Generasi ketiga Kia Picanto Serba Baru bakal dilancarkan Naza Kia Malaysia pada minggu hadapan dengan pelbagai ciri keselamatan terkini.
SELAIN rekaan futuristik, elemen keselamatan juga dipertingkat termasuk prestasi enjin dengan teknologi termaju terdapat dalam model ini.
Picanto adalah kenderaan segmen A bagi kategori bukan kereta tempatan kini dengan casis lebih kukuh melalui Besi Berketahanan Tinggi Termaju (AHSS) dan enam beg udara pada bahagian depan dan sisi.
Untuk sistem hiburan dan informasi, ia kini dipasangkan skrin sesentuh bersaiz 7 inci dengan fungsi Apple CarPLay dan Android Auto serta ciri pengecaman suara.
Fungsi itu juga membolehkan pemilik menggunakan telefon pintar melalui ‘Head Unit’ untuk muzik, panggilan telefon dan navigasi bagi kemudahan dan tiba ke destinasi dengan selamat.
Ruang dalaman fleksibel termasuk baris tempat duduk belakang boleh dilipat untuk ruang kargo sehingga 1,010 liter bagi disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup pemilik Kia Picanto.
Kia Picanto Serba Baru ini akan berada di pasaran dan di ruang pameran Kia terpilih bermula 10 Januari 2018 serta untuk Sabah dan Sarawak pada awal Februari 2018.
Untuk melihat dengan lebih dekat Kia Picanto Serba Baru, anda boleh berkunjung ke Highstreet, One Utama dari 10 hingga 14 Januari 2018. Nantikan liputan PREBIU.com pada majlis palancaran Kia Picanto Serba Baru!