Affin Bank Berhad muncul sebagai pemenang Anugerah JomPAY Bank Pemeroleh Utama 2017 di Majlis Anugerah Kecemerlangan e-pembayaran Malaysia (MEAA) 2017 yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, “Ini adalah bukti sokongan berterusan kami dalam memacu e-pembayaran bersama para pelanggan kami yang dihargai.

Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad dan Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad (ketiga dan kedua dari kiri) bersama ahli-ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank di MEAA 2018

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Payment Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet).

Pada tahun lalu, Affin Bank menjadi juara bagi Pemerolehan Pengebil Kebangsaan JomPAY (Kategori Pertengahan) di MEAA 2017.

MEAA adalah acara tahunan oleh Paynet untuk memberi pengiktiraf pencapaian cemerlang bank, perniagaan dan agensi kerajaan yang telah menyumbang dengan ketara ke arah kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan dalam e-pembayaran.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini