IJM Land terus mencipta kejayaan gemilang dalam pembangunan hartanah di Puchong
dengan pelancaran fasa baharu Ridge View @ Puchong, sebuah projek kediaman mewah
yang amat dinanti-nantikan pasaran.

Fasa 2 pembangunan hartanah premium ini menawarkan unit terhad merangkumi 38 vila berangkai dua tingkat, lengkap dengan ciri kemewahan moden dan gaya hidup menenangkan, berlatarbelakangkan keindahan Hutan Simpan Ayer Hitam dan Laluan Mendaki Wawasan.

“Pembangunan Fasa 2 meneruskan kejayaan luar biasa daripada Fasa 1 yang dilancarkan
pada Mac dengan kadar tempahan 85 peratus. Sejak pelancarannya pada 29 Jun lalu, Fasa
2 sudah merekodkan kadar tempahan sebanyak 70 peratus, sekali gus mencerminkan
permintaan kukuh terhadap Ridge View @ Puchong dengan menarik pembeli pintar yang
mahukan eksklusitiviti dan persekitaran hidup yang harmoni,” kata Datuk Chai Kian Soon,
Pengurus Besar Kanan IJM Land.

Pembangunan Fasa 2 Ridge View @ Puchong dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar
(GDV) RM55,813,400 dilihat meningkatkan lagi tahap gaya hidup mewah.

Ditawarkan pada harga dari RM1,308,800 dan ke atas, kediaman ini menyediakan peluang luar biasa kepada penghuni untuk menikmati pengalaman hidup yang tenang dan penuh mewah dalam persekitaran alam yang mendamaikan, gabungan mantap antara kemudahan moden dan ketenangan alam semula jadi.

Visi Baharu Seni Bina

Ridge View @ Puchong melambangkan gaya hidup yang elegan dan tenang. Kediaman dalam projek ini direka untuk menawarkan pengalaman hidup tiada tandingan dengan
pembangunannya terletak 152 meter di atas paras laut, yang menawarkan pandangan
panoramik menarik pembangunan pesat daerah Puchong yang lebih menyeluruh.

Diinspirasikan daripada konsep istana bersejarah yang terletak secara strategik di kawasan
bertingkat telah menawarkan sudut visual yang menarik, selain unsur privasi dan aspek
eksklusitiviti yang semula jadi. Pendekatan yang diilhamkan oleh IJM Land ini telah
meningkatkan daya tarikan pembangunan tersebut, seterusnya menjadi penanda aras unik
dan mercu tanda di kawasan terbabit.

Menerusi konsep “Terrace Garden”, Ridge View @ Puchong digambarkan sebagai sebuah kawasan subur menghijau yang menawarkan ruang yang dapat meningkatkan kesejahteraan penghuni. Penghuni bakal menikmati rutin harian mendamaikan dengan
landskap yang menenangkan, kualiti udara yang baik, dan pemandangan persekitaran
tropika Malaysia yang asli.

Dalam Fasa 2, Ridge View @ Puchong menawarkan tiga reka bentuk vila berbeza iaitu
Jenis E, F, dan G dengan setiap pilihan direka dengan penuh ketelitian bagi memenuhi
kepelbagaian gaya hidup bandar. Bagi unit Jenis E menawarkan ruang yang lebih besar,
berukuran 3,213 hingga 3,313 kaki persegi dengan saiz tanah 22.6 x 80 kaki, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai ruang hidup yang luas dan bebas yang bergabung dengan alam sekitar.

Susun atur vila-vila yang ditawarkan ini melengkapkan keperluan antara kehidupan di dalam dan luar kediaman, sekali gus membolehkan penghuni menikmati keindahan alam di sekeliling mereka.

Jenis F, dengan berkeluasan antara 2,530 dan 2,806 kaki persegi terbentang di atas tanah
bersaiz 22.6 x 70 kaki, menampilkan reka bentuk lebih terbuka yang menghubungkan ruang tamu ke taman peribadi, mewujudkan aliran ruang yang bebas untuk keluarga berkumpul dan melaksanakan aktiviti.

Jenis G pula berukuran antara 2,123 hingga 2,281 kaki persegi yang dibangunkan di atas tanah seluas 22.6 x 80 kaki. Unit ini menawarkan halaman depan dan belakang yang seimbang, serta tingkap besar yang menjemput pencahayaan semula jadi menerangi
kediaman, memberikan suasana lebih segar kepada penghuni serta tetamu.

Terletak secara strategik berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam dan Laluan Mendaki Wawasan, pembangunan ini menawarkan penghuninya akses mudah kepada keindahan
alam semula jadi, sama ada untuk berjoging, mendaki, atau bersiar-siar santai.

IJM Land ini bertujuan untuk memastikan setiap aspek keperluan komuniti dipenuhi dalam
usaha mewujudkan persekitaran hidup harmoni. Pembangunan ini turut mendekatkan
penghuni dengan alam semula jadi, memberikan ketenangan yang mendamaikan daripada
kesibukan bandar moden.

Kelengkapan Moden

Setiap vila di Ridge View @ Puchong bukan sekadar menterjemahkan bahasa reka bentuk
yang elegan serta menekankan sentuhan dan ketelitian rekaan yang luar biasa. Bahagian
hadapan kediaman yang mengetengahkan warna putih mencerminkan keanggunan
kontemporari dengan gabungan lengkap struktur intuitif bagi meningkatkan kecekapan
tenaga dengan mengurangkan keperluan pendingin hawa.

Selain itu, langkah IJM Land melengkapkan ketersediaan untuk kenderaan elektrik (EV)
menunjukkan komitmen pemaju hartanah terkemuka ini untuk menyepadukan amalan
mampan dan ESG dalam ekosistem kehidupan moden lebih meluas dengan menyokong
pengangkutan mesra alam.

Ridge View @ Puchong juga meneruskan kecemerlangannya menjangkaui aspek
pembinaan kediaman elegan dengan pelbagai kemudahan yang memenuhi gaya hidup moden. Ia bermula dari pusat komuniti di rumah kelab, yang menjadi hab kepada aktiviti dan santai.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini