vivo Malaysia bakal memperkenalkan vivo V80 serba baharu, yang membawakan bahasa reka bentuk terkini kepada siri V yang cukup popular.

Menggabungkan estetika yang memukau dengan semangat meraikan keunikan diri, vivo V80 hadir dengan slogan “Shine as We Are”, menggalakkan pengguna mengekspresikan personaliti tersendiri dan tampil yakin tanpa perlu mengikut acuan orang lain.

Melengkapkan pengalaman ini, vivo V80 turut dilengkapi ZEISS 100mm Center-Stage Portrait, membolehkan pengguna merakam potret yang menyerlahkan kehadiran dan personaliti mereka, seolah-olah menjadi tumpuan utama dalam setiap gambar.

Menjadi tarikan utama ialah warna Starwish Purple yang serba baru, menampilkan kemasan memukau yang diinspirasikan oleh keindahan galaksi yang dipenuhi bintang.

Menerusi teknologi Laser Holographic Lithography yang julung kali diperkenalkan dalam industri, vivo V80 membawakan True 3D Stellar Design yang inovatif, menghasilkan ilusi kedalaman dan pergerakan yang mempesonakan.

Berbeza daripada corak cetakan konvensional, reka bentuk ini menghidupkan keindahan taburan bintang menerusi butiran berkilauan yang berubah-ubah mengikut pantulan cahaya, mencipta penampilan yang sentiasa memikat dari setiap sudut.

Kemasan istimewa ini merupakan hasil pembangunan selama dua tahun, dengan jurutera vivo meneroka lebih 20 bahan khas serta memanfaatkan teknologi litografi skala nano untuk menghasilkan 3,600 imej 4K pada bahagian penutup belakang.

Gabungan teknologi canggih dan ketelitian seni pembuatan ini menghasilkan pengalaman visual yang unik, menyerlahkan keindahan setiap perincian serta membolehkan pengguna membawa pesona sebuah galaksi ke mana sahaja mereka pergi.

Tempah awal vivo V80 hari ini dan nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,042, tersedia sehingga 27 November 2026. Tawaran ini merangkumi rebat eksklusif RM200 serta vivo All-in-One Gift Set bernilai RM518, yang terdiri daripada vivo Buds Air 3, power bank vivo 33W 10,000mAh, V Selection Watch V5 dan Magnetic Phone Tripod.

Selain itu, pembeli turut menikmati faedah vivo Care bernilai RM556 serta tawaran PWP (Purchase with Purchase) yang lain. Pelbagai pilihan pembayaran fleksibel juga disediakan, termasuk diskaun RM150 melalui SPayLater atau PayLater by Grab (dengan perbelanjaan minimum RM1,500), diskaun sehingga RM200 melalui Atome, rebat ansuran bank terpilih sebanyak RM100 serta rebat tukar beli sehingga RM300.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini