Keinginan untuk memiliki kediaman impian pastinya tidak pernah surut dalam hati kebanyakan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, situasi ekonomi dan obligasi kewangan yang mencabar menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa menangguhkan hasrat ini.

Meskipun wujudnya pelbagai insentif daripada kempen pemilikan rumah dan tawaran menerusi pakej menarik ditawarkan oleh pemaju hartanah, hakikat sebenar bukannya mudah untuk memiliki kediaman.

IJM Land telah membentuk perkongsian strategik dengan RHB Bank Berhad (RHB) untuk
menawarkan skim pembelian semula kepada pembeli dan pemilik rumah. Skim yang menjadi pemangkin kepada penyelesaian kewangan inovatif pertama dalam industri hartanah dikenali – SWITCH.

Kerjasama itu juga adalah untuk membolehkan SWITCH membantu pembeli rumah
memulangkan semula hartanah kepada pemaju sekiranya pembeli diberhentikan kerja oleh
majikan secara tiba-tiba dalam tempoh perlindungan iaitu dari tarikh Perjanjian Jual Beli dan sehingga tempoh 12 bulan dari tarikh CCC (Sijil Siap & Pematuhan).

Dua projek akan menjadi perintis kepada Skim SWITCH adalah Savvy @ Riana Dutamas KL
dan Duta Perintis Apartments @ Bandar Alam Suria. Di bawah skim ini, maksimum 50 unit akan disediakan kepada pelanggan.

Savvy @ Riana Dutamas KL ialah kediaman servis pegangan bebas dengan saiz binaan antara 722 hingga 1,232 kaki persegi. Ia terletak berhampiran dengan Pusat Bandar KL dan bersebelahan kawasan kejiranan berprestij seperti Mont’ Kiara.

Harga permulaan hartanah berkenaan adalah dari RM540,000 dan pembangunannya di jangka siap menjelang 2024. Duta Perintis pula adalah projek apartmen servis yang berkepadrendah yang berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dan dua tempat letak kereta khusus.

Dijual pada harga mampu milik bermula RM310,000, Duta Perintis merupakan alamat wajib bagi pencinta alam dan keluarga.

kemungkinan pengangguran secara mengejut yang mungkin dihadapi pada masa
hadapan.Skim ini membolehkan mereka melangkah lebih yakin untuk memiliki kediaman
sendiri,” kata Jeffrey Ng Eow Oo, Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB
Banking Group.

Kediaman Anda, Cara Anda

Dilaksanakan bersama dengan Skim SWITCH tidak lain dan tidak bukan adalah kempen
tahunan pertama kumpulan iaitu Living Masterpiece. Di bawah kempen ini, IJM Land bersedia membantu bakal pembeli rumah memiliki kediaman idaman menerusi tawaran menarik dan ia akan disesuaikan dengan pelan pemilikan rumah mengikut gaya hidup serta keperluan mereka.

Justeru, pelanggan IJM Land boleh membangunkan kediaman yang diidam-idamkan menerusi hartanah pilihan mereka.
Bayangkan anda boleh memanfaatkan ruang terbaik sambil mengetengahkan gaya peribadi
bermula dari aspek minimalis, penuh gaya dan moden hinggalah aspek elegan. Anda boleh
menggunakan kreativiti dan membiarkan idea reka bentuk dalaman anda menjadi ‘liar’ ketika anda mengubah kediaman anda menjadi sebuah Karya Agung.

Sebagai nilai tambah kepada pembeli IJM Land, pemaju hartanah itu menawarkan konsep reka bentuk dalaman (hartanah terpilih) secara percuma kepada pembelinya sebagai idea dan inspirasi mereka bentuk.

Kempen Living Masterpiece mengiktiraf bahawa setiap individu memiliki personaliti unik di
mana adalah terbaik jika dizahirkan menerusi kediaman yang didiami.

Kini, masanya telah tiba untuk menggubah sendiri kediaman anda, hakikat yang tidak dapat dipadamkan dalam menghasilkan karya seni rumah impian anda.

Pembeli juga akan meraih manfaat daripada skim pemilikan mudah terbaik, penjimatan hebat dan pelbagai insentif bermula dari deposit rendah, yuran guaman pinjaman percuma, duti setem percuma ke atas MOT dan pakej kelengkapan percuma (terpakai kepada hartanah terpilihan serta tertakluk kepada terma dan syarat).

Kempen ini akan meliputi projek dalam pembinaan dan kediaman sedia diduduki di wilayah
Utara, Tengah, Seremban, Selatan dan Malaysia Timur. Kempen Living Masterpiece
berlangsung dari 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022.

Apabila kediaman impian menjadi realiti

Pembeli rumah boleh memilih kediaman ideal daripada senarai pilihan hartanah terpilih di
seluruh negara merangkumi unit teres setingkat, teres dua tingkat, teres berkembar, banglo, tanah banglo, apartmen dan kondominium.

Anda juga boleh memilih kediaman bertingkat di bandar atau kediaman indah di tepi pantai.

Pencinta alam boleh meneroka kedamaian menerusi pelbagai projek pembangunan yang
dimajukan dengan tema semula jadi dan kehijauan. Dari Lembah Klang, Seremban, Pulau
Pinang, Johor, Kuching hinggalah ke Sandakan, semua kediaman ini hadir dengan fleksibiliti
dan reka bentuk praktikal bagi memenuhi gaya hidup pasca-pandemik.

Pemaju hartanah dan pembangun bandar utama IJM Land memberi inspirasi kepada penduduk untuk menjalani kehidupan bermakna dan mencipta detik manis untuk dihargai bersama