Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, secara rasmi melancarkan trak pikap 4×4 baru Triton Athlete.
TRITON Athlete ditawarkan hanya dalam warna hitam atau Black Mica, dibina untuk `Atlet Harian’ mengenengahkan ketangkasan dan kelincahan Triton untuk menghadapi cabaran jalan raya setiap hari di Malaysia.
Ciri-ciri Baru
Daripada aspek estatika, Triton Athlete baru ini menggayakan bamper hadapan baru, gril hitam dengan corak padanan indunan madu (Honeycomb Mesh) baru, rim aloi hitam 17” baru, batang sports baru dan pelekat kelabu gelap & oren. Ciri-ciri lain dalaman hitam merangkumi pijakan sisi, cermin pintu, pemegang pintu, bamper belakang dan spoiler belakang baru.
Triton Athlete dilengkapi sistem Infohiburan baru dengan Apple Car Play turut didatangkan dengan rekaan dalaman Black Monotone dengan gabungan kulit Oren bertebuk dan sulaman.
‘ATHLETE’ yang sepadan dengan jahitan Oren pada Kulit Steering, Kulit Tombol Gear, Trim Pintu dan Konsol Tengah.
Keluarga Triton
Triton Athlete adalah varian baru yang ditambah kepada barisan model Triton sedia ada dan ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki sama seperti Triton VGT Adventure X.
No | Model/Varian | Harga Atas Jalan OTR tanpa insurans termasuk GST (RM) di Semenanjung Malaysia | Warranti |
1 | Triton VGT Athlete | 126,990.00 | Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Waranti Lima Tahun atau 200,000km
Triton Quest: Waranti Lima Tahun atau 100,000km |
2 | Triton VGT Adventure X | 126,990.00 | |
3 | Triton VGT AT Premium | 116,300.00 | |
4 | Triton VGT AT GL | 103,800.00 | |
5 | Triton VGT MT | 107,600.00 | |
6 | Triton MT | 93,920.00 | |
7 | Triton Quest | 77,390.00 |
· Sebut harga adalah atas jalan tanpa insurans, termasuk GST bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Peninsular Malaysia (tidak terpakai di zon bebas cukai). · Tertakluk kepada terma dan syarat-srayat. |
Enjin dan Prestasi
Triton dijana oleh enjin turbodiesel 2.4 liter MIVEC yang memenangi hadiah, dengan teknologi Pembolehubah Pemasaan Injap. Digabungan dengan Variable Geometry Turbo (VGT), ia menghasilkan kuasa 181 PS dan kuasa kilas 430 Nm.
Semua model Triton diimport sebagai kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand.
Keselamatan
Triton Athlete dilengkap dengan tujuh beg udara SRS, Edaran kuasa-Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kestabilan Aktif dengan Kawalan Cengkaman, Bantuan di Bukit (HSA), Bantuan Kestabilan Trailer (TSA) dan Sistem Mengatasi Brek untuk pemanduan yang tenang sepenuhnya. Keselamatan Triton diperteguhkan lagi oleh pembinaan badan kukuh Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).
Temui Leona Chin
Sempena dengan pelancaran Triton Athlete baharu, MMM akan mengadakan jerayawara Kemuncak Pemanduan Mitsubishi seluruh negara memaparkan Duta Jenama Mitsubishi Motors dan Atlet Sukan Pemotoran Malaysia, Leona Chin di lokasi-lokasi berikut:
Bil. | Negeri | Tarikh (Hujung minggu) | Masa | Bilik pameran |
1 | Melaka | 20 Jan | 10.00am – 6.00pm | Sing Kwung Jidosha (Melaka) |
2 | Perak | 21 Jan | 10.00am – 6.00pm | Lofty Ambition (Ipoh) |
3 | Penang | 27 Jan | 10.00am – 6.00pm | JM Auto Gallery (Butterworth) |
4 | 28 Jan | 10.00am – 6.00pm | JM Auto Gallery (Georgetown) | |
5 | 3 Feb | 10.00am – 6.00pm | JM Auto Gallery (Bukit Mertajam) | |
6 | 4 Feb | 10.00am – 6.00pm | EON Auto Mart (Bayan Lepas) | |
7 | Kedah | 10 Feb | 10.00am – 6.00pm | JM Auto Gallery (Sungai Petani) |
8 | 11 Feb | 10.00am – 6.00pm | JM Auto Gallery (Alor Star) | |
9 | Sabah | 3-4 Feb | 10.00am – 6.00pm | Kompleks Sukan Likas (Kota Kinabalu) |
10 | Sarawak | 10 Mac | 10.00am – 6.00pm | Jimisar Autotrade (Bintulu) |
11 | 11 Mac | 10.00am – 6.00pm | Jimisar Autotrade (Sibu) | |
12 | 24 Mac | 10.00am – 6.00pm | Jimisar Autotrade (Kuching) | |
13 | 25 Mac | 10.00am – 6.00pm | EON Auto Mart (Kuching) |
Pelawat ke jerayawara ini boleh menjangkakan banyak aktiviti menaruk seperti cabaran simulator kereta di mana peserta akhir bakal berlumba dengan Leona Chin! Pandu uji mana-mana model Mitsubishi pada hari acara dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM888 atau barangan Ralliart.
Triton telah meraih tiga anugerah tahun lalu iaitu Kenderaan Terbaik Tahunan DSF.my dan Allianz, Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2017- Trak Pikap Terbaik Tahunan dan Enjin Diesel Terbaik Tahunan.
Rangkaian Jualan MMM dan lain-lain
Mitsubishi Motors Malaysia kini memiliki 55 bilik pameran (48 daripadanya adalah Pusat 3S) dan 54 pusat servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, MMM memiliki 13 bilik pameran (6 di Sarawak dan 7 di Sabah).
Trak pikap 4×4 Triton dimport sebagai unit CBU (Dipsang Sepenuhnya) dari Thailand manakaa SUV Kompak ASX dan Outlander dipasang tempatan (CKD) di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftar minat anda, sila lawat www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Mitsubishi Motor.