Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, as-Salihin Trustee Berhad mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim dan waris-waris harta pusaka yang sedang ditadbir di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor.

MAJLIS Berbuka Puasa itu diadakan bagi mengeratkan ukhwah dan silaturrahim di antara kakitangan as-Salihin Trustee Berhad bersama waris-waris serta meraikan anak-anak yatim membabitkan kehadiran seramai 160 orang.

Para jemputan terdiri daripada waris-waris harta pusaka dan 40 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah, Rasa Hulu Selangor. Hadir sama Pengerusi as-Salihin, Tun Dato’ Dr Mohd Salleh Abas.

Majlis Berbuka Puasa yang diadakan merupakan pengisian program dalam bulan Ramadan Al-Mubarak dan merupakan acara tahunan, malah kesempatan ini turut memberi peluang kepada as-Salihin untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutamanya anak-anak yatim serta insan yang kurang bernasib baik.

Ketibaan tetamu seawal jam 6 petang dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Tahlil serta penyampaian sumbangan kepada 40 orang anak-anak yatim yang diraikan.

Anak-anak yatim ini telah menerima sumbangan terdiri daripada beg sekolah dan duit raya. Selain itu, as-Salihin dengan bantuan para penderma telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang sebanyak RM7,000 sebagai sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah dan telah disampaikan oleh Abdul Aziz Peru Mohamed, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin.

Sementara itu, salah seorang waris, NurSolehah, 25 tahun yang kehilangan ayah tahun lalu berasa syukur kerana arwah ayahnya sempat berwasiat.

“Dengan adanya dokumen Wasiat yang sah dan perlantikan asSalihin Trustee sebagai Wasi untuk mentadbir harta pusaka arwah ayah. Jika tiada AsSalihin, memang saya tidak tahu bagaimana caranya untuk melaksanakan pusaka arwah. Lagi pun, adik-adik masih kecil lagi dan saya pula baru tamat kursus pengajian tinggi,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini