Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, secara rasmi melancarkan trak pikap 4×4 baru Triton Athlete.

TRITON Athlete ditawarkan hanya dalam warna hitam atau Black Mica, dibina untuk `Atlet Harian’ mengenengahkan ketangkasan dan kelincahan Triton untuk menghadapi cabaran jalan raya setiap hari di Malaysia.

Ciri-ciri Baru

Daripada aspek estatika, Triton Athlete baru ini menggayakan bamper hadapan baru, gril hitam dengan corak padanan indunan madu (Honeycomb Mesh) baru, rim aloi hitam 17” baru, batang sports baru dan pelekat kelabu gelap & oren. Ciri-ciri lain dalaman hitam merangkumi pijakan sisi, cermin pintu, pemegang pintu, bamper belakang dan spoiler belakang baru.

Triton Athlete dilengkapi sistem Infohiburan baru dengan Apple Car Play turut didatangkan dengan rekaan dalaman Black Monotone dengan gabungan kulit Oren bertebuk dan sulaman.

‘ATHLETE’ yang sepadan dengan jahitan Oren pada Kulit Steering, Kulit Tombol Gear, Trim Pintu dan Konsol Tengah.

Keluarga Triton

Triton Athlete adalah varian baru yang ditambah kepada barisan model Triton sedia ada dan ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki sama seperti Triton VGT Adventure X.

No Model/Varian Harga Atas Jalan OTR tanpa insurans termasuk GST (RM) di Semenanjung Malaysia Warranti
1 Triton VGT Athlete 126,990.00 Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Waranti Lima Tahun atau 200,000km

 

Triton Quest: Waranti Lima Tahun atau 100,000km

2 Triton VGT Adventure X 126,990.00
3 Triton VGT AT Premium 116,300.00
4 Triton VGT AT GL 103,800.00
5 Triton VGT MT 107,600.00
6 Triton MT 93,920.00
7 Triton Quest 77,390.00

 

·         Sebut harga adalah atas jalan tanpa insurans, termasuk GST bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Peninsular Malaysia (tidak terpakai di zon bebas cukai).

·         Tertakluk kepada terma dan syarat-srayat.

 

Enjin dan Prestasi

Triton dijana oleh enjin turbodiesel 2.4 liter MIVEC yang memenangi hadiah, dengan teknologi Pembolehubah Pemasaan Injap. Digabungan dengan Variable Geometry Turbo (VGT), ia menghasilkan kuasa 181 PS dan kuasa kilas 430 Nm.

Semua model Triton diimport sebagai kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand.

Keselamatan

Triton Athlete dilengkap dengan tujuh beg udara SRS, Edaran kuasa-Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kestabilan Aktif dengan Kawalan Cengkaman, Bantuan di Bukit (HSA), Bantuan Kestabilan Trailer (TSA) dan Sistem Mengatasi Brek untuk pemanduan yang tenang sepenuhnya. Keselamatan Triton diperteguhkan lagi oleh pembinaan badan kukuh Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).

Temui Leona Chin

Sempena dengan pelancaran Triton Athlete baharu, MMM akan mengadakan jerayawara Kemuncak Pemanduan Mitsubishi seluruh negara memaparkan Duta Jenama Mitsubishi Motors dan Atlet Sukan Pemotoran Malaysia, Leona Chin di lokasi-lokasi berikut:

Bil. Negeri Tarikh (Hujung minggu) Masa Bilik pameran
1 Melaka 20 Jan 10.00am – 6.00pm Sing Kwung Jidosha (Melaka)
2 Perak 21 Jan 10.00am – 6.00pm Lofty Ambition (Ipoh)
3  

Penang

27 Jan 10.00am – 6.00pm JM Auto Gallery (Butterworth)
4 28 Jan 10.00am – 6.00pm JM Auto Gallery (Georgetown)
5 3 Feb 10.00am – 6.00pm JM Auto Gallery (Bukit Mertajam)
6 4 Feb 10.00am – 6.00pm EON Auto Mart (Bayan Lepas)
7 Kedah 10 Feb 10.00am – 6.00pm JM Auto Gallery (Sungai Petani)
8 11 Feb 10.00am – 6.00pm JM Auto Gallery (Alor Star)
9 Sabah 3-4 Feb 10.00am – 6.00pm Kompleks Sukan Likas (Kota Kinabalu)
10  

Sarawak

10 Mac 10.00am – 6.00pm Jimisar Autotrade (Bintulu)
11 11 Mac 10.00am – 6.00pm Jimisar Autotrade (Sibu)
12 24 Mac 10.00am – 6.00pm Jimisar Autotrade (Kuching)
13 25 Mac 10.00am – 6.00pm EON Auto Mart (Kuching)

 

Pelawat ke jerayawara ini boleh menjangkakan banyak aktiviti menaruk seperti cabaran simulator kereta di mana peserta akhir bakal berlumba dengan Leona Chin! Pandu uji mana-mana model Mitsubishi pada hari acara dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM888 atau barangan Ralliart.

Triton telah meraih tiga anugerah tahun lalu iaitu Kenderaan Terbaik Tahunan DSF.my dan Allianz, Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2017-  Trak Pikap Terbaik Tahunan dan Enjin Diesel Terbaik Tahunan.

Rangkaian Jualan MMM dan lain-lain 

Mitsubishi Motors Malaysia kini memiliki 55 bilik pameran (48 daripadanya adalah Pusat 3S) dan 54 pusat servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM memiliki 13 bilik pameran (6 di Sarawak dan 7 di Sabah).

Trak pikap 4×4 Triton dimport sebagai unit CBU (Dipsang Sepenuhnya) dari Thailand manakaa SUV Kompak ASX dan Outlander dipasang tempatan (CKD) di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar minat anda, sila lawat www.mitsubishi-motors.com.my  atau hubungi Mitsubishi Motor.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini