Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLY) memperkenalkan warna pilihan terbaharu, Perak bagi model Yamaha YZF-R15 2021 sebagai tambahan kepada dua warna sedia ada iaitu Race Blu dan Hitam.

HLY dalam kenyataannya berkata, bagi setiap pembelian motosikal itu, pembeli akan menerima sebuah kunci cakera Yamaha berharga RM100.

Harga jualan asas (tanpa cukai jalan, nombor plat dan insurans) yang ditawarkan untuk model motosikal itu kekal sama iaitu RM11,988.00, hanya sedikit tinggi berbanding harga model Yamaha Y16ZR. 

Bagaimanapun, harga cadangan jualan itu hanya sebagai panduan dan ia bergantung kepada perubahan daripada pihak HLY.

Yamaha YZF-R15 2021 berwarna Silver atau Perak berkuasa 155cc ini didatangkan dengan rim roda berwarna Kuning Fluorescent yang kelihatan terang dan sporty. Padanan warna terang itu disulami dengan warga asas badan hitam dan sedikit warna kelabu.

Model motosikal itu kini boleh didapati di semua cawangan pengedar Yamaha di seluruh negara mulai bulan ini.