Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima 1,000 pads (1,000) dari usahawan KK SuperMart iaitu Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr KK Chai yang juga Pengerusi Kelab Rela kehormat/Bersekutu Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, pelitup muka akan diagihkan kepada penjawat awam yang bekerja di barisan hadapan seperti perkhidmatan kaunter atau berhadapan orang ramai.
“Sumbangan KK SuperMart ini adalah salah satu program tanggungjawab sosial koporat kerana pihaknya turut menyumbang pelbagai barangan keperluan asas kepada fakir miskin dan barangan tertentu termasuk pelitup muka untuk barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, Dr KK Chai berkata, dia tertarik dengan dayausaha, kesabaran dan kesungguhan Datuk Dr Mustapha menjalankan aktiviti membantu barisan hadapan dan penjawat Awam dengan membahagikan pelitup muka kepada mereka ketika pandemik COVID-19.
Mustapha juga turut menggunakan rangkaiannya untuk membantu NGO Antarabangsa untuk pengagihan pelitup muka kepada barisan hadapan .
Walaupun ketika ini Datuk Dr Mustapha beroperasi dalam negara tetapi peranan peringkat Antarabangsa masih aktif dengan menggunakan sistem maya.
Mustapha juga telah dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada 2020 dan merupakan Tokoh NGO yang aktif serta menerima banyak Anugerah peringkat Antarabangsa selain peranan sebagai Tokoh Kebajikan dan Kemanusiaan sejagat.




































