BFGoodrich Malaysia dengan rasminya memperkenalkan anggota baharu dalam famili tayar “All-Terrain” miliknya, iaitu tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3. Tayar semua landasan yang baharu ini telah dirungkaikan di sidang pelancaran media oleh syarikat tersebut di Terra, Petaling Jaya.
Menyusuli prestasi luar biasa tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2, BFGoodrich telah
membangunkan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 bagi memenuhi keperluan para
pengembara masa kini dengan merangkumkan teknologi tayar serba inovatif yang baharu ke dalam sebuah produk yang membekalkan prestasi lebih unggul bagi semua jenis landasan.
Meniti legasi ‘off-road’ BFGoodrich yang gemilang, tayar baharu ini juga akan didatangkan
kembali dengan tulisan putih menimbul pada dinding sisi, mempamerkan jata “Baja Champion” pada tayar ini juga.
Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei berkata, “Komitmen kami di BFGoodrich selama ini adalah untuk membekalkan produk-produk yang memenuhi standard prestasi dan daya tahan yang tertinggi, dan tayar All-Terrain T/A KO3 juga tidak terkecuali.
Dari peminat, buat para peminat – tayar yang dibangunkan ini mencerminkan pengertian kami yang mendalam mengenai apa yang diinginkan oleh sang pengembara.
Menerusi penambahbaikan yang berterusan dalam teknologi tayar bertaraf dunia kami, kami teruja untuk membawakan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 ke pasaran Malaysia.
Ia melambangkan cita inovasi BFGoodrich untuk melangkaui jangkaan para pelanggannya, yang berhak mendapatkan yang terbaik untuk kenderaan mereka, tidak kira apa jua destinasi mereka.”
Tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 mengatasi prestasi model terdahulu, tayar KO2 dari
sudut daya tahan bunga tayar, ketegaran dan juga cengkaman – menjadikan ia pilihan yang terunggul bagi sesi pengembaraan di luar jalan raya.
Terutamanya di Malaysia di mana wujudnya pelbagai jenis landasan, tidak kira berturap mahupun tidak, tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO3 dijuruterai untuk memenuhi keperluan para pengembara di sini.