Oleh Dato Dr Mustapha Ahmad Marican, Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Kebangsaan kali ke-3 2024 yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada Khamis lalu menyaksikan tujuh kertas penyelidikan dibentangkan melibatkan 5 buah pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Persidangan selama dua hari iaitu 26 hingga 27 September 2024 dimulai dengan pembentangan kertas pertama oleh Dr Irene Yong Seok Ching dari Universiti Malaya berkaitan kajian Tadbir, intergiti dan Anti Rasuah dalam sektor pertanian di negara ini.

Beliau berkata, gejala rasuah dalam sektor pertanian dan meletakkan sektor ini dalam risiko keruntuhan dan salah satu cabaran yang dihadapi ialah usaha pengesanan pihak pihak yang mendalangi aktiviti-aktiviti rasuah.

Kertas kerja kedua yang dibentangkan oleh Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin dari Universiti Sains Islam Malaysia menjurus kepada kajian pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).

“Gejala rasuah di peringkat nasional mahupun antarabangsa pada masa kini semakin berleluasa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor, kesan dan strategi pembenterasan rasuah di negara kita sering dengan pembangunan NACS 2024-2028 .

Manakala bagi Kertas kerja ketiga yang dibentangkan oleh Dr Lai Wei Sieng dari Universiti Kebangsaan Malaysia pula memfokus kepada pengurusan risiko rasuah dan integriti dalam sektor pemborongan dan peruncitan.

Prestasi ini dipacu oleh peningkatan hasil dalam sektor perdagangan borong dan runcit kerana sektor berkenaan merupakan sektor yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dalam mendapat barang-barang keperluan harian mahupun barang kehendak.

Isu rasuah dan integriti dalam sektor ini akan membantutkan pertumbuhan sektor ini dan seterusnya memberi impak negatif kepada ekonomi negara serta rakyat.

“Cadangan dan syor yang diutarakan adalah suatu kajian yang mendalam oleh para pengkaji,” katanya.

Pembentangan Kertas Kerja ke-4 oleh Prof Madya Dr Ervina Alfan dari Universiti Malaya ialah berhubung dengan penyelidikan dalam konteks governans, integriti dan antirasuah dalam sektor kewangan dan perbankan di negara ini.

Kajian ini melihat sejauh mana pemboleh ubah penipuan boleh memungkinkan berlakunya penipuan dan jenayah siber dalam sektor perbankan dan kewangan di negara ini. Dengan melihat kepada tahap individu dan organisasi menerusi aspek keselamatan siber.

Kajian mendapati tahap individu boleh melemahkan hubungan diantara keupayaan penipuan dan kejadian penipuan.

Kajian ini telah mencadangkan beberapa langkah untuk membendung jenayah ini dengan memberi penekanan kepada faktor manusia dan teknologi.

Prof Madya Dr Abd Hakim Mohad dari Universiti Sains Islam Malaysia pula membentangkan Kertas Kerja Ke-5 berkisar Kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) iaitu suatu penelitian dari perspektif Malaysia.

Beliau berkata, isu rasuah dan tatakelola baik adalah antara isu penting di negara ini kerana CPI adalah antara indikator penting yang menentukan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global.

“Kajian ini dijalankan untuk melihat Skor CPI boleh ditingkatkan menerusi kajian secara khususnya adalah untuk meneliti polisi antirasuah yang berkuatkuasa di negara ini.

“Memahami secara terperinci berkaitan dengan CPI yang dilaksanakan oleh Transparency International (TI) dan memberikan cadangan penambaikan skor CPi negara. Oleh itu semua pihak perlu sama-sama membantu negara dengan amalan tatakelola baik dan intergiti dalam setiap kerja yang dijalankan,” katanya.

Kertas 6 yang dibentangkan oleh Prof Dr siti Aisyah Panatik dari Universiti Teknologi Malaysia pula memperlihatkan risiko Governans, Integriti dan Rasuah dalam sektor pembinaan di negara ini.

Beliau berkata, industri pembinaan menjadi cabang utama penggerak ekonomi negara bagi mencapai kemajuan pembangunan negara. Tahap minimum amalan rasuah mesti dicapai dalam sektor pembinaan.

Amalan rasuah yang tinggi menyebabkan reputasi dan ekonomi Negara terjejas. Kajian menjurus kepada amalan rasuah disektor pembinaan dan cara-cara untuk mengatasi secara bijaksana berkaitan sektor ini.

“Analisis yang dijalankan oleh pengkaji begitu baik dan memberi penekanan yang boleh diatasi secara berperingkat bagi mengatasi masalah rasuah dan integriti dalam sektor ini,” katanya.

Manakala kertas ke-7 yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Mardiana Idayu Ahmad dari Universiti Sains Malaysia memberi fokus kepada integriti dan rasuah di Malaysia dengan mengenalpasti kawasan risiko sektor alam sekitar dan sumber air.

Pengurusan sumber alam sekitar melibatkan interaksi dan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Rasuah dalam pengurusan sumber ini menyebabkan undang-undang dan peraturan tidak berkesan.

Membolehkan jenayah alam sekitar seperti pembalakan haram dan perdagangan binatang liar tidak terkawal berluasa serta pencobohan tanah tanah rizab kerajaan yang melibatkan kelemahan pihak berkuasa.

Ini menyebabkan krisis alam sekitar seperti kepanasan, kekurangan air, melimpah air disebabkan hujan yang banyak dan pelbagai keadaan penyelidikan ini memberi cara mengatasi permasalahan dengan syor-syor yang amat relevan masakini bagi tujuan mengatasi rasuah dan intergiti.

Majlis perasmian penutup persidangan ini telah disempurkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki dan beliau dalam ucapannya memberi penekanan untuk mencontohi negara seperti Hong Kong yang menjalan kajian pencegahan rasuah sejak tahun 1990.

Beliau berkata, mengenal pasti konflik kepentingan dan pelanggaran prosedur integriti yang perlu diberi perhatian khususnya membangunkan Dasar Antirasuah.

“Austria misalnya menggunakan data dan statistik jenayah serta laporan transaksi mencuriga sejak tahun 2015 sekali gus mengenal pasti aktiviti pengubahan wang haram dan jenayah kewangan antara risiko yang perlu ditangani.

“Korea Selatan telah membangunkan sebuah sistem perolehan Elektronik atau dikenali sebagai Korea online E sejak tahun 2002 dan diiktiraf sebagai salah satu sistem perolehan kerajaan paling komprehensif di dunia.

“Korea Selatan kekal berada di hadapan Malaysia dalam CPI tahun 2023 dengan skor 63 dari kedudukan ke 32 daripada 180 Negara manakala Malaysia hanya memperolehi skor 50 di kedudukan ke 57,” katanya.

Justeru, Malaysia boleh memperolehi skor yang lebih tinggi apabila semua pihak menyedari kepentingan Indeks CPI untuk jangka masa pendek dan panjang kepada negara kerana ukuran bagi para pelabur asing melihat kepada CPI sesebuah Negara.

Kesimpulannya, persidangan tahun ini telah menyediakan platform kerjasama strategik antara kerajaan dengan para penyelidik serta semua pihak melalui pengkongsian idea dan pengalaman bagi penyelesaian isu isu dan cabaran melibatkan kelemahan tatakelola, pelanggaran integriti dan rasuah.

Usaha yang berterusan dari pihak SPRM adalah suatu yang murni dan patut mendapat sokongan semua pihak demi kepentingan negara di masa depan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini