahun.

Para pelanggan kini juga boleh memilih untuk membuat pratempahan di kesemua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO dan Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO.