Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata Syria sentiasa membuka pintu kepada ahli perniagaan untuk berniaga di sana termasuk para pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di negara berkenaan.

Beliau berkata, namun akibat wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang, semua aktiviti menjadi terbatas dan terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

Mustapha (kiri) mengadakan perbincangan isu Malaysia – Syria daripada segi pendidikan dan pelaburan, Datuk Dr Samir (tengah) dan Perry (kanan sekali) di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, sebagai langkah persediaan, adalah lebih baik kajian dilakukan termasuk merangka strategi jenis bentuk perniagaan yang boleh diceburi.

“Apabila pandemik ini berakhir dan pintu sempadan dibuka kelak, ahli perniagaan sudah boleh mengambil langkah yang cepat untuk memulakan semula pelan perniagaan masing- masing dan begitu para pelajar yang ingin menyambung pengajian di sana,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan perbincangaan dengan Konsul kehormat Malaysia di Syria, Datuk Dr Samir Al kour di Kuala Lumpur, semalam.