Michelin Malaysia dan KTM Asia mengumumkan kerjasama mereka yang rasmi di Asia Tenggara, dijalin untuk memacu kecemerlangan sukan permotoran dengan mencabar batasan prestasi, inovasi, dan daya tahan.
Usaha sama luar biasa antara dua peneraju industri ini akan dirungkaikan di acara Rimba Raid edisi 2024 yang dinanti-nantikan ramai, iaitu perlumbaan kembara motosikal terbesar di dunia yang mengambil tempat di Lembah Lenggong, Malaysia yang indah, dari 25 hingga 29 September.
Tahun ini, Rimba Raid akan mempamerkan integrasi yang sempurna antara teknologi tayar bertaraf dunia Michelin dan motosikal prestasi berkuasa tinggi oleh KTM serta slogan “READY TO RACE” mereka.
Kolaborasi ini akan diketengahkan oleh sebuah pasukan handal yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan.
Pasukan berkenaan akan menunggang motosikal KTM 890 ADVENTURE R yang dimuatkan dengan tayar MICHELIN Enduro Medium yang popular daripada Michelin, dirumus untuk kawalan yang cemerlang dengan blok bunga tayar berekaan rumit bagi menjamin cengkaman dan kestabilan di atas landasan yang mencabar.
Berpegang kepada falsafah KTM, motosikal ini akan tampil di garisan permulaan dalam hampir bentuk yang asal, membawakan penambahbaikan KTM POWERPARTS secara terus daripada katalog rasmi.
Jentera yang mengagumkan ini akan dibelakangi oleh sebuah pasukan teknikal dari pihak Michelin dan juga KTM Asia, memastikan prestasi yang optimum sepanjang acara tersebut.
Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, menyatakan “Di Michelin, tayar kami melambangkan prestasi dan daya tahan tinggi yang dikehendaki bagi mengharungi landasan-landasan yang paling mencabar.