Celcom Axiata Berhad mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Hong Leong Bank. Usaha sama jangka panjang bakal membolehkan pengguna menikmati lebih banyak nilai dan keistimewaan menarik serta faedah yang lebih besar untuk beberapa bulan akan datang.

MULAI hari ini sehingga 31 Julai 2018, semua pelanggan pascabayar Celcom FIRST ™ dan pemilik kad kredit Hong Leong berhak menikmati antara RM300 hingga RM800 dalam bentuk pulangan tunai (cash back) dan simpanan, apabila mereka membeli pakej peranti telefon pintar terkini daripada Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong terpilih.

Jennifer Wong, Chief Financial Officer of Celcom Axiata Berhad (third from left) marking down the collaboration between the two companies by shaking hands with Charles Sik, Managing Director, Personal Financial Services of Hong Leong Bank (fourth from left). Charles and Jennifer are flanked by Srihari Sikhakollu (left), Head of Payments and Partnerships of Hong Leong Bank, Zuwairi Zakaria, Head of Pricing and Retail Marketing of Celcom Axiata Berhad (second from left), Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing and Communications Officer of Hong Leong Bank (fifth from left) and Idayu Daud, Device Marketing Manager of Celcom Axiata Berhad (right).

Rebat pakej peranti eksklusif Celcom merangkumi pembelian telefon pintar berjenama terkini seperti iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, Huawei P20, Samsung Galaxy S9 dan banyak lagi! Pengguna kad kredit Hong Leong juga berpeluang menikmati rebat tunai apabila mereka membeli pakej peranti Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong Sutera, GSC Gold / Platinum dan Infinite.

Di samping itu, pengguna juga akan menikmati rebat untuk Celcom Passport™ bernilai RM138 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya minimum RM2,000 dalam satu transaksi di luar negara dengan kad kredit Hong Leong.

Pelan perayauan 7-day 3-in-1 pass membolehkan para pelancong menggunakan perayauan internet 3GB, Panggilan Tanpa Wayar dan SMS di lebih 30 negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, kolaborasi Celcom dengan Hong Leong Bank melambangkan kesungguhan dan komitmen syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat, dengan penjimatan dan nilai terbaik untuk memiliki telefon pintar terkini.

“Pelanggan-pelanggan Celcom dan Hong Leong Bank bakal menikmati penjimatan tunai yang inovatif, lebih hebat serta ganjaran digital yang direka khusus untuk meningkatkan lagi pengalaman dan gaya hidup digital mereka,” katanya.
Pengarah Urusan, Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank, Charles Sik berkata, promosi dan memperluaskan tawaran nilai sebegini adalah cara bank tersebut memberikan penghargaan kepada para pengguna atas kepercayaan berterusan dan sokongan setia mereka.

Kerjasama eksklusif bersama Celcom ini merupakan salah satu daripada pelbagai cara bagi bank ini menawarkan program yang relevan, menarik dan sejajar dengan keperluan pengguna. Kami percaya program ini bakal mendapat sambutan di kalangan para pengguna yang mencari penjimatan yang lebih baik dalam menaik taraf peranti mereka,” katanya.

Untuk merebut tawaran ini, sila layari www.celcom.com.my atau berkunjung ke mana-mana bluecube Celcom berdekatan untuk dapatkan peranti pintar terkini. Para pelanggan boleh memohon kad kredit Hong Leong di  www.hlb.com.my/applynow  atau melawat mana-mana cawangan Hong Leong Bank.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini