RHB Islamic Bank Berhad mengagihkan zakat perniagaan berjumlah RM4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, yang akan diagihkan kepada 14 Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Malaysia.
PENGARAH Urusan Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, Dato’ Khairussaleh Ramli, menyerahkan cek bernilai RM4 juta kepada Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada majlis yang diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur, semalam.

“Jumlah zakat perniagaan yang di agihkan RHB untuk membantu golongan Asnaf melalui PPZ di seluruh Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding RM3.5 juta pada 2017.
“Dengan pengagihan wang zakat sebanyak RM4 juta ini, kami berharap ianya akan dapat memberi manfaat kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan amat memerlukan bantuan,” katanya.
“Saya harap pengagihan wang zakat perniagaan RHB Islamic Bank ini sedikit sebanyak akan memberikan manfaat besar dalam membangunkan taraf hidup dan juga ekonomi saudara-saudara seIslam kita yang memerlukan di setiap negeri yang akan diagihkan,” kata Mujahid.





































