Ramadan ini, Neko Cruiser AEON Bank akan menjelajahi bazaar ramadan terpilih di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Kuantan.

Neko Cruiser merupakan sebuah hab kewangan mudah alih O2O (dalam talian ke luar talian) yang berusaha untuk mendekatkan perbankan digital patuh Syariah dengan para pengguna, sambil memangkin inklusi kewangan untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

Berlandaskan tema utama kempen Ramadan dan Syawal 2025 iaitu ‘Niat di Hati, Semua Jadi’ AEON Bank berhasrat untuk membolehkan pengunjung bazar mengenali dan membiasakan diri dengan aplikasi mudah alih AEON Bank, serta menikmati penyelesaian perbankan peribadi yang mudah, selamat, dan selaras dengan gaya hidup semasa yang menggalakkan pembayaran digital dan transaksi tanpa tunai.

Bermula dari minggu kedua hingga minggu keempat Ramadan, pengunjung bazar boleh singgah di trak Neko Cruiser untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan AEON Bank, membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank, dan menebus barangan eksklusif AEON Bank.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini