Castrol Raikan Juara Kebangsaan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018

TIGA mekanik terbaik Malaysia akan berganding bahu untuk bersaing dalam pertandingan di peringkat kebangsaan bagi merebut peluang untuk bekerja dengan kru pit Pasukan Formula 1 Renault Sport di Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2018.

Setelah beberapa bulan pertempuran sengit berlangsung, kini tiba di kemuncaknya apabila kumpulan dari Wilayah Utara Semenanjung diumumkan sebagai Juara Utama Kebangsaan Pertandingan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018!.

Keow Mei-Shan, the Marketing Director for BP Castrol Malaysia at the Malaysian leg for Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic contest 2018

Mereka berjaya meraih Hadiah Utama iaitu tiga buah Skuter Vespa Primavera bernilai RM51,000 dengan menewaskan 9 mekanik kereta profesional lain dari tiga wilayah di seluruh negara dengan merangkul gelaran berprestij ‘Castrol Cars Super Mechanic of the Year’ untuk Malaysia.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh kumpulan Wilayah Selatan dan Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia.

Berikutan kemenangan bersejarah ini, Low Pai Khoon, Yim Shao Ze dan Alvin Tan Yong Jun akan membentuk sebuah pasukan dan bakal mewakili negara ke Peringkat Akhir Castrol Rantau Asia Pasifik, yang bakal diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Di sana, trio tersebut akan bersaing menentang mekanik-mekanik kereta terkenal dari negara Asia Pasifik lain untuk membuktikan diri mereka sebagai mekanik terbaik di rantau ini.

The Malaysian Grand Champions at the Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic contest 2018. (from left) Low Phai Koon, Yim Shao Ze and Alvin Tan Yong Jun

Pasukan yang menang juga akan berpeluang untuk menyertai pit kru Pasukan Formula 1 Renault semasa perlumbaan F1 Grand Prix di Singapura yang akan diadakan pada September ini.

Kapten pasukan Low Pai Khoon berkata, “Kami amat gembira kerana berpeluang mengambil bahagian dan dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Castrol.

“Pertandingan ini sukar kerana kami dicabar oleh mekanik-mekanik kereta terbaik dan paling berpengalaman di negara ini. Saya serta pasukan saya amat berbesar hati untuk mewakili Malaysia dalam Pusingan Serantau Castrol Asia Pasifik dan kami akan terus membuat persediaan dan latihan demi menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

“Kami kini selangkah lebih dekat untuk bekerja dengan mekanik terbaik di dunia dalam perlumbaan Formula 1. Impian ini akan menjadi kenyataan sekiranya kami memenangi peluang seumur hidup ini!”

One of the competing mechanics showing his skills at the Malaysian leg for Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic contest 2018

Pertandingan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic diadakan pada peringkat serantau untuk mencari dan mengenalpasti mekanik-mekanik kereta terbaik di setiap rantau.

Terbuka kepada semua mekanik kereta di seluruh negara dari bengkel-bengkel yang menawarkan produk Castrol, Pusingan Kebangsaan bermula pada bulan Mac 2018 di mana peserta mempamerkan kemahiran teoretikal dan praktikal mereka terhadap satu sama lain dalam satu siri acara yang amat mencabar.

Hanya 12 orang mekanik dipilih untuk ke acara Juara Kebangsaan Peringkat Akhir. Sebagai persediaan untuk pertandingan ini, mekanik-mekanik tersebut menjalani sesi taklimat dan latihan yang dijalankan oleh pakar industri dari The School of Skills.

Mereka diberi akses kepada pengetahuan terbaru tentang alat dan teknologi terkini dalam penyelenggaraan kereta supaya mereka bersedia sepenuhnya untuk pertandingan ini, dan juga melengkapi mereka dengan tugasan harian di tempat kerja mereka.

“Pertandingan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic mendasari komitmen kami untuk terus menguji dan meningkatkan kemahiran mekanik di seluruh negara. Kami gembira dengan sambutan yang menggalakkan daripada peserta-peserta dalam memastikan penyertaan daripada bakat-bakat Malaysia ini menjadi sesuatu yang mengujakan.

“Tahniah kepada para pemenang dalam persaingan hebat ini dan semoga berjaya untuk Pusingan Serantau yang akan datang!” kata Keow, Mei-Shan, Pengarah Pemasaran, BP Castrol Malaysia.

“Kami mengalu-alukan juara Castrol Asia Pasific untuk menyertai pit kru pasukan kami ketika berlangsungnya Grand Prix di Singapura,” kata Bob Bell, ketua Pegawai Pasukan Teknikal Sukan Renault Formula 1. “Saya yakin bahawa mekanik-mekanik ini akan menikmati saat yang sangat berharga seumur hidup mereka, namun ianya bukanlah waktu untuk berehat kerana kami akan mengarahkan mereka untuk bekerja.”

Pertandingan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic 2018 akan diadakan pada 9 September di Kuala Lumpur, Malaysia, dengan penyertaan dari India, Indonesia, Malaysia, Singapura dan juga Thailand.

Untuk maklumat lanjut mengenai Castrol dan produknya, layari www.castrol.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini