Kesan akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi Malaysia tetapi turut menyebabkan ekonomi dunia turut terjejas.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, banyak sektor terkesan akibat wabak itu seperti penerbangan, perhotelan, pengangkutan, agensi pelancongan dan lain-lain.

“Akibatnya, ramai yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan yang bukan sahaja dirasai penduduk negara ini malah di seluruh dunia.

Mustapha baju (kanan sekali) bersama Syed Farizal Aminy Syed Mohd (tengah) dan Syed Muzharel Azhar Syed Mohd (kiri) di KLIA.

“Justeru, langkah terbaik pada masa kini ialah berbelanja secara berhemah dan membeli barangan yang perlu sahaja kerana kita tidak tahu bila wabak COVID-19 ini akan berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi rakannya, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad yang dilantik sebagai konsul jeneral di Shanghai, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa mampu membantu memulihkan ekonomi kedua-dua negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Mustapha (kanan) bersama Syed Farizal Aminy (kiri) di KLIA

Mustapha yang pernah bertugas di Wisma Putra pada Januari 1999 hingga akhir 2008 berkata, hubungan Malaysia dengan negara luar amat baik dan ini dapat dilihat daripada sektor perdagangan khususnya penjualan minyak kelapa sawit yang semakin meningkat.

Beliau pernah dilantik menjadi penasihat Ekonomi Negeri Terengganu dan Ketua Eksekutif Terengganu Incorporated iaitu syarikat GLC utama negeri.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas menerusi kerja-kerja kebajikan diperingkat antarabangsa pernah menerima beberapa anugerah khas dari pemimpin luar negara dan turut menerima anugerah khas Tokoh Maulidur Rasul 2020.