Miliki SUV baru Haval pada Tahun Baru Cina dengan penyelenggaraan percuma 5 tahun dan Ang Pow sehingga RM3,000
SEMPENA perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, Go Auto Sales Sdn Bhd, (HAVAL Malaysia) pengedar eksklusif kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval di Malaysia, kini menjalankan promosi Ang Pow Prosperity Deal untuk semua model kenderaan Haval.
Promosi yang bermula Januari sehingga Mac 2018 di semua bilik pameran Haval di seluruh negara menawarkan pelanggan baru perkhidmatan penyelenggaraan percuma 5-tahun atau penjimatan sehingga RM3,000 bersama tawaran ang pow.
“Kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan baru untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan promosi Prosperity Deal untuk kedua-dua model Haval H1 dan H2. Kami berharap dengan penjimatan dari promosi ang pow ini, ia mampu memeriahkan lagi perayaan mereka.
“Di samping itu, kami juga berharap pelanggan dapat menikmati nilai yang lebih baik untuk wang mereka dengan memiliki SUV pada harga yang berpatutan dan kompetitif,” kata Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Go Auto Group.
Selain daripada promosi semasa, HAVAL Malaysia juga menjalankan pameran di seluruh negara di beberapa lokasi dan pusat membeli-belah terpilih untuk lebih mendekati orang ramai.
Lawati lokasi ini, untuk menikmati tawaran yang sedang berlangsung
1. NSK Seremban 2, Seremban (Tarikh: 1 – 31 Januari 2018)
2. Tesco Taiping, Taiping (Tarikh: 1 – 28 Januari 2018)
3. Giant Kota Padawan, Kuching (Tarikh: 23 – 30 Januari 2018)
4. Tesco Saujana Impian, Kajang (Tarikh: 24 – 30 Januari 2018)
5. Pahang Karnival, Parking Stadium Darul Makmur, Kuantan (Tarikh: 25 Januari – 3 Februari 2018)
6. MAI Auto Galleria, Dataran Aman Jaya Mall, Sg Petani (Tarikh: 26 – 28 Januari 2018)
7. Alamanda Shopping Mall, Putrajaya (Tarikh: 1 – 11 Februari 2018)
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Khidmat Pelanggan di talian 03-5569 7332 atau e-mel [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari laman web www.haval.my atau Facebook di www.facebook.com/havalmy atau laman Instagram di www.instagram.com/havalmy.