Wasiyyah Shoppe Berhad (Wassiyah Shoppe), organisasi peneraju di dalam perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah di Malaysia , hari ini mengumumkan pengukuhan perkhidmatan pengurusan harta pusakanya.
Pengarah Eksekutifnya, Azrin Sabirin berkata, Wasiyyah Shoppe sebelum ini lebih banyak menumpukan perkhidmatan pengurusan harta pusakanya khas untuk 50,000 pelanggan yang telah menyediakan dokumen bersamanya sahaja.

Bagaimanapun, disebabkan faktor permintaan yang semakin meningkat dan kes pusaka yang semakin banyak pada 2017 , pada tahun 2018 ini Wasiyyah Shoppe Berhad membuka perkhidmatan pengurusan harta pusakanya bagi masyarakat umum.
“Kini, rakyat Malaysia yang kematian ahli keluarga yang bukan pelanggan Wasiyyah Shoppe ketika hidupnya, boleh menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka ini. Kami akan membantu mereka memfailkan tuntutan kes harta pusaka di Pejabat Pesaka Kecil bagi kes pusaka yang bernilai kurang dari RM2 juta dan bagi kes di Mahkamah Tinggi Sivil bagi kes bernilai RM2 juta dan ke atas.”
“Kami berbangga dengan rekod pengurusan harta pusaka kami iaitu ada kes yang berjaya diselesaikan sepantas satu bulan setengah bagi kes di Pejabat Pesaka Kecil dan 10 hari di Mahkamah Tinggi Sivil,” katanya.
Secara puratanya pula kebanyakan kes pusaka ini diselesaikan di antara tiga hingga enam bulan bagi kes Pesaka Kecil manakala bagi kes Mahkamah TInggi Sivil tempoh purata antara sebulan ke tiga bulan. Dalam ukuran standard industri, tempoh penyelesaian ini adalah amat pantas.
Kelebihan Wasiyyah Shoppe ialah kerana ia tidak mengenakan caj pengurusan harta pusaka berdasarkan nilai harta pusaka seperti yang dikenakan kebanyakan organisasi lain di Malaysia, sebaliknya caj pada skala tetap dikenakan mengikut proses pusaka sama ada berlaku di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi
Ini menjadikan caj pengurusan pusaka yang dikenakan Wasiyyah Shoppe secara relatifnya adalah jauh lebih rendah dari caj pasaran.
Azrin yakin Wasiyyah Shoppe mampu mencapai sasarannya untuk membantu menyelesaikan 200 kes pusaka bagi perkhidmatan ini pada tahun 2018.