Jumlah penduduk Islam di kawasan sekitar Tboung Khamun, Kemboja adalah ramai kira-kira ini 5,000 orang yang tinggal bersama dengan komuniti Khamer dan Cina Kemboja.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican yang tiba di kawasan itu bagi menyampaikan bantuan berkata, kebanyakan penduduk Islam bekerja dalam pelbagai bidang seperti membuka kedai, restoran, tukang perabot malah bekerja mengambil upah diladang.

Bagaimanapun, ada antara mereka yang hidup dalam keadaan daif dan miskin khususnya golongan tua serta ibu tunggal yang kematian suami.

“Apa yang menyedihkan ialah rumah mereka amat kecil seumpama pondok dan tidak dilengkapi sebarang kemudahan asas seperti air serta elektrik,” katanya.

Dr Mustapha kini berada di Kemboja sepanjang Ramadan ini untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat Islam khususnya di kawasan pedalaman menerusi hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia.

 

Selain di kawasan pedalaman, masyarakat Islam juga tinggal di rumah bot yang di sepanjang sungai dengan sebahagian daripada mereka hidup umpama “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”.

Beiiau berkata, kemiskinan ada di mana-mana sahaja tanpa mengira kaum dan budaya malah ada yang hidup dalam keadaan sukar tanpa ada sebarang makanan untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini