Syarikat Green Afforestation International Network (Gain-Green) telah menandatangani perjanjian bersama peserta-peserta Rompin yang diwakili oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Tanaman Semula Berkelompok (TSB) untuk menjalankan Projek Penanaman RevoTropix Paulownia di Rompin, Negeri Sembilan.

PROJEK di bawah Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) yang diseliai oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) itu melibatkan 163 orang peserta yang akan membekalkan kayu Paulownia kepada syarikat Gain-Green untuk digunakan sebagai bahan mentah.

Signing Gain-Green, Bioeconomy Corp, TSB

Melalui Projek Penanaman RevoTropix Paulownia di bawah BCDP, Bioeconomy Corp akan menyediakan sokongan, koordinasi, pemantauan dan pemilihan peserta kepada Gain-Green, iaitu syarikat utama bagi projek ini.

Gain-Green pula akan menyediakan benih, pengetahuan teknikal dan latihan, penanaman, nasihat dan reka bentuk pertanian, serta menjamin pembelian balik untuk pokok Paulownia yang dituai oleh peserta-peserta projek ini.

Projek ini melibatkan tanah seluas 978 ekar yang telah dijamin di bawah Rancangan Pinggir Felcra Rompin. Selaras dengan hasrat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) untuk memperkasa golongan petani di Malaysia, projek ini dijangka dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan tani di kalangan peserta.

“Projek BCDP ini dapat menambah baik kemahiran teknikal dan pengalaman kerja mereka dalam pertanian, terutamanya dalam penanaman pokok Paulownia.

“Projek ini dapat menyumbang kepada industri kayu di Malaysia disebabkan keunikan pokok Paulownia seperti kadar pertumbuhan yang cepat serta nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi,” kata Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp semasa majlis tandatangan baru-baru ini.

BCDP Project Paulownia Signing

Majlis ini merupakan langkah selanjutnya susulan daripada pelancaran model BCDP baru untuk Projek Penanaman RevoTropix Paulownia sempena acara BioUsahawan 2019 yang telah diadakan pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dengan model baru ini, Projek Penanaman RevoTropix Paulownia dapat dilaksanakan secara lebih komersial dan lestari kerana melibatkan pembiayaan dan penglibatan langsung antara sektor swasta (Gain-Green) dengan peserta.

Bagi fasa pertama Projek Penanaman Revotropix Paulownia, projek ini dijangka untuk menyumbang sekitar 600,000 meter padu bekalan kayu kepada industri, serta memberi manfaat kepada lebih kurang 600 individu dan melahirkan sekurang-kurangnya 50 agropreneur bio.

Pada masa ini, 41 projek BCDP sedang dijalankan dalam pelbagai peringkat dan melibatkan hampir 3,000 orang peserta. Projek-projek ini dijangka membawa impak kepada lebih kurang 13,000 individu.

1 KOMEN

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini